TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label tips2. Show all posts
Showing posts with label tips2. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Adab dan Tips Menyikat Rambut


Adab menyikat rambut:

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar 
mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.




Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.
sg furat

Sunday, October 16, 2011

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah

Bismillah hirrahma nirrahim.......dan Assalamualaikum,

Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.


Sabda Rasulullah SAW:

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:

“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”



Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

Thursday, August 18, 2011

Tips 10 Malam Terakhir Ramadan


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

Rujukan sepenuhnya di iluvislam.

Friday, August 5, 2011

TIPS - " Ajakan cinta, kenapa malu dengan suami "

Tidak dinafi kan , rata-rata isteri di luar sana berhadapan masalah untuk mengajak suami melaku kan hubungan intim, Biar pun berbelas tahun perkahwinan, tetapi masih ada yang segan untuk membuat ' permintaan ' .

Mungkin sudah banyak cara di praktik kan tetapi belum bertemu jalan penyelesaian . Sudah nya tunggu sahaja ' pelawaan ' daripada suami dari ' meminta ' sendiri . Buntu dengan apa yang berlaku , ini TIPS dan caranya : -

1.    Butang baju buat suami berdebar
Suami lebih tertarik melihat isteri nya membuka butang baju perlahan - lahan . Bermula dengan butang yang paling atas , susuli pula dengan gaya yang menarik perhatian nya. Pasti mendebar kan . Kemudian , rapat kan dada anda ke dada nya serta dakap lah suami dengan penuh rasa cinta . Pasti membangkit kan nafsu untuk bersama.

2.    Cicirkan pakaian dalam di bilik tidur
Isteri sukar membuat  ' permintaan ' malah untuk melafaz kan nya terasa bagai ada batu tersekat di kerongkong. Kerana itu lah maka anda boleh praktikkan cara meninggal kan pakaian dalam di tempat tidur. Mungkin dengan cara tersebut suami akan beri perhatian sekaligus membangkit kan rasa ghairah melihatkan ' barang ' peninggalan anda . Secara tidak langsung dia menerima isyarat bahwa isterinya inginkan ' sesuatu ' .

3.     Guna kan pakaian yang jarang dan seksi
Tidak salah jika sesekali anda mengena kan baju yang seksi bagi menarik perhatian suami . Lebih elok kalau kain nya jarang dan menampak kan bentuk tubuh . Pasti menggiur kan . Jangan lupa , sembur kan sedikit wangian bagi membangkit kan keghairahan sensual di waktu itu .  Jangan terlalu ' membuka ' sebaliknya simpan ' bahagian - bahagian ' tertentu untuk aktiviti selanjut nya .

4.     Bijak gunakan bahasa tubuh
Selepas mandi atau sebelum mengada kan hubungan intim , sebaik - baik nya pakai lah pakaian di hadapan suami . Dari pakaian dalam hingga lah ke tanduk ' uniform  rasmi ' , sarung kan di hadapan nya agar bangkit keinginan untuk bersama . Sambil - sambil itu usap lah bahagian ' panas ' di tubuah anda  perlahan - lahan bagi menaik kan nafsu syahwat nya kerana ada segelintir suami yang gemar melihat isteri beraksi demikian .

5.    Belai suami dengan usapan cinta
Hampiri suami di atas katil perlahan - lahan dan belai lah wajah , telinga , serta dada suami dengan lembut . Biar kan rambut anda mengurai ke tubuh nya agar suami berasa lebih seronok untuk melaku kan hubungan ' bersama ' . Setelah itu , buat gigitan cinta di leher atau  di bahagian yang di rasa kan sesuai . Ini kerana , gigitan yang anda laku kan itu mampu merangsang nafsu pasangan untuk beraksi lebih panas .

6.    Wujud kan suasana romantik
Bagi membangkit kan lagi suasana , alun aroma romantik penuh klasik sewaktu berduaan di kamar peraduan . Di sirami cahaya suram serta haruman yang mempersona kan , ' aktiviti ' malam itu pasti lebih menyeronokkan . Usah terburu - buru , sebalik nya goda lah pasangan anda dengan ciuman atau hembusan nafas ke telinga nya bagi merangsang keinginan ' berhubungan ' . Dalam pada itu , jangan lupa untuk menatap mata suami anda dengan pandangan yang paling menggoda .

Artikel dari Mingguan Wanita

Saturday, July 30, 2011

TIPS atasi kekurangan air dalam bulan Ramadan

Assalamualaikum Semua...Selamat berhujung minggu dan selamat membeli belah bagi mereka yg belum membuat penyediaan untuk bulan puasa yg akan bermula esok..insyaallah...

Mari kita ikuti tips ini yang mana dalam bulan puasa memang bibir kita kering dan ada juga yang mengelupas.....

1) Masalah kurang tidur, ketika berpuasa ramai yang akan menghadapi masalah kekurangan air dalam badan.  Ini akan menyebabkan kulit kekeringan sekali gus nampak kusam. Lihat beberapa faktor penyebab masalah tersebut dan kaedah terbaik dalam menghindari kuit kering sepanjang tempoh berpuasa ini.

2) Menjilat bibir bukanlah cara untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sebaliknya ia menyebabkan bibir semakin kering. Justeru, biasakan memakai pelembab bibir setiap tiga jam sekali termasuk sebelum tidur. Cara lain adalah dengan menyapu minyak zaitun.

3) Pastikan anda sentiasa membawa bersama pelembab ke mana sahaja anda pergi terutama ketika mengadakan aktiviti luar. Sinaran matahari yang terik ditambah dengan cairan tubuh yang kurang antara penyebab kulit tubuh kering. Sebagai tambahan, pilihlah pelembab yang mengandungi pelindung sinaran matahari atau SPF 15.

4) Hindari menggaru kulit yang kering kerana ia boleh menimbulkan masalah jangkitan pada kulit selain mengelakkan daripada kulit bersisik.

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN"

Renungan utk hari ini : Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Friday, April 22, 2011

Tips Tingkatkan FOLLOWER

Pautkan Link Anda Dengan Betul

Alhamdulillah dan Salam Hari Jumaat. Hari ini aku nak share sikit tentang bab LINK ini. Sebelum ini pun aku kurang pasti juga tapi disebabkan ingin mendalami bidang blogger ni aku memberanikan diri untuk bertanya dengan sifu aku..
MamaYatie. Tak tahu tanya, tak tahu tanya...lama-lama pandailahkan hehe..



Ku akui follower aku bertambah saban hari walaupun tak selaju..tak separah ben yang macho tu tapi semangat untuk berblog still ada. Kebanyakan mereka aku dah follow atau dah aku follow balik... aku akan add sesiapa sahaja yang add aku seperti kata orang "what you get, you give back"... ini penting sebab, dengan cara ini sahajalah korang akan dapat pembaca yang setia atau sekadar untuk memeriahkan lagi dunia blogger.



Selalu kan ada orang komen dekat kita "I follow you, You Follow me back". Beriya kita nak follow orang nie... tiba-tiba kecewa satu jer... sebab apa tak ade link.  Contoh seperti di bawah nie...blogger yang terpapar harap baiki secepat mungkin... anda mungkin dalam kerugian... Kita tidak tahu follower dari mana...Jadi anda boleh ikuti step yang ditunjukkan dari sini pada sesiapa yang belum ada link di blognya. CONTOH:-




Dalam profile beliau nie...tiada langsung Links atau pautan ke Blog sendiri
(cuba banding dengan profile kat bawah nie)






Tengok ada perbezaan gambar atas dengan bawah dalam profile
Gambar atas tiada link bawah gambar (sekadar hiasan)
Gambar bawah pula ada link yang boleh kita ikuti blognya


Cara Perbetulkan (5 STEP sahaja)


STEP 1 : Pergi ke >>> DASHBOARD


STEP 2 : Klik >>> EDIT PROFILE


STEP 3 : bawah EDIT >>> Privacy >>> share my profile 
pastikan korang dah [ TICK ] share my profile 



STEP 4 : bawah EDIT >>> Privacy >>> Show sites I follow
pastikan korang dah [TICK ] Show sites I follow



STEP 5 :  Korang scrool bawah EDIT >>> sampai dekat  GENERAL 
masukkan Homepage URL

Last STEP : Yang maklumat lain-lain dalam EDIT PROFILE tuu kalau anda rajin isi, sila laa penuhkan...



Kalau nak lebih mendalam lagi boleh pergi ke blog adam yang baik hati bagi tutorial ini...tq adam.

Wasallam..

Wednesday, April 13, 2011

Tip Menyemai Iman Dalam Diri Anak-Anak

  • Latih anak menghafaz al-Quran bermula dengan surah-surah mudah.
  • Memahaim al-Quran dengan tafsir surah-surah ringkas.
  • Galakkan mereka membaca doa untuk setiap aktiviti yang hendak dilakukan, atau sekurang-kurangnya baca Bismillah hirrahmaanirrahim...
  • Ajak mereka solat bermula mereka berusia 5 tahun,
  • Ajar mereka bersolat ketika berusia 7 tahun.
  • Disiplinkan mereka solat 5 waktu setelah berusia 10 tahun ke atas.
  • Biasakan solat berjemaah.
  • Belikan buku-buku bacaan yang membentuk aqidah, bukan khurafat.
  • Ajarkan mereka adab sopan terhadap ibubapa, adik-beradik, jiran tetangga, guru, kawan-kawan dan orang tua.
  • Biasakan mereka bergaul dengan orang yang lebih tua dengan membawa mereka berkunjung ke rumah saudara-mara, rakan-rakan atau jiran tetangga.
  • Pantau dengan siapa mereka berkawan dan ke mana mereka pergi.
  • Zahirkan kasih sayang kepada mereka melalui ciuman atau pun dakapan.