TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Dapat Surat Saman

Assalamualaikum semua...Selamat Hari Jumaat...penghulu segala hari.

Lama rasanya SL tak buat n3 baru sejak dua menjak ni..maklum kerja pejabat tengah padat dan sendat...ayat apa tu..hehe...ok hari ni 10/6/2011 SL pergi checkup mata kat Hospital Putrajaya. SL letak WMU kat tepi jalan masuk ke hospital tu....last-last sudah semua urusan selesai kat klinik mata tu...tengok-tengok dapat surat cinta ini..huhu..banyak ke kena saman tu....SL pun tak tahu lagi.

Di surat cinta(saman) tu tulis kesalahannya "Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya" - Kaedah 16(1) Kaedah Lalulintas Jalan J.L 166/59. Apalah nasib ku....tapi tak pe lah...terimanya je sekadar cubaan dan cabaran kehidupan. Ianya tak seteruk orang yang menerima nasib yang malang lebih dari aku.(think positif k).