TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Monday, November 7, 2011

5 Fakta untuk anda percaya atau tidak...

 Assalamualaikum semua....


SUMBER DARI FACEBOOK...
5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK


1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Friday, November 4, 2011

Kisah yang sangat memilukan...


(Sumber dari Facebook)


Assalamualaikum wbh...


KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

By: MBakhri Ir

Tuesday, November 1, 2011

Apa yang anda tak tahu tentang seorang Ayah




APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Thursday, October 27, 2011

Doa hari ini.......

Ya Allah BERKAHI semua yang diberikan pada KAMI, Kami mohon ILMU MANFAAT, hati yang KHUSUK. Ya Allah Pemilik SEMESTA ALAM, Kami mohon selamat dalam AGAMA, DUNIA, AKHIRAT, KELUARGA & HARTA. YA Allah tutuplah CELA & AIB Kami Ya Allah terimalah semua TAAT & AMAL SOLEH kami. TERIMALAH TOBAT KAMI YG TELAH banyak BERBUAT MAKSIAT, luaskan rezeki kami. Jadikan kami HAMBA YG SOLEH yang SELALU ber SYUKUR atas nikmatMU..




Mudah-mudahan dengan doa ini mengajak kita kepada kebaikan & pahala..AMIIN

Tuesday, October 18, 2011

Bila Ramai Suami Jadi Dayus


Bila ramai suami jadi dayus tanpa disedari........

Monday, October 17, 2011

Adab dan Tips Menyikat Rambut


Adab menyikat rambut:

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar 
mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.




Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.
sg furat

Sunday, October 16, 2011

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah

Bismillah hirrahma nirrahim.......dan Assalamualaikum,

Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:

“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”



Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

Thursday, October 13, 2011

I LOVE MY MOM'S..........

Salam semua....walau pun sekadar gambar kartun...tapi ianya memberi pengertian yg dalam pada SL...pada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa.....maka bertindak lah sekarang sebelum mereka pergi meninggal kan kita semua....SAYANGI ORANG TUA KITA.


sekadar gambar hiasan

Bila Kamu Menyayangi Seseorang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SAHABAT SEMUA.....


Aduhai romantiknya mempelai ni....


~BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG~

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

... 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

(anonymous)


Semoga bermanfaat

Salam Ukhuwah fillah

(Arif Ashadi Rindu Ibu)

TQ for sharing.....

Wednesday, October 12, 2011

Bila Hati Bersuara

Assalamualaikum semua.....




Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Boleh share untuk manfaat bersama~
 

Wednesday, September 21, 2011

Adab menasihati seseorang dengan hikmah

Assalamualaikum dan salam ceria semua....



" Sampai kan kepada ku nasihat mu saat aku bersendirin,
Jangan menasihatiku di depan orang ramai, kerana memberi
nasihat di depan orang ramai adalah sejenis celaan yang tidak
suka aku mendengar nya, jika engkau menentang dan
menyelisihi ucapan ku, maka jangan mengeluh
apabila engkau tidak dipatuhi " 

Bertemu di lain entry ok...

Friday, September 9, 2011

" Kelebihan Bulan Syawal "


Assalamualaikum dan Selamat hujung minggu...
Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”
[HR Muslim]
Demikianlah Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu amal yang sangat baik iaitu kita berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal sebagai satu kesinambungan bahawa Islam tidak hanya mewajibkan puasa di bulan Ramadan semata-mata, bahkan Islam juga menganjurkan juga
kepada kita supaya mendekatkan diri serta terus mengamalkan ibadah berbentuk puasa ini di dalam bulan Syawal.
Dan Allah SWT memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berpuasa enam hari di dalam bulan ini sebagai satu galakan dan motivasi supaya kita tidak hanya melaksanakan tuntutan wajib berpuasa di dalam bulan Ramadan.Puasa enam hari digandakan pahalanya seperti berpuasa sepanjang masa. Secara logiknya sudah tentu tidak akan mampu difikirkan oleh akal kita sebagai makhluk Allah. Tetapi Allah SWT Maha Kaya untuk memberikan ganjaran yang lebih hebat lagi seandainya kita istiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya.
Di dalam pertengahan bulan Syawal ini, sudah pasti kita masih menyambut Aidilfitri, maka sudah pasti kita tidak terlepas dari undangan rumah terbuka dan ziarah menzirahi antara satu sama lain. Namun apa yang lebih penting jangan kita menjadikan alasan untuk kita tidak mengambil faedah dan peluang untuk sama-sama kita menunaikan ibadah sunat ini kerana pahalanya yang mungkin dapat menampung kekurangan yang berlaku sepanjang kita menunaikan ibadah puasa di dalam Ramadan.
Di ruang Syawal yang masih ada ini, tanyalah diri kita adakah kita sudah pun mula berpuasa atau kita masih hanya sekadar sibuk dengan Aidilfitri tanpa ada pengisiannya?
Sumber dari fitrahpower. Tq.

' Senyum...senyum selalu '

Baca ye...dan kalu boleh renung-renungkan: -

Hari ni hari jumaat kan....ok hari jumaat senyum biar bermanfaat, esok hari sabtukan...ok hari sabtu senyum bukan satu, hari ahad senyum tak berat, hari isnin senyum dengan sejuk dingin, hari selasa senyum dengan selesa, hari rabu senyum biar nampak gebu, hari khamis senyum manis-manis.

OK see u next post...

TQ kerana membaca entry ini.

Monday, August 1, 2011

Perpanjangkan korek hidung dan korek telinga tidak membatalkan puasa

Assalamualaikum semua....

Soalan:

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Sumber dari naimnikmat..... Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net


Note: Sayur Labu pun baru tahu.....kalau ada percanggahan sila kemukakan ya..

Sunday, July 24, 2011

Kahwin bukan setakat baju pengantin & pelamin glamour

Assalamualaikum semua, salam ceria salam hebat untuk hari ini boleh?....

Memang pelik bin ajaib, ramai pasangan sekarang cenderung membuat persiapan perkahwinan berbulan malah bertahun lamanya untuk baju pengantin, bunga telur, pelamin, solekan dan khidmat jurugambar glaour. Tetapi terpaksa menghadiri kursus perkahwinan selama dua hari itu pun ramai yang merungut-rungut.

       
Ini gambar hiasan sahaja

Persiapan menghadapi erti hakiki perkahwinan pun dibuat sambil lewa. Malah ada ramai yg langsung tak membuat apa-apa persiapan rohani dan jasmani. Yang lebihnya persiapan material semata-mata.

Yang utama hendak diperbetulkan ialah niat berkahwin adalah kerana mencari redha Allah. Kaedah mesti betul, tidak boleh sewenang-wenang menghalalkan cara.

Jadi renung-renungkan untuk pagi ini..

Monday, July 11, 2011

apa cerr??

Assalamualaikum wbh dan Salam Satu Dunia

SL pagi-pagi sudah bangun untuk solat dan tak lupa berdoa semoga pembedahan (kecil je kot) kejap lagi akan berjalan dengan lancar dan jayanya...(dlm hati dup dap dup dap juga). Walaupun sebelum ni SL sudah pernah kena pembedahan tapi tidak sama dengan yang ini...hari tu SL buat pembedahan untuk bersalin untuk 3x pembedahan. Tapi ini pembedahan anggota badan...dlm hati cakap 'dont worry' berserah aje pada Allah.

Tak sampai hati pulak nak menghampakan teman-teman semua yang ingin mengetahui kisah sebenar apa penyakit apa yang menyebabkan SL selalu berada di wad hospital...mungkin sudah tertulis di luf mahfus SL akan berkenalan dengan ramai doktor dan nurse-nurse kat hospital ini. Alhamdulillah nurse-nurse baik melayan kerenah SL sebagai seorang pesakit hehee (walaupun tak sakit pada zahirnya).

Sekarang pun sepatutnya SL kena menukar uniform pesakit (warna hijau) kepada uniform untuk masuk dewan pembedahan (warna  putih), tapi SL biarkan je dulu atas katil tu...biarlah nurse-nurse datang dulu dan bagitau bukan lama pun salin baju putih yang seksi tu kan (seksi sebab bahagian belakang terbuka hanya boleh ikat ada dibahagian belakangnya). Woooh camane ni bila nak masuk bab kenapa...why why..SL masuk wad ni...lain n3 laaa kan..nanti SL buatkan lain ya...insyaallah selepas SL keluar dari dewan pembedahan nanti....

SL nak mekap-mekap dulu sebelum masuk dewan tu....biar cantik haeeeee geli dengornya...tak delah SL nak touch-up skt jee tak nak tunjuk lubang-lubang jerawat ni....hahaaaa lawak skt sengaja buat hati jgn  gabra sangat nanti.....doakan SL selamat ya...yang SL tahu SL akan dibius seluruh badan nanti. Yang lain-lain kita cita lain n3 ya....salam sayang di angin lalu...

Thursday, June 2, 2011

Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

petikan dari encikbaca

Sedekah bukan suatu perkara yang asing dalam masyarakat Islam hari ini. Ada majlis-majlis memberi makan kepada kepada jiran, kenalan dan ahli keluarga. Ia dinamakan kenduri. Ada wang yang diberikan kepada anak-anaka kecil pada musim perayaan. Namanya duit raya. Itu semua apabila dilaksanakan dengan iman dan ikhlas hanya kerana Allah,ia termasuk dalam kategori sedekah.

Dalam bab sedekah ada tambahan ganjaran. Nabi dalam satu hadis sahih lain memberi jaminan bahawa akan ada 2 malaikat turun pada setiapa pagi mencari orang yang bersedekah. Malaikat yang pertama akan mendoakan yang bersedekah,”Ya Allah, gantikan apa yang disedekahkan”. Manakala malaikat yang satu lagi akan mendoakan orang yang kikir, “Egkau musnahkah hartanya”

Kesimpulan yang paling besar saya dapat selepas memahami ibadah sedekah :
Benar kata Nabi, sedekah tidak akan meluakkan harta sama sekali (Hadis Muslim). Namun, benar sedekah akan meluakkan beberapa ringgit wang. Sebaliknya Allah dan Rasul menjanjikan ganjaranyang sangat banyak bukan sahaja di akhirat, bahkan juga di dunia. Tidak sama peribadi orang yang bersedekah dan orang yang kedekut.

Tuesday, May 17, 2011

Menangis Mendengar Azan


Seorang Wartawan BBC menangis apabila mendengar azan di Jeddah
Mungkin Allah memberinya tauhid untuk memeluk Islam...

KLIK SINI UNTUK MENONTONNYA.

Friday, May 6, 2011

"....saya hampir pitam....."

Alhamdulillah...hari ini saya ingin sekali share dengan 
anda semua tentang pentingnya menutup aurat. 
^
^
^
^
“Sara, selangkah Sara keluar daripada rumah tanpa menutup aurat, segala dosa tertanggung di atas ayah. Namun ayah mahu Sara menutup aurat bukan kerana Ayah tetapi kerana Allah. Ia memang perintah Allah”.
Beberapa tahun saya berdoa agar Allah membuka pintu hatinya agar beliau hendak menutup aurat. Alhamdulillah.


Kini, Facebook dan blog juga menjadi medan orang mendedahkan aurat. Bukan diri sendiri tetapi “membantu” mendedahkan orang lain. Gambar-gambar kenangan lama dipertontonkan ke seluruh dunia tanpa sedar implikasi besar yang tertanggung di bahu mereka yang memuat turun gambar-gambar tersebut.
^
^
^
^



Saya juga turut kasihan kepada para artis dan ahli-ahli sukan wanita yang gambar lama masih mereka keluar di media cetak dan elektronik selepas mereka bertukar imej Islamik. Saya juga kasihan wanita yang bertudung bilamana berada di luar negeri mereka buka tudung kerana kelemahan iman mereka.
Satu lagi walaupun dada lelaki itu bukan aurat tetapi kini setelah saya mengikuti kursus oleh seorang yang warak saya titik beratkan cuba seboleh-bolehnya jika saya tidak berbaju , saya masih menutup dada dengan tuala ketika di halaman rumah. Semoga saya dan seisi keluarga saya istiqamah dalam hal menutup aurat ini.
Terima kasih pada MuhdKamil utk semua petikan diatas....semoga Allah merahmati beliau. Amin.

Thursday, April 28, 2011

Wanita Bersanggul Tinggi Tak Cium Bau Syurga?

SHARING IS CARING.....



Pastikan cara kita memakai tudung mengikut syariat yang ditetapkan....Lagipun sekarang macam-macam tudung dijual dan macam-macam patern jugalah cara memakainya...
jadi renung-renungkan...