TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label Coret-Coret Sayang panduan. Show all posts
Showing posts with label Coret-Coret Sayang panduan. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Adab dan Tips Menyikat Rambut


Adab menyikat rambut:

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar 
mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.




Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.
sg furat

Thursday, August 18, 2011

Tips 10 Malam Terakhir Ramadan


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

Rujukan sepenuhnya di iluvislam.

Monday, August 15, 2011

Episod I'm Sorry !

Assalamualaikum teman2 ku......Mari kita dengar satu kisah lucu pagi ni....

Suatu hari , seorang dari kawasan pendalaman bersama isteri yang dikasihi pergi ke Shah Alam untuk menziarahi anak sulung mereka yang sedang belajar di UiTM . Orang desa ini , walaupun tinggal di sebuah kawasan terpencil , boleh lah juga kalau setakat hendak bercakap bahasa Inggeris seperti  I'm sorry ,  no , thank you dan mengira setakat one, two , three sampai ten .

Kalau bernasib baik , kadang - kadang dia teringat sampai eleven ! Selepas menemui anaknya, kedua2 suami isteri ini meluangkan masa bersiar - siar di kawasan Seksyen 2, Shah Alam. Di kaki lima salah sebuah kedai di Seksyen 2 itu , orang desa ini terlanggar dengan orang putih yang juga sedang menikmati keindahan kawasan berdekatan kampus UiTM bersama temannya .



Pertembungan itu menyebabkan bungkusan mi yang dipegang oleh orang putih itu terjatuh . Sambil memungut bungkusan mi untuk diserahkan semula kepada orang putih tersebut , orang desa ini pun memulakan dialog interaksi mesra berikut :

Orang desa : I'm sorry....."

Orang putih : " I'm sorry too "

Isteri orang desa (berbisik) : " Abang , jawablah lagi..."

Orang desa : ( Kerana menyangka too ialah two , orang desa pun berkata ) "  I'm sorry three "

Orang putih : " What are you sorry for ? "

Isteri orang desa (berbisik) : " Abang , jawablah lagi...peramah betul orang putih ni... "

Orang desa : (Kerana sangkakan for ialah four, orang desa pun menjawab) " I'm sorry five "

Teman orang putih : " Dear , I think this man must be sick!"

Isteri orang desa ( berbisik ) : " Abang , jawablah lagi...tengok tu, teman dia pun peramah juga "

Orang desa : ( Oleh kerana ingatkan sick ialah six, orang desa pun terus menjawab ) " I'm sorry seven "

Teman orang putih : "Come on , dear, I'm afraid"

Orang desa : ( Mendengar kata-kata afraid, orang desa ini menyangka eight, lalu dia berkata ) "I'm sorry nine"

Melihat temannya dlm keadaan tidak selesa , orang putih itu terus berkata , " Sorry , I really don't understand ".  Mendengar saja perkataan understand yang bunyi akhirnya macam ten, bagai pemidato agung, orang desa ini pun terus menyambut :  I'm sorry even !" ( tersasul tatkala terlalu ghairah hendak menyebut eleven ). Orang putih bersama temannya terus berada dlm keadaan terpinga - pinga . Malah , orang putih itu bertambah terpinga-pinga kerana kebetulan panggilan singkatan namanya Evan ! Bagaimana orang desa itu mengetahui namanya Evan ! " Do you know me ?" bertanya lagi orang putih itu sebelum dia beredar.

Si isteri orang desa itu terus berbisik lagi kepada suaminya , " dia tanya apa lagi tu bang ? Mesra betullah orang putih ni ".

Suaminya menjawab , " dia tanya aku nak mi ke ?"  jawab selamba suaminya sambil memandang mi yang dipegang oleh orang putih tersebut. " Eh , jangan terimalah bang , entah halal entah tidak ! " Mencelah isterinya . Si suami kemudian dengan cepat berkata kepada orang putih , " no thank you  ".

Kemudian orang desa bersama isterinya terus meneroka pelbagai premis perniagaan di Seksyen 2 Shah Alam . Ternyata dialog yang seketika sahaja telah meningkatkan peratus kasih sayang isterinya kepada orang desa itu . Si isteri teramat bangga terhadap pencapaian dan kebolehan suami tersayang.

Iktibar : Jika ilmu kita sedikit, maka sedikitlah juga peranan yang boleh dimainkan oleh kita. Agama Islam memberi perhatian yang istimewa kepada kecemerlangan ilmu. Kedudukan ini menuntut UMMAH memberi perhatian yang setepatnya terhadap perkembangan ilmu. 

Friday, August 5, 2011

TIPS - " Ajakan cinta, kenapa malu dengan suami "

Tidak dinafi kan , rata-rata isteri di luar sana berhadapan masalah untuk mengajak suami melaku kan hubungan intim, Biar pun berbelas tahun perkahwinan, tetapi masih ada yang segan untuk membuat ' permintaan ' .

Mungkin sudah banyak cara di praktik kan tetapi belum bertemu jalan penyelesaian . Sudah nya tunggu sahaja ' pelawaan ' daripada suami dari ' meminta ' sendiri . Buntu dengan apa yang berlaku , ini TIPS dan caranya : -

1.    Butang baju buat suami berdebar
Suami lebih tertarik melihat isteri nya membuka butang baju perlahan - lahan . Bermula dengan butang yang paling atas , susuli pula dengan gaya yang menarik perhatian nya. Pasti mendebar kan . Kemudian , rapat kan dada anda ke dada nya serta dakap lah suami dengan penuh rasa cinta . Pasti membangkit kan nafsu untuk bersama.

2.    Cicirkan pakaian dalam di bilik tidur
Isteri sukar membuat  ' permintaan ' malah untuk melafaz kan nya terasa bagai ada batu tersekat di kerongkong. Kerana itu lah maka anda boleh praktikkan cara meninggal kan pakaian dalam di tempat tidur. Mungkin dengan cara tersebut suami akan beri perhatian sekaligus membangkit kan rasa ghairah melihatkan ' barang ' peninggalan anda . Secara tidak langsung dia menerima isyarat bahwa isterinya inginkan ' sesuatu ' .

3.     Guna kan pakaian yang jarang dan seksi
Tidak salah jika sesekali anda mengena kan baju yang seksi bagi menarik perhatian suami . Lebih elok kalau kain nya jarang dan menampak kan bentuk tubuh . Pasti menggiur kan . Jangan lupa , sembur kan sedikit wangian bagi membangkit kan keghairahan sensual di waktu itu .  Jangan terlalu ' membuka ' sebaliknya simpan ' bahagian - bahagian ' tertentu untuk aktiviti selanjut nya .

4.     Bijak gunakan bahasa tubuh
Selepas mandi atau sebelum mengada kan hubungan intim , sebaik - baik nya pakai lah pakaian di hadapan suami . Dari pakaian dalam hingga lah ke tanduk ' uniform  rasmi ' , sarung kan di hadapan nya agar bangkit keinginan untuk bersama . Sambil - sambil itu usap lah bahagian ' panas ' di tubuah anda  perlahan - lahan bagi menaik kan nafsu syahwat nya kerana ada segelintir suami yang gemar melihat isteri beraksi demikian .

5.    Belai suami dengan usapan cinta
Hampiri suami di atas katil perlahan - lahan dan belai lah wajah , telinga , serta dada suami dengan lembut . Biar kan rambut anda mengurai ke tubuh nya agar suami berasa lebih seronok untuk melaku kan hubungan ' bersama ' . Setelah itu , buat gigitan cinta di leher atau  di bahagian yang di rasa kan sesuai . Ini kerana , gigitan yang anda laku kan itu mampu merangsang nafsu pasangan untuk beraksi lebih panas .

6.    Wujud kan suasana romantik
Bagi membangkit kan lagi suasana , alun aroma romantik penuh klasik sewaktu berduaan di kamar peraduan . Di sirami cahaya suram serta haruman yang mempersona kan , ' aktiviti ' malam itu pasti lebih menyeronokkan . Usah terburu - buru , sebalik nya goda lah pasangan anda dengan ciuman atau hembusan nafas ke telinga nya bagi merangsang keinginan ' berhubungan ' . Dalam pada itu , jangan lupa untuk menatap mata suami anda dengan pandangan yang paling menggoda .

Artikel dari Mingguan Wanita

Thursday, August 4, 2011

" terjeling aweks melayu berkuku panjang "

Salam Semua....

Pagi ni SL ada temu janji dengan doktor pukul 8.45 pagi . Sementara tunggu nombor dipanggil < no. 300 > SL lihat lah sekeliling SL ,  mcm2 ragam pesakit ada tapi yg menjadi topik sekarang SL ternampak sorang aweks....pakai baju kurung, berikat rambut dengan letak klip bunga lagi, pegang buku pengantin dan ditangannya ada lukisan inai....pada pikiran SL pasti aweks ni nak kahwin kot dlm masa terdekat ....aweks ni tengah taip sesuatu di handphonenya ,  tapi yg menjadi minat SL sebab aweks ni punyai  kuku yang  panjang  (mcm kuku artis).

Gambar pakcik google lagi...

Terpikir juga macam mane dia guna tangan untuk basuh &*&<* nya....ishhhs macam mane yaa!!....ke dia menggunakan tisu kot macam orang cina guna untuk basuh &*&<* ...tapi itulah kan tak manis tengoknya orang perempuan ada menyimpan kuku panjang - panjang buat ape....nak melawa....tak nampak pula lawa kat mane, kalu ada kuku panjang tu...harap2 awekss tu dpt tauhid dan hidayah secepat mungkin.....nak tegur eeiii tak tergerak pulak hati...silap2 kena sembur blk oleh aweks ni...

Mari nak bagi sedikit tazkirah tentang menyimpan kuku panjang : -


Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang diajar pun tak boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah......(baca tapi nyanyi dlm hati mcm lagu siti pulak)


Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.


Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek..Insya-Allah.

Wednesday, August 3, 2011

"Orang lain pergi masjid aku pergi jumpa doktor"

Assalamualaikum semua dan selamat bersahur.....

Sementara tunggu sahur SL nak cerita tentang diri ini yang buang tabiat.....bukan apa  kan bulan ramadan ni orang pergi solat tarawih SL pula pergi jumpa doktor gigi...kan buang tabiat tu..hehe..ceritanya SL ni memang rasa fobia dan takut cabut gigi, jadi kalau gigi sakit suam-suam kuku tu SL biarkan aje....dgn harapan akan hilanglah sakitnya tu...skrg dah sakit 2 hari 2 malam tak boleh tidur....tekad terus pergi jumpa doktor tak kira takut ke...ngeri ke...fobia ke..asalkan sakit gigi ni hilang.

Mulanya SL ingat sakit bahagian gigi atas, tapi sebenarnya doktor kata gigi bawah yang reput tu yang tinggal separuh dah...sama paras dengan gusi, sebab tu SL ni biarkan aje kat situ sebab takut kena dibedah gusi nya....punyalah pikiran ni kolot.....skrg nah....'FREE'...yahoo rasa dunia ana yang punya...sudah tak sakit nak cakap pada dunia nih....hhehe

Terpaksalah cik suami korbankan solat terawihnya gara-gara kena jaga anak sebab SL pergi dengan bawa sorang je tadi...apapun tq ya Allah...gigi ku sudah tiada sakitnya...huiih mahal juga ya sekarang cabut gigi pun dah kena charge RM95/- sekali dgn ubat dan antibiotik...tak kisahlah harga tu janji gigiku dah 'FREE' dari sakit...

Ok lah SL tengok jam 3.15 pagi..bolehlah mula gerakkan anak2 untuk sahur...nanti kalau tidur sekejap kan terbabas pula tak sahurnya macam semalam....kuikui..gara2 sakit gigi SL makan ubat tahan sakit sampai 2 biji terus lena sampai tak bangun sahur......

Pengajaran: Jangan tunggu sakit dulu baru nak pergi jumpa doktor gigi, sebolehnya kena check-up sekurang2 2 kali dlm setahun....rasanya begitulah.

Wassalam.

Tuesday, August 2, 2011

"Fadhilat Ramadan"

Bismillahirrah manirrahhim dan Assalamualaikum teman2 semua.


Mari kita baca sama2 fadhilat bulan ramadan....


Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.


"Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


"Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


 "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."


"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya." 


PENGERTIAN PUASA
# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUAS
A
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.



Info dari mysahabat ~~~~~~tq.

Monday, August 1, 2011

Perpanjangkan korek hidung dan korek telinga tidak membatalkan puasa

Assalamualaikum semua....

Soalan:

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Sumber dari naimnikmat..... Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net


Note: Sayur Labu pun baru tahu.....kalau ada percanggahan sila kemukakan ya..

Saturday, July 30, 2011

TIPS atasi kekurangan air dalam bulan Ramadan

Assalamualaikum Semua...Selamat berhujung minggu dan selamat membeli belah bagi mereka yg belum membuat penyediaan untuk bulan puasa yg akan bermula esok..insyaallah...

Mari kita ikuti tips ini yang mana dalam bulan puasa memang bibir kita kering dan ada juga yang mengelupas.....

1) Masalah kurang tidur, ketika berpuasa ramai yang akan menghadapi masalah kekurangan air dalam badan.  Ini akan menyebabkan kulit kekeringan sekali gus nampak kusam. Lihat beberapa faktor penyebab masalah tersebut dan kaedah terbaik dalam menghindari kuit kering sepanjang tempoh berpuasa ini.

2) Menjilat bibir bukanlah cara untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sebaliknya ia menyebabkan bibir semakin kering. Justeru, biasakan memakai pelembab bibir setiap tiga jam sekali termasuk sebelum tidur. Cara lain adalah dengan menyapu minyak zaitun.

3) Pastikan anda sentiasa membawa bersama pelembab ke mana sahaja anda pergi terutama ketika mengadakan aktiviti luar. Sinaran matahari yang terik ditambah dengan cairan tubuh yang kurang antara penyebab kulit tubuh kering. Sebagai tambahan, pilihlah pelembab yang mengandungi pelindung sinaran matahari atau SPF 15.

4) Hindari menggaru kulit yang kering kerana ia boleh menimbulkan masalah jangkitan pada kulit selain mengelakkan daripada kulit bersisik.

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN"

Renungan utk hari ini : Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Sunday, July 24, 2011

Kahwin bukan setakat baju pengantin & pelamin glamour

Assalamualaikum semua, salam ceria salam hebat untuk hari ini boleh?....

Memang pelik bin ajaib, ramai pasangan sekarang cenderung membuat persiapan perkahwinan berbulan malah bertahun lamanya untuk baju pengantin, bunga telur, pelamin, solekan dan khidmat jurugambar glaour. Tetapi terpaksa menghadiri kursus perkahwinan selama dua hari itu pun ramai yang merungut-rungut.

       
Ini gambar hiasan sahaja

Persiapan menghadapi erti hakiki perkahwinan pun dibuat sambil lewa. Malah ada ramai yg langsung tak membuat apa-apa persiapan rohani dan jasmani. Yang lebihnya persiapan material semata-mata.

Yang utama hendak diperbetulkan ialah niat berkahwin adalah kerana mencari redha Allah. Kaedah mesti betul, tidak boleh sewenang-wenang menghalalkan cara.

Jadi renung-renungkan untuk pagi ini..

Monday, July 18, 2011

"Facebook" selepas kita mati apa yang terjadi

Uwaaa....sob sob (nangis tapi tak kuar air matapun), kenapa isi yg SL tulis tadi boleh hilang. Hanya tajuknya  sahaja ada.

Siapa yang boikot blog Sayur Labu ni....apapun isi sebenar intipati berkenaan tajuk di atas boleh ikuti di TAPAK RUMAH INI. Semoga boleh jadi ikhtibar pada mereka2 yang ada akaun 'mukabuku'.

Salam sayang semua....pastikan anda semua hebat hari ni.

Saturday, July 2, 2011

En. suami guna rokok elektronik

As-salamualaikum semua dan selamat pagi...

Semoga hari ni hari yang membahagiakan kita semua. Nak cerita sedikit bab rokok elektronik atau e-cigarette. Anda semua pernah dengar atau pernah guna atau pernah lihat, pernah pegang...apapun boleh syer dengan saya apa kelebihan dan kekurangannya. Memanglah kalau sesiapa yang tidak merokok mungkin tidak pernah tahu dan dengar.

En. suami SL baru guna rokok elektronik ini. Penggunaanya sedikit leceh kerana terpaksa dicas macam guna telefon yang kena selalu dicas bateri. Cuma tak perlu menggunakan lighter atau mancis api semasa menggunakannya. Kelebihan rokok ini bagi SL yg sebagai isterinya mungkin rokok ini tidak mengeluarkan bau seperti rokok tradisional dan rokok ini dijadikan satu alternatif untuk berhenti merokok.


gambar ikhsan dr pakcik google

Oh ya SL dapat tahu juga e-cigarette ini juga ada pelbagai perisa antaranya perisa gudang garam, dunhill, kent, mint yang dipanggil catridge. SL doakan sangat supaya en. suami SL dapat berhenti menghisap rokok buat selama-lamanya. Teman-teman semua doakan juga ya...

Salam sayang dari SL dan selamat berhujung minggu.

Monday, June 27, 2011

AWAS Bahaya Lilin Aromaterapi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

SL ada terbaca artikel ni di Majalah Wanita Keluaran bulan Mei 2011. Jadi SL mahu syer pengetahuan ini untuk suri-suri rumah yang suka menghias dan mewangikan rumah dengan Lilin Aromaterapi. Artikel ini juga ditujukan untuk jiran SL yang SL rasa ada juga menggunakan lilin tersebut. Mari kita baca ya..

"Tatkala hati sedang gundah atau tertekan, ramai yang cuba mengurangkan tekanan tersebut dengan menyalakan Lilin Aromaterapi. Wangian aromaterapi dikatakan membantu menenangkan dan menjadikan tubuh lebih relak.

Namun, menurut satu kajian, Lilin Aromaterapi ataupun wangian kediaman sebenarnya mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Terdapat beberapa sebatian kimia di dalam wangian kediaman yang memberi kesan terhadap kesihatan. Menurut kajian tersebut pencemaran udara dlm ruangan udara dapat menyebabkan pelbagai masalah. Ia mungkin menyebabkan batuk ringan dan mata gatal yang anda sendiri tidak sedari penyebabnya.


Sistem Pengudaraan
Jika aroma wangian boleh bertahan lama, disarankan anda meningkatkan sistem pengudaraan di dalam rumah. Ini kerana, kebanyakan produk lilin dan wangian kediaman mengandungi bahan yang tidak dinyatakan kandungannya pada kemasan. Kebanyakannya hanya menyatakan 'wangian' atau 'fragrance' tanpa diberi perincian yang lengkap.

Selain itu berkemungkinan terdapat ratusan sebatian kimia pada Lilin Aromaterapi yang tidak diketahui oleh pengguna. Salah satunya mungkin phthalates yang berfungsi agar aroma tahan lebih lama. Unsur ini dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan serta masalah reproduksi.

Jadi hati-hati bagi mereka yang menggunakan Lilin Aromaterapi. Semoga jadi panduan semua. Salam sayang.

Saturday, June 25, 2011

Ketepikan Rasa Malu

Assalamualaikum dan Salam Semua

Bagi kaum wanita memang mengetahui bahawa penyakit kanser rahim, kanser payu dara dan macam-macam kanser yang timbul begitu menakutkan kita semua. Langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan kesihatan perlu diambil terutama di bahagian sulit.

Memang rasa malu adalah lumrah wanita namun ketepikan perasaan itu demi menyelamatkan nyawa kita. Ramai juga kaum wanita yang takut melakukan pemeriksaan di bahagian sulit terutama vagina kerana mereka bimbang jika mereka benar-benar menghidap penyakit serius.

Perasaan takut yang menghantui diri membuatkan mereka mengelak daripada melakukan pemeriksaan doktor. Buang sikap negatif ini dan lakukan segera pemeriksaan bagi mengelakkan perkara buruk misalnya penyakit sudah berada di tahap serius akibat kealpaan kita. Sahut kempen kerajaan menjaga kesihatan dan mengesan penyakit awal. Kini banyak rawatan dan ubat yang dapat membantu kita mencegah kanser dan penyakit kronik lain. Berfikiran positif dan lakukan pemeriksaan awal.

Kebaikan Jalani Pemeriksaan Vagina dan Payudara:
  • Mencegah berbagai penyakit terutama yang membabitkan sistem reproduksi
  • Depat mengesan lebih awal penyakit kanser payudara dan leher rahim
  • Mengesan lebih awal penyakit akibat seks bebas dan keadaan lain sebelum menimbulkan kesan yang lebih berbahaya.
  • Dapat mencegah kemandulan
  • Melancarkan proses kehamilan dan kelahiran bayi.