TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label sukan bola. Show all posts
Showing posts with label sukan bola. Show all posts

Monday, November 21, 2011

Kita mengaum lagi....

Alhamdulillah....


Syukur sangat 'Harimau Muda' kita menang semalam....rasa kita masih merayakan kemenangan semalam sampai hari ini....


Tahniah !!!!!!


Malaysia.


Thursday, July 28, 2011

"Walaupun kalah ku bangga dengan Apek..."

Assalamualaikum dan Selamat Ceria bagi anda yang membaca entry ini..

Sungguh tak ku duga, pedihnya menerima kenyataan ini...harimau malaya kalah agregate 6-4 kepada sang harimau...tapi ku bangga dengan pencapaian anak-anak Raja Gopal yang bermain sedaya upaya untuk menghabiskan 60 minit semalam.


gambar dr pakcik google


Apapun tahniah untuk Apek penjaga gol harimau malaya yg dapat menepis beberapa gol cubaan dari Singapura dan tahniah juga utk Safee Sali yang berjaya menjaringkan satu-satunya gol. Jadi untuk memujuk hati ini SL menerima kekalahan semalam dengan semangat kesukanan. Insyaallah Harimau Malaya akan bertambah mutu permainan di masa depan dan dapat menambah lebih ramai pemain-pemain pertahanan lagi.

Caayuk Malaysia....dengan sokongan 85 ribu penyokong di stadium menampakkan harapan rakyat Malaysia semakin tinggi untuk sukan bola sepak negara.

Saturday, July 23, 2011

Harimau Malaya vs Singapura

Assalamualaikum semua,

Baru menonton bola Malaysia lawan Singapura, kesudahan Singapura memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri dengan 5-3. Ingatkan boleh bangkit tadi masa Malaysia 3-4 Singapura, tapi pihak sana lebih hebat bermain di padang.

Harapnya nanti apabila bermain di Bukit Jalil, Malaysia boleh menang dengan banyak gol lagi daripada Singapura. 'Malaysia Boleh'....

Berjumpa di Bukit Jalil nanti ya Singa..

Wednesday, June 29, 2011

Katanya tak minat bola tempatan...tapi semalam

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua (SSS)

Alhamdulillah Malaysia menang lagi dalam game semalam dengan Taiwan 2-1. Fullamak...caya lah Harimau Malaya...Walaupun tidak tengok sepenuhnya kerana tengok juga rancangan TV8 Countdown. Dua-dua rancangan tv semalam best. Oh ya nak cerita sikit ni yang Cik abang SL sebenornya selama ni memang dia anti tengok perlawanan bola tempatan. Katanya game Malaysia tak setaraf pasukan Eropah....tapi tiba-tiba semalam tengok pula dia...haisss buang tabiat ke....Bukan apa selama ni Cik abang SL ni tak pandang pun liga tempatan ni berbanding dengan kelab-kelab Eropah tu..mcm Chelsea, Man United, Liverpool....minat habis dia pada kelab-kelab Eropah.

Mungkin kemenangan yang berturut-turut oleh pasukan Malaysia menyebabkan Cik Abang SL beralih angin...hahaaa..rasa SL pula yang menang kerana kita selalu bertelingkah kalau bercakap hal bola dimana biasanya SL selalu cerita dia tentang perkembangan bola di Malaysia tapi Cik abang SL macam biasa mencuit bibir je..sekarang apa jadi......Malaysia menang..Malaysia menang lagi...

note: cik abang tonton di kedai mamak (astro) manakala SL di rumah aje dgn anak-anak

Sunday, June 12, 2011

Terpaksa Menerima Kenyataan Walaupun Pahit

Assalamualaikum semua..

Sebelum memulakan kerja SL mahu post satu n3 ni semoga selepas ini kepala ni tidak lagi memikirkannya kerana perkara ini selalu menghantui benak ku. SL akui Terengganu menang dalam perlawanan bola malam Ahad lepas dengan Kelantan 2-1....huhu...sedih betul (tak pe..tak pee...pujuk hati sendiri).

Kelantan terpaksa berputih mata dan aku sebagai penyokong dalam senyapnya pun terpaksa menerima hakikat ini bersama-sama anak-anak ku yang berpihak juga pada pasukan rusa ni.....jangan sedih jangan meratap kerana semua ini sudah menjadi adat resam dalam perlawanan...(pujuk hati sendiri lagi huhu...)


foto dr pakcik google


Berarak dengan Piala FA

Apapun tahniah Terengganu. Banyak-banyak bersabar yeee penyokong The Red Warrior...Dengan khabar Piala FA akan dipamerkan di muzium Terengganu nanti.

Wednesday, April 13, 2011

Macammana Red Warrior Boleh Kalah 4-0 nii..

Kecewaaaaa......(sabar3x).

Macammana boleh kalah ni...hebat sangat ke Perak tu.....Sekejap ok sekejap tidak..tak kosisten pulak RW ni..Ingatkan boleh dapat semangat hari ini...last-last tengok dalam paper KOSMO "Yob Mengamuk Di Ipoh"..


kredit untuk Ir.Ft

Kelantan (Red Warrior) boleh kalah 4-0 dengan Perak..adoiiiiii..dah lah duduk hospital ni sakit...dengar berita ni lagi sakit hati...macamla aku ni peminat tegar bola sepak..Sebenarnya aku peminat bola dari jauhhhhhh..lagi-lagi Red Worrior kan baru mengalahkan siapa semalam...hari ni kena belasah teruk pulakkkkk.

Tak apa esok masih ada....nanti kau....semoga semangat peminat RED WARRIOR terus menyokong pasukan Kelantan sampai jadi juara....

Tuesday, February 15, 2011

Selamat tinggal Malaysia

Safee Sali sudah berangkat ke Indonesia semalam untuk meneruskan kariernya di sana. Saya rasa rakyat Malaysia harus bangga dengan semangatnya untuk mencari pengalaman diri dan mana tahu akan datang ia boleh membantu Malaysia pula untuk mengangkat karier bola sepak negara ke mercu gemilang.


Bekas penyerang Selangor yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kelmarin telah ditemani oleh pengurusnya Zakaria yang sebelum ini dikenali sebagai pengurus pasukan skuad Liga Super Selangor sejak 2008 lagi. Tugas Zakaria lebih kepada membantu Safee Sali sebagai pemain yang benar-benar profesional dengan mendapatkan ruang Safee Sali untuk menjadi duta produk dan mendapat tajaan peribadi. Setahu saya ramai peminat bola sepak negara memberi komentar pro & kontra dengan perpindahannya ke negara jiran ini. Biarlah Safee Sali pergi dengan baik dan doa rakyat Malaysia diperlukannya untuk meneruskan lagi kariernya di sana.

Perpindahan Safee Sali dari mewakili Selangor kini telah mewakili Pelita Jaya dari negara Indonesia iaitu pasukan tercorot dalam liga bola di sana.

Apapun doa dan harapan kita semua semoga perjuangannya diberkati olehNya dan semangat yang ditunjuknya itu dapat mengubah persepsi peminat bola negara kita.

Wednesday, February 9, 2011

Malaysia membenam Hong Kong 2-0



Gambar dari Utusan Malaysia

Wah bangga juga rasanya apabila Harimau Malaya sekali lagi menang 
dlm game ini..jadi tak salah rasanya kalau kita nak mendabik dada pun..lagipun bukan selalu kita menang haha..

Lagipun Hong Kong bukan calang2 pasukan berbanding dgn 
negara kita ni..semalam pun kita beraksi untuk 
game persahabatan sahaja.

Mesti  nak tau kan siapa yg jadi hero semalam..
iaitu Ketua pasukan Shafiq Rahim dlm masa minit ke-44 dan Amirulhadi Zainal yg menyumbat gol dalam minit ke-91 masa kecederaan separuh masa kedua.

Stadium Shah Alam yg menjadi saksi dengan penonton seramai 5,000 orang. Harap kemenangan ini menjadi lebih dorongan utk pasukan kita beraksi dengan lebih baik lg di masa hadapan...

Malaysia Boleh!!!

Kemenangan ini merupakan perlawanan antarabangsa yg pertama
setelah pasukan Malaysia menang di AFF Suzuki baru-baru ini.
Tahniah untuk pengurus pasukan Malaysia iaitu
K.Rajagopal yang membawa Malaysia MENANG.