TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

petikan dari encikbaca

Sedekah bukan suatu perkara yang asing dalam masyarakat Islam hari ini. Ada majlis-majlis memberi makan kepada kepada jiran, kenalan dan ahli keluarga. Ia dinamakan kenduri. Ada wang yang diberikan kepada anak-anaka kecil pada musim perayaan. Namanya duit raya. Itu semua apabila dilaksanakan dengan iman dan ikhlas hanya kerana Allah,ia termasuk dalam kategori sedekah.

Dalam bab sedekah ada tambahan ganjaran. Nabi dalam satu hadis sahih lain memberi jaminan bahawa akan ada 2 malaikat turun pada setiapa pagi mencari orang yang bersedekah. Malaikat yang pertama akan mendoakan yang bersedekah,”Ya Allah, gantikan apa yang disedekahkan”. Manakala malaikat yang satu lagi akan mendoakan orang yang kikir, “Egkau musnahkah hartanya”

Kesimpulan yang paling besar saya dapat selepas memahami ibadah sedekah :
Benar kata Nabi, sedekah tidak akan meluakkan harta sama sekali (Hadis Muslim). Namun, benar sedekah akan meluakkan beberapa ringgit wang. Sebaliknya Allah dan Rasul menjanjikan ganjaranyang sangat banyak bukan sahaja di akhirat, bahkan juga di dunia. Tidak sama peribadi orang yang bersedekah dan orang yang kedekut.