TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Wednesday, April 20, 2011

Justin Bieber

Rambut Justin Bieber Mendapat Kawalan Ketat

Populariti Justin Bieber bukan pada bakat dan ketampanan wajah sahaja malah anggota badannya juga mendapat perhatian yang sangat tinggi. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa anggota badannya seakan tidak bersatu dengan 'keistimewaan' selebriti remaja terkenal ini. Apa tidaknya, beberapa  helai rambut Justin dikawal rapi bagi mengelakkan daripada dicuri.

Ini kerana, beberapa tahun lalu, Justin pernah memberi beberapa helai rambutnya kepada Ellen Degeneres namun ia kemudiannya dijual di eBay dengan harga 25 ribu Pound Sterling. Khabarnya, ia dibeli oleh Golden Palace Casino dan terus mendapat pengawalan ketat. Dikatakan juga kasino berkenaan bersedia menyewakan helaian-helaian rambut Justin untuk diarak ke pelbagai tempat.

"Rambut berkenaan disimpan dalam sebuah bekas kaca yang mempunyai tanda tangan Justin dan tujuan utama ia disimpan adalah acara Lucky Strike Lanes di Miami, Florida. Dalam perkembangan yang sama, Justin juga bersetuju untuk menyumbangkan beberapa helai rambutnya lagi bagi tujuan mengumpul dana untuk mangsa-mangsa tsunami di Jepun baru-baru ini".

Berita dari Mingguan Wanita Keluaran Bil. 1430.




kredit foto dr Mr. Google

2 comments:

  1. sampai macam tue ke??? ish2 apa pun angha 4llow blog akak yerrr

    ReplyDelete
  2. tima kasih sudi singgah umah kita hehe..nanti jgn segan2 datang lagi ya angah

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN