TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Petai dan Gulai Daging

Assalamualaikum semua.....

Petai ..... 



Gulai Daging

Nak dijadikan cerita mulut SL dalam beberapa hari lepas tak 'mau' ngap sebarang benda berat untuk dimakan waima nasi. Jadi SL ambil keputusan untuk mencari sesuatu yang boleh membangkitkan selera tekak ini....terjumpalah satu benda yang dipanggil 'PETAI' tergantung-gantung di sebuah kedai yang SL masuki....jadi hari tu SL dapat makan nasi dengan lajunya bersama-sama dengan gulai daging.

OH....begitu nikmatnya makan nasi hari tu.......syukur sangat-sangat pada Allah kerana kembalikan kenikmatan makan pada SL. Petai ni sedap makan dengan kulit-kulitnya sekali.....lagi best dapat makan petai yang dijeruk....fuhhhhhhhh mesti tambah punya makan kalau ada PETAI JERUK.

Jangan tak cuba.....


Tuesday, August 2, 2011

"Sempat sangat la buatnya......"

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa Ramadan......

Wah dah lewat petang baru SL tergedek-gedek mau buat entry tuk hari ni....ialah tadi teman sebelah ada tanya SL......"tak ada post baru ke hari ni........" waaa macam tersedar dari mimpi...oh ada juga teman yg bertanya, ingatkan takde sape2 yg hiraukan blog picisan SL ni.

Macam tu SL nak cerita skt tentang petang semalam, hari pertama buka puasa....tak sangka sempat pulak SL buatkan lauk 2, 3 jenis..ingatkan sempat masak nasi je...SL masak pun pakai ramuan yg ringkas-ringkas je...tak pe lah SL bgtau sini apa yang SL, suami dan anak2 buka puasa dengan apa semalam ya....sampai aje kat umah, SL terus p dapur 'nak berperang ni'....SL mula2 buat pengat pisang, selepas tu SL masak tumis sotong, then goreng ikan, then lagi masak gulai ayam kurma, yang lain bancuh air jagung, siapkan semangkuk budu utk cik abang dan ulam kacang panjang..


gambar pinjam dgn pakcik google

Itulah ingat balik tak sempat buat...tengok2 dah siap lauk-pauknya...sebelum tu suruh anak yg sulung 'huda' masak nasi, itulah yg dia boleh tolong sementara ibunya balik ...orang kata tak nak seribu daya, kalu nak 'buat' tu seribu daya boleh ikhtiarkan walaupun letih blk dar kerja......

note: itulah tuan puan, adik kakak....rasanya kalau masak sendiri lebih rasa kepuasannya dari tunjuk2 kat kedai....harap2 SL boleh teruskan masak kat rumah utk bulan ramadan ni.

Saturday, July 23, 2011

'salah masak' tapi still muaaah'

Bismillahhirrahmanirrahim.....

Semoga hari ini menjanjikan hari yang hebat, hari yang membahagiakan untuk anda di luar sana.

Pada entry yang lepas KISAH INI SL ada menceritakan yang en. suami SL gila meroyan..eh silap gila memancing. Dalam 2 minggu memancing baru semalam ia dapat ikan Siakap yang boleh kata besar jugak lahh macam dlm gambar ni..


ikan siakap dr pakcik google

Itulah SL tak berapa tahu sangat jenis ikan ni..kebetulan suami SL pergi kerja tapi sebelum itu ia telah membuang isi perut dan apa yg patut cuma tunggu SL masak aje. SL ni ingatkan ikan tu ikan patin sebab anak2 pun cakap ikan tu ikan patin..apa lagi SL search lah dlm internet ni cara masak ikan patin, apa lagi setelah siap masak rasanya marvelous jugak walaupun salah ikan hehee...


masak tumis dr pakcik google jgk.

SL buatpun separuh dari ikan tu sebab besar sangat nak buat sekaligus, ada separuh lagi utk SL menebus kesalahan masak tu. Kali ini kena masak kukus atas buat tumis 3 rasa. Itulah kalau dah pandai makan je tapi jenis ikan tak tahu ini masalahnya, jadi salah masak jawapnya.

Teman2 semua camane pulak, ada tak sebelum ni tersalah masak atas tersalah buat macam SL ni tapi rasanya ok gak....hehe...

Wednesday, July 6, 2011

First fime buat air kacang soya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia

Pernah buat air  kacang soya? SL buat pertama kali dalam sejarah hidup cubalah buat air kacang soya. Nak kata senang tak senang juga sebabnya kena melalui beberapa peringkat untuk menyiapkannya sampai boleh minum dengan hasil tangan sendiri.

SL menyediakan susu kacang soya ini dibantu oleh pembantu pro iaitu anak SL sendiri yang berumur 11 tahun…’izat’. Sementalah diaorang pun ingin cepat-cepat merasai hasil buatan tangan ibunya maka kenalah rajin menolong...kan.

Air kacang soya ni tak boleh menyediakannya on the spot ya tuan-tuan dan puan-puan.  …Sebabnya ia memerlukan masa untuk merendam kacang soya…lepas tu perlu blenderkan/hancurkan ia…perlu masak pula…baru boleh minum itupun kalau nak sejuk kena pula simpan dalam peti sejuk dulu. Harapnya bulan puasa ni bolehlah SL menyediakan air soya ni sendiri pada hari minggu..Hari biasa mana sempatkan…Bukan tak tahu SL kan korja3x…..

sumber dari pakcik google...tq.


foto dr makcik google..tq

Selamat mencuba...itupun kalau rajin masak...nak cepat beli jee kat pasar malam...salam sayang semua..

Tuesday, April 19, 2011

Puding Pelangi

Alhamdulillah...hari ini sempat lagi saya buat ent3 baru. Baru balik dari ofis dan balik sekejap semata-mata untuk menonton drama Marimar dari Filipina. Hajatnya sekejap lagi mahu keluar beli barang-barang dapur sikit. Sebelum itu saya  mau tempek gambar Puding Pelangi yang saya buat semalam. Kalau anda semua mahu menyediakannya juga boleh sahaja ambil resipinya di bawah:-


 Puding Pelangi diserikan lagi dengan coklat hiasan


Puding Pelangi yang dalam loyang

Bahan-Bahan
Krimer jagung 1 tin
Susu cair 1 tin
Tepung kastard 1 cawan
Gula 3/4 cawan
Air 2 cawan (ikut sukatan tin krimer jagung)
Garam secubit

Cara-cara
Semua bahan kecuali tepung kastard dan susu cair dimasukkan ke dalam periuk. Kacau dengan api perlahan. Sambil itu ambil tepung kastard dan susu cair dikacau  sehingga sebati dalam bekas yang lain. Setelah sebati masukkan kedalam periuk tadi. Kacau sampai puding tersebut pekat dan berkilat. 

Selepas itu bolehlah tutup api dan masukkan dalam acuan. Boleh makan panas-panas atau sejuk. 

Selamat mencuba. Wassalam

Sunday, April 17, 2011

Lauk Hari Minggu

Selamat hari minggu...selamat beristirehat di rumah..jom kita layan makanan apa yang dihidangkan tengahari ni. Hari ini lauk-lauknya simple sahaja. almaklum malas keluar hari ini maka aku selongkar aje apa yang ada dalam peti sejuk ku. Yang ada 3,4 ketul ikan pari yang lebihan buat asam pedas semalam..lupa pulak nak snap gambar asam pedas tu..ada ayam banyak lagi..ada telur itik asin lagi yang direndam dalam botol untuk dijadikan telur asin, ada sayur tomato, carrot dan ubi kentang..apa yang perlu masak hari ni ya...last-last siap lah masakan itu seperti di bawah ini...scroll bawah ya....
terima kasih sudi baca en3 ini...selamat makan dan aku lengkapkan lauk-pauk tu dengan menyediakan air tea panas..best jugak.



Ayam Masam-Manis


 Ikan pari Goreng + Tomato


Sop Kentang + Ayam 


Telur Asin

Selamat Menjamu Selera..

Wednesday, March 30, 2011

Puding Pelangi

Selamat petang dan selamat makan petang...(macam kerja tu makan aje kan hehe)

Ingat lagi aku sewaktu tinggal dalam wad hospital..petang-petang dalam pukul 4pm macam tu aku dihidangkan dengan roti ikan bilis + secawan teh panas, ada tu bubur pulut hitam + secawan air kopi...yang pasti hari-hari dihidangkan menu yang berlainan....maklumlah aku baru balik dari hospital semalam...

O.K...hari ini aku nak tunjukkan Puding Pelangi (maksudnya berwarna-warni la kan).

Balik sahaja dari hospital dalam kepala aku tak de lain mahu buat resipi Puding Pelangi ni. Al-kisahnya semasa aku di wad aku ada search resipi ini dari My Resipi dalam facebook...dia punya bahan-bahan pun tak banyak sangat, jadi aku rasa boleh buat la..kalau nak cuba buat puding ini boleh ambil resipi dibawah.

Antara ramuannya seperti :-

  1. Agar-agar 10gram
  2. 1/2 tin susu cair
  3. 650ml air
  4. 200 gm gula pasir
  5. 60gm mentega
  6. 1 biji telur
  7. 1 sudu makan tepung kastard
  8. 1 sudu makan serbuk koko
  9. 1 sudu teh vanilla
  10. Pewarna merah, hijau & kuning (ikut suka)
Cara-caranya:
  • Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
  • Pukul telur menggunakan whisker dan masukkan susu cair tadi juga tepung kastard. Kacau hingga adunan ini rata kemudian ditapis.
  • Setelah ditapis satukan adunan telur dan agar2, kacau lg hingga rata serta masak semula hingga adunan mendidih. Kemudian masukkan mentega tadi dgn vanilla dan kacau hingga rata. Lepas itu tutup api.
  • Bahagikan adunan tadi kepada 3 bekas sama banyak (mangkuk). Lepas itu bubuh koko (campurkan sedikit air pada koko) kedalam salah satu adunan didalam mangkuk. Kacau hingga rata. Adunan yang dua mangkuk lagi itu boleh masukkan warna merah dah hijau (ikut suka ya)
  • Sengetkan loyang menggunakan buku atau seangkatan dengannya, asalkan loyang itu berkedudukan senget. 
  • Selepas itu acara masukkan adunan tadi satu demi satu dalam loyang itu sampai siap...masuk dalam peti sejuk (jika mahu cepat beku)..lagi sejuk lagi sedap kot. Boleh makan...

Puding Pelangi


yang ni baru nak masukkan dalam peti ais dulu



ok lahhh maklum baru belajar buat



sudah dipotong untuk dibawa ke ofice..hajatnya


abaikan yang tepi acuan ni ya....

Selamat Mencuba.....



Saturday, February 19, 2011

sardin dan telur dadar


Seharian bekerja membuatkan ku tak sempat nak membeli ikan atau ayam untuk dimasak. Balik dari kerja pun dah semput untuk singgah di kedai untuk membeli itu ini..Jadi apa yang ada di dapur ku rembat je..masa tu ada ikan sardin. Apalagi potong bawang, carrot dan potong tomato..simple & easy to make it. Kat rumah pun memang sardin ni kena beli 2 3 tin senang...takde lauk basah..sardin laa jadi mangsanya.



Telur dadar...cuma letakkan secubit garam..bawang pun tak letak..kalau letak dalam telur sudah tentu anak-anakku tak makan punya..kalau makan pun mesti cari bawang dulu untuk diasingkan dengan telur baru boleh makan. Senang-senang aku tak payah masukkan bawang terus.

Jadi laa dengan adanya lauk ini pun sudah cukup untuk ku dan anak-anak makan di malam hari...

buat kek tanpa masak pun



CHEESE KEK MUDAH

Cara buat cheese kek ni paling mudah kerana tidak payah memasak atau membakar. Cuma letakkan dalam peti sejuk dan boleh terus makan. Ramuannya cuma tepung cheese kek, susu cair atau wipping crea, biskut merry atau orio, blueberry sbg toppingnya dan planta.

 1. Biskut marie dihancurkan..saya guna kayu penggelek karipap je..pukul2 dia sampai jadi cam ni..
Boleh juga guna biskut Orio.


2. Blueberry...blueberry ni saya beli di kedai KEJU SEDAP...


3. Planta


4. Tepung cheese kek yg readymix. Yang ni saya beli di kedai yg sama dgn harga RM15.50..



 5. Planta yang di panaskan supaya menjadi cair untuk dicampurkan dengan biskut yang telah dihancurkan. Letakkan dalam peti sejuk selama 15 minit barulah dimasukkan tepung cheese kek yang telah diadun dengan susu cair


 6. Susu cair 1 tin 


 7. Ini dia cheese kek yang telah siap untuk dimasukkan dalam peti sejuk.
Sebelum sapukan blueberry sbg topingnya..biarkan kek ini dalam peti sejuk selama 4 atau 5 jam dulu.




8. Taraaaa CHEESE KEK  telah siap untuk dimakan.



9. Ini potongan Chesse Kek tadi.