TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Thursday, April 28, 2011

Tak Dapat Masuk Rumah Sendiri

Alhamdulillah...dapat bersiaran kembali kita di SAYUR LABU...hehee

Sebenarnya aku nak cerita kisah malangku semalam dengan anak-anak...gara-gara tertinggal kunci rumah aku dan anak-anak hidup macam pelarian. Nasib baik semalam aku ada bawa beg duit...jika tidak berlaparlah kami semua. Cik suamiku ada kat rumah tapi ia nyenyak tidur dalam bilik.

Alkisahnya...Pukul 8 mlm aku dan anak-anak 5 orang pergi hantar anak sulung ke kelas tuisyen lebih kurang sebatu dari rumahku. Setelah hantar kami terus pergi masjid, untuk solat isyak sementara tunggu 9.30 mlm anak sulungku habis tuisyen. Dalam 5 minit kemudian anak bongsuku terkucil di satu sudut masjid (alamak)...(tak pakai pampers) sebenarnya aku nak ajar dia spy tak payah pakai pampers lagi. Aku bersihkan tempat yg kena air kecil tu dan ambil keputusan untuk balik rumah sebab seluar anak ku sudah basah lencun. Sampai rumah ketuk punya ketuk suami ku tidak manyahut...'tidur mati'...puas sudah pintu diketuk tapi tak kejut juga...nak ketuk lama-lama nanti bising pula dengan jiran-jiran.

Alamak camane kami nak masuk ni!!....rasanya dah kuat kami ketuk pintu...tak sedar juga.. Jiran kami terdengar kami terjerit2, mereka panggil masuk rumah mereka dahulu....anak ku yang terkucil tadi diganti seluar anak jiranku (terima kasih). Pukul 9.30 kami minta diri untuk ambil kakak yg tuisyen tadi...Kata sepakat diambil kitaorang main2 dulu kat taman mainan sampai pukul 10.30 kami pulang. Aku suruh.2 anak ku ditugaskan untuk panggil abahnya sambil ketuk pintu di tingkat 3. sementara aku duduk dalam kereta bersama 3 anak yg lain.

Setelah boring duduk dalam kereta aku dan anak2 ambil keputusan pergi jalan2..haluan ku menuju masjid lagi...aku tengok masih ada orang lagi kat masjid..kami naik dan aku solat isyak dulu bersama yang sulung  selepas itu kami beredar setelah pintu pagar masjid nak tutup. Semua orang dah tiada lagi melainkan kami sahaja.

Kami menanti juga panggilan dari suami ku tapi tiada juga...Kami sudah beberapa kali buat panggilan telefon untuknya tapi tak bersahut..mana nak dengar telefonnya diletak dalam bilik sebelah...Selepas itu saya ambil keputusan pergi kedai makan ...sebab aku tengok anak2 dah letih dan lapar (restoran mamak tmp biasa kami semua selalu pergi). Setelah kenyang makan dan ingin berlalu dari restoran itu barulah telefon ku berdering..masa itu jam menunjukkan pukul 12.05 pagi...mmg kami dah agak mesti dari suamiku. Maksudnya cik suami ku baru bangun dari tidur  mati nya......

Alhamdulillah akhirnya kami dapat masuk ke rumah semula. Apalagi aku ceritalah perkara yang terjadi pada kami masa cik suami tidur...aku kena tiaw sikit sebab tak bawa kunci rumah.....haha...perasaan ku geram, marah, kesian macam2...sampai rumah aku suruh anak2 tidur sementalah aku sendiri malas dah nak borak lagi dgn suamiku sebab rasa geram...kenapa boleh tidur sampai tak bangun2.... gerammmmmmmmm..

Ini semua sebagai pengajaran kepada ku.

Moral of the storey :
1) Jangan sesekali LUPA bawa kunci rumah walaupun mahu keluar buang sampah...hehe..
2) Jangan beli kipas besar yang boleh menyenyakkan tidur seseorang lebih2 lagi dalam bilik sbb orang itu tak dpt dengar orang ketuk pintu kat luar.
3) Kunci rumah sekurang2nya letak dalam kereta satu set...mana tahu semua lupa bawa..utk emergency shj.

1 comment:

  1. heeee samala kita..penah gak tetinggal kunci umah..nasible ada kunci pendua kt umah mil

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN