TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label mingguan wanita. Show all posts
Showing posts with label mingguan wanita. Show all posts

Monday, June 27, 2011

AWAS Bahaya Lilin Aromaterapi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

SL ada terbaca artikel ni di Majalah Wanita Keluaran bulan Mei 2011. Jadi SL mahu syer pengetahuan ini untuk suri-suri rumah yang suka menghias dan mewangikan rumah dengan Lilin Aromaterapi. Artikel ini juga ditujukan untuk jiran SL yang SL rasa ada juga menggunakan lilin tersebut. Mari kita baca ya..

"Tatkala hati sedang gundah atau tertekan, ramai yang cuba mengurangkan tekanan tersebut dengan menyalakan Lilin Aromaterapi. Wangian aromaterapi dikatakan membantu menenangkan dan menjadikan tubuh lebih relak.

Namun, menurut satu kajian, Lilin Aromaterapi ataupun wangian kediaman sebenarnya mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Terdapat beberapa sebatian kimia di dalam wangian kediaman yang memberi kesan terhadap kesihatan. Menurut kajian tersebut pencemaran udara dlm ruangan udara dapat menyebabkan pelbagai masalah. Ia mungkin menyebabkan batuk ringan dan mata gatal yang anda sendiri tidak sedari penyebabnya.


Sistem Pengudaraan
Jika aroma wangian boleh bertahan lama, disarankan anda meningkatkan sistem pengudaraan di dalam rumah. Ini kerana, kebanyakan produk lilin dan wangian kediaman mengandungi bahan yang tidak dinyatakan kandungannya pada kemasan. Kebanyakannya hanya menyatakan 'wangian' atau 'fragrance' tanpa diberi perincian yang lengkap.

Selain itu berkemungkinan terdapat ratusan sebatian kimia pada Lilin Aromaterapi yang tidak diketahui oleh pengguna. Salah satunya mungkin phthalates yang berfungsi agar aroma tahan lebih lama. Unsur ini dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan serta masalah reproduksi.

Jadi hati-hati bagi mereka yang menggunakan Lilin Aromaterapi. Semoga jadi panduan semua. Salam sayang.

Tuesday, April 12, 2011

Dah Baca Belum Mingguan Wanita Gambar Misha Omar

Mingguan Wanita Bil: 1429

As-salamualaikum semua....dah makan? ape..belum!..cam tu tinggal dulu blogwalking cari makanan dulu, nanti masuk angin perut tu..kalau nak diet jgn tak makan pulak..boleh makan..makan sikit bolehkan..

Haaa sudah makan mari kita belek-belek majalah no. 1 ni...
Antara kandungan menarik dalam ni ialah:-

1) 10 SEBAB TERJADI PENDARAHAN HAID
2) ISTERI RIMAS SUAMI KUAT CEMBURU
3) APA PUNCA TUBUH SUKAR LANGSING
4) SEKSOLOGI: JANGAN SEKSA ISTERI KETIKA HUBUNGAN INTIM
5) AWAS, JIKA ANAK KETAGIH VIDEO GAMES
6) MISHA OMAR MAHU JADI WANITA SEMPURNA
7) TIP UBAH SIKAP SUAMI
8) RAHSIA PULIHKAN PERNIAGAAN
9) AWET MUDA CARA MURAH
10) KALAU CINTA JANGAN EGO!
11) TIADA HALANGAN HAMIL DALAM USIA 40-AN
12) ATUR KEWANGAN; 5 LANGKAH WAJIB DIKETAHUI
13) BOROI SELEPAS KAHWIN KETAHUI PUNCANYA

Jangan lupa dapatkan majalah wanita ni di kedai yang berhampiran..oh ya..dalam majalah ni juga ada peraduan tau dan ada diselitkan gambar kek cawan yg menawan hati...jom baca!
see uuuuuu