TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Bila Ramai Suami Jadi Dayus


Bila ramai suami jadi dayus tanpa disedari........

Friday, September 16, 2011

Anak Pelakon Safura Meninggal Dunia

Assalamualaikum....


sumber : google

Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba. Beliau menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buatnya sekeluarga.
Jenazah Nur Aisyah Mariam akan dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.
Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

Thursday, September 15, 2011

MALAYSIA DAY....!!!



SELAMAT HARI MALAYSIA !!!!!

Saturday, July 30, 2011

TIPS atasi kekurangan air dalam bulan Ramadan

Assalamualaikum Semua...Selamat berhujung minggu dan selamat membeli belah bagi mereka yg belum membuat penyediaan untuk bulan puasa yg akan bermula esok..insyaallah...

Mari kita ikuti tips ini yang mana dalam bulan puasa memang bibir kita kering dan ada juga yang mengelupas.....

1) Masalah kurang tidur, ketika berpuasa ramai yang akan menghadapi masalah kekurangan air dalam badan.  Ini akan menyebabkan kulit kekeringan sekali gus nampak kusam. Lihat beberapa faktor penyebab masalah tersebut dan kaedah terbaik dalam menghindari kuit kering sepanjang tempoh berpuasa ini.

2) Menjilat bibir bukanlah cara untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sebaliknya ia menyebabkan bibir semakin kering. Justeru, biasakan memakai pelembab bibir setiap tiga jam sekali termasuk sebelum tidur. Cara lain adalah dengan menyapu minyak zaitun.

3) Pastikan anda sentiasa membawa bersama pelembab ke mana sahaja anda pergi terutama ketika mengadakan aktiviti luar. Sinaran matahari yang terik ditambah dengan cairan tubuh yang kurang antara penyebab kulit tubuh kering. Sebagai tambahan, pilihlah pelembab yang mengandungi pelindung sinaran matahari atau SPF 15.

4) Hindari menggaru kulit yang kering kerana ia boleh menimbulkan masalah jangkitan pada kulit selain mengelakkan daripada kulit bersisik.

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN"

Renungan utk hari ini : Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Friday, July 29, 2011

Mohd Ashraf Hafiz Meninggal Dunia

Assalamualaikum semua....

Berita mengejut jualah bg SL...tup tap tup tap orang memperkatakan tentangnya tiba-tiba beliau dipanggil ilahi...Innalilillah..



KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. 

Nak tahu lebih lanjut baca 
di SINI.

Saturday, July 23, 2011

MYVI jadi carian tertinggi di Google

Salam hari minggu semua...

Kereta Myvi baharu edisi 2010 yang dilancarkan pada 16 Jun lalu menduduki tempat teratas dlm carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan lalu. Kereta kompak yg cukup popular di pasaran negara itu mencuri tumpuan bagi pelayar internet. Tempat kedua carian paling kerap ialah filem Super 8.


pinjam dr pakcik google


Antara 10 carian tertinggi dlm Google Malaysia ialah: -


1. Myvi 2011 Baru
2. Super 8
3. Karak
4. Akademi Fantasia 9/Hazama
5. Groupon
6. Les Paul
7. Prema Yin
8. Gerhana bulan
9. Israk Mikraj
10. Stanza Cinta/Aaron Aziz

Bulan Julai pula apa ya?....

Monday, May 9, 2011

Gula naik harga lagi....

Gula...gula ..gula...dalam setahun entah berapa kali naik daaaaaa....

Ini bermakna kueh-mueh pun mungkin akan naik juga harganya....tak dapat nak imagine laa kalau kueh nanti 2 ketul semuanya RM1.00...sebab biasanya kueh kalau sebelum ini kita dapat 3 ketul kurang-kurangpun dalam RM1.00 sahaja.


gambar dari mr. google

TERKINI.......................Harga Gula Naik 20 sen....Sekilo RM 2.30

Jadi elakkan makan terlalu banyak gula dan benda- benda manis. Kurangkan gula dalam pengambilan sehari-harian anda....ingatkan diri sendiri ni......

Sunday, April 24, 2011

Awas...Harga Emas Naik Membahayakan Kaum Wanita

Alhamdulillah dan selamat bangun pagi adik-adik yang perlu bersiap untuk ke sekolah, kakak, abang yang perlu bersiap untuk pergi kerja...semoga semuanya dalam kawalan terbaik semuanya.

Saya memetik isu semasa mengenai harga emas yang naik melonjak kini. Peningkatan harga emas sebenarnya turut berlaku di negara kita dan mereka yang banyak menyimpan logam emas dan berharga ini semestinya akan tersenyum lebar (adakah anda salah seorang yang sedang tersenyum itu) - tak mau mengaku tak pe (faham2).


gambar hiasan sahaja dan foto diambil dari sini

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan di kalangan para pemilik emas ini, ada satu berita kurang enak didengar untuk mereka terutamanya di kalangan kaum wanita yang gemar memakai barangan perhiasan daripada emas kerana mereka sebenarnya menjadi tumpuan para peragut, pencuri dan perompak. Rupa-rupanya kenaikan harga emas ini mendapat perhatian peragut, pencuri dan perompak yang sudah memulakan tindakan-tindakan gila memburu mangsa-mangsa mereka.

Mari kita kongsi cerita beberapa kejadian yg melibatkan barang kemas antaranya berlaku di Bandar Baru Bangi membabitkan seorang guru wanita yg baru hendak keluar dari rumahnya utk pergi mengajar di sekolah. Ketika guru malang itu melangkah kelaur dari pintu rumahnya, tiba-tiba seorang lelaki meluru ke arahnya lalu meragut rantai serta gelang emas yg dipakai guru tersebut. Guru itu tergamam dan tidak mampu berbuat apa2 dan kejadian itu berlaku pada waktu siang hari.

Satu lagi kes seorang perompak tiba-tiba telah masuk ke rumah dan dengan beraninya merentap barang kemas yang dipakai oleh wanita didalam rumah tersebut sebelum cabut lari. Menariknya, ketika itu, wanita berkenaan  dikatakan sedang berehat di dalam rumah bersama keluarga lain dan sama sekali tidak menduga seorang perompak sanggup masuk ke dalam rumahnya ketika beberapa ahli keluarganya berada di dalam rumah itu pada waktu petang.

Mungkin terdapat banyak lagi kes yang berlaku. Pengajarannya daripada kejadian ini semua pihak terutamnya kaum wanita yang selama ini gemar memakai barangan kemas seperti emas seharusnya tidak terlalu mendedahkan kepada umum.

Wassalam.....beringat sebelum kena.

Friday, April 22, 2011

Elak Makan Telur Mentah


Gambar dari KOSMO


Kekeliruan tentang pengambilan telur untuk diet seharian mengelirukan kita semua. Baru-baru ini kes telur tiruan telah menyebabkan orang ramai kurang membeli telur di pasaraya maupun dikedai biasa.


Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin kemudian mengesahkan ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen.


Kita bagaimana disaran mengambil sekurang-kurang 3 biji telur dalam seminggu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan telur ini boleh melayari berita KOSMO.

Sunday, April 17, 2011

Haram Ukir Nama Kekasih

gambar hiasan sahaja

Perbuatan mengukir nama kekasih pada mana-mana bahagian  anggota badan adalah haram hukumnya dan berdosa. Sesiapa yang terlibat perlu bertaubat segera.

Dr. Yusof al-Qardhawi dalam kitabnya Halal Haram menjelaskan bahawa perbuatan seumpama itu bertentangan dengan ajaran dan syariat islam. "Perkara  ini sudah jelas, hukumnya haram," beritahu mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz.

Hassan Mahmud dengan tegas memberitahu anak-anak remaja Melayu Islam yang terlibat mengukir nama kekasihnya pada anggota badan atau bahasa mudahnya tatu merupakan perbuatan menyeleweng dari syariat Islam.

"Perbuatan mengukir nama kekasih pada badan ini adalah perbuatan yang tidak betul. Sekiranya  seseorang itu benar-benar mencintai kekasihnya pahatkanlah namanya di hati bukan pada badan. "Buktikan melalui ucapan dan perbuatan sebagai bukti cintakan kekasih. Tetapi harus diingat cinta pada manusia tidak kekal lama. Cinta yang abadi atau sebenar-benar cinta hanya pada yang Maha Kuasa!" tegas Hassan Mahmud.

Beliau mengajak semua remaja Islam yang terlibat agar menghayati hadis Nabi s.a.w. yang mengingatkan bahawa barang siapa menggantung azimat dan tatu di badan itu adalah satu perbuatan syirik!.

Oleh itu, Hassan Mahmud menasihatkan setiap orang yang memiliki tatu pada badan wajib membuangnya walau dengan apa cara sekalipun. Sekiranya seseorang remaja itu mati dalam keadaan masih terdapat tatu pada badannya maka mahu tidak mahu kulit jenazahnya perlu dikikis sehingga tatunya hilang, selepas itu barulah jenazahnya dapat dimandikan dan diuruskan.

Petikan diambil dari Majalah Mastika Jan '2011.

Wednesday, April 13, 2011

"Mungkin Ada Telur Ayam Sakit"

Harian KOSMO 13 April 2011.

Telur..Telur..tak ada telur kat dapur rasa tak lengkap aje. Tapi sekarang setelah heboh  pasal telur tiruan semua kita rasanya dah berhati-hati untuk  membelinya malah dah 'puasa' sekejap dari membeli telur ayam ini.

Saya petik beberapa petikan ini dari KOSMO dimana ada menyatakan kemungkinan sesetengah telur ayam mungkin sakit sewaktu bertelur...Presiden CAP, S.M Mohamed Idris  mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Unit Khas Penguatkuasaan bagi memastikan telur ayam yang dipasarkan benar-benar selamat untuk dimakan oleh pengguna. Beliau berkata lagi, pihak berkuasa perlu memberi perhatian terhadap kemungkinan ada peniaga telur ayam menjual telur yang rosak, telur lama atau daripada ayam yang berpenyakit.




Bukan manusia sahaja yang kena penyakit malah ayam juga tidak terkecuali..jadi jangan gelabah dan memboikot membeli telur ya..kalau nak rasa lebih selamat beli aje telur ayam yang organik tapi kena tambah sikitlah budget tu...huhu..sedapnya makan telur goreng dengan cicah kicap dengan nasi panas-panas.

Note: pastikan setiap x anda memasak atau mengoreng telur BASUH dahulu ayam telur itu. Sebab jatuh HARAM..kalau tidak dibasuh..untuk lebih penjelasan boleh dapatkan info kat  SINI.

Sunday, February 13, 2011

Hanya Umat Islam Dilarang Sambut Hari Valentine

14 Februari memang sinonim dgn sambutan Hari Kekasih 
tiap2 tahun. Tapi kita sebagai umat islam dilarang 
sekeras-keras menyambutnya. 

Nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
 supaya umat islam menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day.


Terdapat beberapa versi sejarah sambutan Hari Kekasih,
termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan
Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian.



Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal
Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan
bahawa sambutan Hari Kekasih adalah
haram bagi seluruh umat islam.