TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label Perkahwinan glamor. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan glamor. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Faezah Elai Berpakaian Pengantin......

Mai kita tengok dramatis Faezah Elai dan Heykal Hanafiah berpakaian pengantin.....


Faezah nampak manis berpakaian puteh.


Persalinan biru di malam berinai.



Kegembiraan seorang pengantin baru.



gambar perkahwinan faezah elai
Dengan mas kahwin sebanyak RM1,001.00 Faezah Elai sah dimiliki oleh Heykal Hanafiah sebagai isterinya. SL ucapkan tahniah dan semoga kekal hingga hujung nyawa.

(Gambar dari pakcik google)

Friday, September 9, 2011

" syiok nya kahwin..... "

Raya lepas SL ada balik kampung belah suami....dah tau...oh tak pe nak canang sekali lagi tak salah kot...Adik bongsu suami SL kahwin dengan org T'ganu juga malah ada bau-bau bacang juga kata mak mertua. Bukan apa nak cakap syoknya kahwin sampai asyik terperap je dalam bilik...kheeehhe jangan mare ya 'su'..nama panggilan adik pada suamiku itu...bukannya dengki tapi itulah orang kata kalau dah kahwin, hubungan sudah dihalalkan antara seorang perempuan dan lelaki, maka itulah lesen sebuah perkahwinan...

Betul lah orang kata kalu kahwin lambat nanti rugi....hanya orang yang mengalami sahaja yang tau....hehee

Selamat Pengantin Baru 'Su' dan suami.

Monday, July 25, 2011

Fedtri 'orang TV' sebagai Imam dan Khalifah

Assalamualaikum semua dan Selamat Pagi,

Semalam SL seperti biasa kalau mahu mengisi minyak kereta, SL tak lupa jenguk2 tempat bahagian buku yg dijual manatahu ada buku atau majalah baru. Jadi SL tertarik satu buku namanya majalah 'anis'. Anda pernah baca ke...Kalau kira setakat hari ni SL baru beli yg ke-2 kali untuk majalah 'anis'. Muka depan majalah 'anis' adalah gambar Fedtri dan isterinya Anati.

Ahmad Fedtri yahya kahwin
Dari yanmie. tq.

Antara isi kandungan dlm majalah 'anis' antaranya kisah Fedtri dan isterinya.

"Fedtri  mengimpikan untuk memiliki wanita yang mempunyai latar belakang agama yg baik kerana beliau percaya itulah saham yang akan dibawa ke akhirat kelak. Beliau juga mengimpikan untuk memiliki wanita yang menyenangkan dan ternyata Anati mempunyai ciri2 itu. Selepas enam bulan berkenalan, Anati terus disuntingnya. Ketika merisik, Fedtri terkejut kerana rombongannya disambut dengan bacaan al-Quran berserta tafsirannya oleh dua orang adik lelaki Anati.

"Pukul tiga pagi sebelum majlis berlangsung, hujan lebat berserta ribut berlaku sehingga meranapkan pelamin. Habis semua basah. Saya rasa tidak sedap hati. Saya mengambil pendekatan dengan melakukan solat Hajat, manakala Anati pula membaca al-Quran. Kami semua bergotong-royong membaik pulih pelamin dan kelengkapan yang lain," jelas Fedtri.

Lebih lanjut jom baca Majalah 'anis' bil. 168.

Thursday, July 21, 2011

mai mai sini tengok Noh Hujan dan Mizz Nina

Assalamualaikum dan apa khabar ya? Kalau yg tak sihat tu jom tengok gambar Noh Hujan dan isterinya Mizz Nina, mesti boleh sihat semula, tapi ini gambar diambil masa pra-wedding mereka.


.....




Gambar dr Aida Adlini...TQ  ya

Romantikkan mereka berdua...tak puas tengok. Apa pun selamat pengantin baru utk  anda berdua. Semoga perkahwinan ini melengkapkan kehidupan Nina dan Noh sendiri.

Monday, May 2, 2011

Musim Kahwin

Alhamdulillah...hari ni aku nak tempek gambar orang kahwin je..
Maklumlah sana sini orang kahwin..

Semoga mahligai yang dibina berkekalan hendaknya. 
Hidup berpasangan perlukan kesabaran di kedua belah pihak...
Apapun Happy Wedding Day untuk Pengantin Baru...
Tak kira siapa pun mereka..

Layan aje gambar-gambar kat sini..wokey!

Putera William dan Kate Middleton
dari SINI




Gambar Kate Middleton pakai gaun persalinan puteh
kredit gambar dari SINI




Gaun pengantin yang akan dipakai oleh Kate Middleton




Zed Zaidi dan Nelly


Mempelai baru, sama cantik sama padan



Blogger Ujang & Yana
gambar ini diambil dari blog sunahsukasakura

Mungkin di luar sana ramai lagi yang baru naik pelamin..apapun Selamat Pengantin Baru dan semoga ikatan ini berkekalan sampai anak cucu...aminnn.