TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label Pencapaian. Show all posts
Showing posts with label Pencapaian. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Storyofmama Dalam Carta PIlihan Sayur Labu

Alhamdulillah dan syukur banyak-banyak kita masih menghirup udara segar dipagi jumaat. Sudah sarapan semua, sudah buat rutin dipagi hari ke...apapun semoga semua yang kita jalankan anggap ianya sebagai satu ibadah.

Kononnya nak buat n3 pengunjung Sayur Labu yang ke-300. Ok SL dah dapat orangnya seperti yang SL terbitkan n3 sebelum ini. Blogger yang bertuah untuk SL ialah storyofmama. SL panggil 'mama noor', sedikit intro berkenaan dengan mama nor, beliau seorang suri rumah dan mempunyai kegemaran menjahit, memasak dan memiliki 3 anak. Antara masakan mama noor yang SL suka  ialah kuih getas (SL dah salin resipinya tq). Nak berkenalan lebih lanjut dengan mama noor boleh tekan butang ini.


Terima kasih semua kerana menyokong SL dalam berblogging walaupun 'Sayur Labu' tak meletup macam brader tak berapa macho ni. Ok mama noor tunggu ya hadiahnya sampai kat muka pintu rumah hehee...sementara tu bolehlah mama noor buat resipi baru dulu. Semoga teman-teman semua menyokong SL selamanya.

Salam sayang semua...

Friday, May 20, 2011

Review Follower ke-200

Alhamdulillah 
Target 200 Follower dah sampai...jom buat party...amboi suka laa tu...(Alhamdulillah).

Kita tengok siapa yang cantik dan betuah tu.....nanti SL ambil teropong dulu ya...




SUHA yang SL tahu suka sangat binatang. Tetapi bukan sebarangan binatang yang ia suka...'Katak' lebih-lebih lagi yang bertitle 'Princess Katak'. Orangnya pandai berceloteh dan kalau ia sudah berceloteh panjang tak ingat hehe...Menyertai contest, GA memang minatnya....nanti apa-apa GA bagi padanya aje. Nak tahu lebih lanjut boleh lah kunjung  di SINI.

Harap-harap suhasimplelife dah dapat senyum....sebab apa? Ialah N3 ni tentang dia sahaja... hohooo

Enjoy di hari minggu.

  

Sunday, April 17, 2011

Target Follower Ke-100

Alhamdulillah..


Malam ni cukup 100 follower aku dapat..horeeee..


Walaupun cukup besar jumlah itu bagiku mungkin follower di sana anggap angka ini terlalu kecil. Tak pe lahh...rasanya dah berbaloi untukku dan aku ingin tingkat kan lagi pencapaian dlm berblogging. Orang yang bertuah dapat nombor ini ialah cikguden.


Mari kita lihat kira-kira matematik ini. Gara-gara follower aku dah sampai 100 jadi malam ni kita sama-sama mengira. Cantiknya semua jawapan jumlahnya 100.



         1.     123+45-67+8-9 =100
         2.     123+4-5+67-89 =100
         3 .    123+4x5-6x7+8-9 =100
         4 .    123-45-67+89 =100
         5.     123-4-5-6-7+8-9 =100
         6.     12+34+5x6+7+8+9 =100
         7.     12+34-5+6x7+8+9 =100
         8.     12+34-5-6+7x8+9 =100
         9.     12+34-5-6-7+8x9 =100
        10.     12+3+4+5-6-7+89 =100

Ada juga orang kata angka 100 ini angka yang lengkap dan sempurna. Malah kalau ada orang meninggal pun ada juga kita buat kenduri atau bacaan selamat untuk awrah pada hari yang ke-100. 

Ok itu sahaja untuk en3 kali ini. Senyum..dah dpt angka 100..