TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label Coret-Coret Sayang. Show all posts
Showing posts with label Coret-Coret Sayang. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Anak ku akan bersunat di sini.....

Assalamualaikum semua.......hai lama tak wat entry sendiri....eheeeiii yg selama ini aku buat entry copy & paste je....almaklum buzy dengan kerja ofis....

Yang terkini aku sibuk menguruskan anak teruna ku yg dua orang tu utk bersunat...eeiiiiii nanti kata kawan ku akan cepat lah dpt menantu......ya kah?...

Sebelum kitaorang balik kampung...aku kena uruskan mereka untuk berkhatan atau bersunat dulu. Jadi aku telah daftarkan mereka di Poliklinik MyMedik ini......Poliklinik Mymedik.

Malam esok 22/11/2011 jam 9.00 mlm adalah masa mereka utk bersedia dikhatankan....sib baik menggunakan laser. Sebab dengar cerita guna laser ni cepat sembuh dan baik...harap begitulah ya. Doa-doakan supaya semuanya berjalan lancar...




front door
Ini Poliklinik tu.....

Sapa2 yang ada anak lelaki dan belum bersunat tu..harganya pun tak lah mahal sangat cuma RM100 je seorang. Cuba2lah contact Poliklinik ini atau boleh tengok website mereka seperti tertera diatas tu..

Wassalam.

Thursday, October 13, 2011

I LOVE MY MOM'S..........

Salam semua....walau pun sekadar gambar kartun...tapi ianya memberi pengertian yg dalam pada SL...pada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa.....maka bertindak lah sekarang sebelum mereka pergi meninggal kan kita semua....SAYANGI ORANG TUA KITA.


sekadar gambar hiasan

Bila Kamu Menyayangi Seseorang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SAHABAT SEMUA.....


Aduhai romantiknya mempelai ni....


~BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG~

1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

... 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

(anonymous)


Semoga bermanfaat

Salam Ukhuwah fillah

(Arif Ashadi Rindu Ibu)

TQ for sharing.....

Sunday, September 25, 2011

kena serangan jantung sekejap pagi ni....

As-salam semua....eiiii morning, morning guys.

SL macam biasa bawa kereta ikut jalan kampung....sebenarnya lari dari kena bayar tol. Tu tak kisah lah ramai yang mengikuti jalan kampung ni untuk keluar ke jalan besar. Tapi nak ceritanya sebuah kereta ni...punyalah slow bawa...dahlah kita kat belakang ni mau kejar masa semua..ialah mahu masuk kerja. Nak kata kereta ni buruk tak boleh bawa laju, tak jugak...tengok pemandunya macam perempuan, bukan dia bawa sorang dalam kereta tu tapi dua orang, sebelahnya nampak lelaki mungkin suaminya kot...Telahan ku mungkin dia baru nak bawa kereta ikut jalan ini ditemani suaminya atau adik lelakinya..


Tapi biarlah laju sket pecut tu..ni mengalahkan orang jalan kaki...rasa nak lintas ke depan tak boleh, jalan kecil je..nanti bertembung dengan kereta yang menghala ke arah sini/depan pula..tak pasal-pasal cari pasal pagi-pagi buta ni...aduh...sakit betul jantung ku dibuatnya...sib baik masa melalui traffic light tu SL lintas keretanya dulu cepat-cepat supaya tidak lagi mengekori keretanya lagi.....terus rasa baik jantung SL ni......harap-harap SL tak jumpa lagi dengan kereta ni lain hari...heee..bukan nak kata SL ni terror bawa kereta tapi biarlah berpada-pada kat mana kita bawa kereta tu..kalu mahu belajar bawa...bawalah kat tempat lapang, tempat orang tak banyak melalui jalan tu....sorry pagi-pagi buta dah mengomel pot pet-pot pet..

Apapun selamat memandu dengan berhemat...biar laju asal cermat (tak betul jangan marah) haaaha

Sunday, September 18, 2011

tunggu satu hari lagi untuk bertenang....

Assalamualaikum.....





Gara-gara NURUL HUDA ambil exam UPSR dengan ibu-ibunya sekali gabra semacam je....heeheee

Doa kejayaan anak Sayur Labu untuk mendapat keputusan yang baik.

Sekian dari ku..

(esok satu paper lagi....agama : utk menentukan masuk sekolah agama atau sains)

Monday, September 12, 2011

" orang bagi kita ambik "

Assalammualaikum _ . _   ...



Pemberian ikhlas daripada missmeera. Tq.

Pengumuman gempar : Doakan kejayaan anak " Sayur Labu " iaitu " Huda "....yang akan menduduki exam UPSR bermula esok. Begitu juga kepada anak teman2 blogger semua yang sama menempuh exam esok semoga beroleh kejayaan semua....aminnn.

Semoga doa kalian dimakbulkan oleh Allah subhanahuwataala.

Saturday, September 10, 2011

rindu nak baca surat khabar

Assalamualaikum semua....

Dah bangun belum ni.....SL buat entry ni masa anak-anak semua masih tidur lagi. Sudah pukul 9 lebih dah ni..hehe....kan senang tak de orang nak ganggu SL nak blogwalking kan. Tp banyak lagi kerja yang belum dibereskan lagi ni...jemur kain belum, buat air utk sarapan belum....almaklum semua anak2 SL masih lena lagi.

Rasa rindu pulak nak baca surat khabar v/s Kosmo atau Metro. Tapi siapa yang kena beli ni...anak2 masih landing time lagi ni. Sudah lah semalam tak dapat baca akbar ni sebab suami SL tak balik , Suami SL pergi dengan set kerjanya mancing kat Pulau Ketam lah kalu tak silap...Jadi semalam SL bersama anak-anak ajelah....yg loghat tu anak-anak tak pun tanya mana abah mereka. Ada juga cam tu eik...

Jap lagi nak goreng mee la buat makan pagi sebelum siap jemur kain. Nak rasa mee SL mai lah dtg umah...hee ajak2 ayam. Ok cau cin cau.


cth mee goreng heeehe..thanks pakcik google.

TQ sanggup luangkan masa utk baca n3 SL.

oh serabutnya kepala...balik dr Mydin USJ

Oh my....rumah ku macam tokang pecah...makkkkkk

Itulah yang aku rasakan apabila bukak je pintu rumah balik dari shopping kat Mydin USJ tadi. SL pergi sorang je setelah habis waktu kerja. Dengan hajat beli container plastik untuk menggantikan yang lama.

Sampai aje kat Mydin aku terus pergi surau perempuan. Setelah solat Zuhur aku terus melilau-lilau cari barang yang patut aku beli....Terdengar oleh ku suara sepasang suami isteri bercakap tentang harga barang yang djual kat Mydin...kata suami yang sempat aku dengar..." biar betul harga ni..murahnya " tapi aku tak pula nak selidik barang apa yang diperbualkan oleh mereka itu. Mungkin itulah ramai sangat orang pergi kat Mydin kot termasuk 'aku'.

Ok setakat ini sajelah 'ayu' mau ambil alih pula lappy ini...akupun mau kemas2 sikit rumah, sakit kepala &  mata dibuatnya tengok rumah macam ni...

Sorry membahasakan 'aku' dlm ayat ini, ikut situasi keadaan,

Friday, September 9, 2011

" Kelebihan Bulan Syawal "


Assalamualaikum dan Selamat hujung minggu...
Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”
[HR Muslim]
Demikianlah Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu amal yang sangat baik iaitu kita berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal sebagai satu kesinambungan bahawa Islam tidak hanya mewajibkan puasa di bulan Ramadan semata-mata, bahkan Islam juga menganjurkan juga
kepada kita supaya mendekatkan diri serta terus mengamalkan ibadah berbentuk puasa ini di dalam bulan Syawal.
Dan Allah SWT memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berpuasa enam hari di dalam bulan ini sebagai satu galakan dan motivasi supaya kita tidak hanya melaksanakan tuntutan wajib berpuasa di dalam bulan Ramadan.Puasa enam hari digandakan pahalanya seperti berpuasa sepanjang masa. Secara logiknya sudah tentu tidak akan mampu difikirkan oleh akal kita sebagai makhluk Allah. Tetapi Allah SWT Maha Kaya untuk memberikan ganjaran yang lebih hebat lagi seandainya kita istiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya.
Di dalam pertengahan bulan Syawal ini, sudah pasti kita masih menyambut Aidilfitri, maka sudah pasti kita tidak terlepas dari undangan rumah terbuka dan ziarah menzirahi antara satu sama lain. Namun apa yang lebih penting jangan kita menjadikan alasan untuk kita tidak mengambil faedah dan peluang untuk sama-sama kita menunaikan ibadah sunat ini kerana pahalanya yang mungkin dapat menampung kekurangan yang berlaku sepanjang kita menunaikan ibadah puasa di dalam Ramadan.
Di ruang Syawal yang masih ada ini, tanyalah diri kita adakah kita sudah pun mula berpuasa atau kita masih hanya sekadar sibuk dengan Aidilfitri tanpa ada pengisiannya?
Sumber dari fitrahpower. Tq.

' Senyum...senyum selalu '

Baca ye...dan kalu boleh renung-renungkan: -

Hari ni hari jumaat kan....ok hari jumaat senyum biar bermanfaat, esok hari sabtukan...ok hari sabtu senyum bukan satu, hari ahad senyum tak berat, hari isnin senyum dengan sejuk dingin, hari selasa senyum dengan selesa, hari rabu senyum biar nampak gebu, hari khamis senyum manis-manis.

OK see u next post...

TQ kerana membaca entry ini.

" syiok nya kahwin..... "

Raya lepas SL ada balik kampung belah suami....dah tau...oh tak pe nak canang sekali lagi tak salah kot...Adik bongsu suami SL kahwin dengan org T'ganu juga malah ada bau-bau bacang juga kata mak mertua. Bukan apa nak cakap syoknya kahwin sampai asyik terperap je dalam bilik...kheeehhe jangan mare ya 'su'..nama panggilan adik pada suamiku itu...bukannya dengki tapi itulah orang kata kalau dah kahwin, hubungan sudah dihalalkan antara seorang perempuan dan lelaki, maka itulah lesen sebuah perkahwinan...

Betul lah orang kata kalu kahwin lambat nanti rugi....hanya orang yang mengalami sahaja yang tau....hehee

Selamat Pengantin Baru 'Su' dan suami.

Monday, September 5, 2011

" Cerita di sebalik hari raya di Kelantan...... "

Tengok gambar aje lah ya...waktu raya pertama di Pasir Puteh, Kelantan.

 Izat kusyuk menyalakan bom untuk diletupkan.....'ngeri' budak2 ni.

Gambar bersama 'mak' 

Aksi 'akbar' ala-ala ultraman nya

Adin & Izat masing-masing kamcing hanya utk menyalakan bom tangan.
Ayu sudah awal2 letakkan tangan di telinga takut dengan bunyi letupan.

Gambar kami sekeluarga bersama mak

Wednesday, August 31, 2011

"Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka"

Salam raya....salam ketupat pulut, ketupat palas dan macam2 ketupat ada....

Di kesempatan ini Sayur Labu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua teman-teman semua. Sayur Labu sekejap lagi akan berangkat pula ke Kuala Terengganu...kampung suami ku di Gong Tok Nasek. Harap2 tak jem lah jalan raya nanti...kalau jem alamak bermandikan peluh laaa jawap nya kerana WMU ku aircond nya tak berapa nak sejuk...huhu...

Kalian beraya kat mana ? mana-mana pun kalian pergi harapnya langkah kaki kanan. Ialah mungkin tempat yang anda pergi itu tuan rumahnya ada...yang mana tak ada tuan rumah bolehlah langkah kerumah kedua yang dalam plan untuk beraya....hehe apa-apa lah sayur labu ni merepek....banyak sangat makan tape pulut kot...

Ok lah sayur labu mahu undur diri dulu...wassalam.

Thursday, August 25, 2011

Jalan raya dah lengang hari ni...!!

Alhamdulillah....dan Selamat berpuasa lagi walaupun dah tinggal tak sampai seminggu utk beraya.

Pagi ni nak pergi kerja terasa cepat pula sampai....bukan apa kereta dah tak banyak atas jalan raya....wei semangat raya betul...tinggal kita aje ni lah yang masih bekerja. Tak pe2.....nanti sampai masa kita pun mahu balik kampung juga....sabar..sabar...

' SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SAYUR LABU "

Harap semua yang balik kampung tu....selamat lah sampai ke destinasi, jangan pula ada yang tersangkut tengah jalan, ialah sebelum balik tu pandai-pandailah servis kereta dulu ke....chek apa yang patut. Sayur Labu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua pembaca blog ini dan Maaf Zahir Batin.

note: lagu raya tergiang-giang di telinga ni...'semangat raya yg membara'..haha.

Monday, August 15, 2011

" pelanduk dua serupa.....vs.... ikan keli "

Puasa puasa ni mesti korang kena gelak sikit.....biar ceria hidup tu....jadi jom kita lihat gambar ni....

" nak makan ke tidak....tak makan rugi...makan kesian lak...cubaann ...... "

Ok...Selamat buka puasa....



Sunday, August 14, 2011

"..dunia..dunia...semakin haru biru jadinya... "...

Bismillah hirrahmaanirrahim.......


Jangan gelabah dan jangan kalut.....buat kerja apapun kena ada sifat sabar....sabar itu kan separuh dari iman..(betul ke ayat SL tu..)...ok ok mari kita tengok tajuk kat atas tu.... 


"..dunia...dunia....semakin haru biru jadinya.... " bukan apa tadi SL terbaca myMetro tajuk  " Tumbuk , cekik isteri depan anak "


Aduh...rasa takut betul keadaan dunia rumahtangga sekarang....sikit sikit masalah dah 
bertelagah besar....dah membuatkan anak-anak jadi takut dengan sikap ibu atau bapa 
yang kurang sabar ni....cubalah bertenang dan buat berbincang elok-elok....
tak boleh ke....? ini terus serang membuta tuli.

Begini beritanya SL copy skit utk kalian baca sama-sama kandungan berita ini..

SERDANG: Seorang isteri ditampar, ditumbuk dan dicekik di hadapan anak-anaknya hanya 
kerana meminta tolong suaminya membawakan payung untuknya masuk ke rumah ketika hujan 
lebat, di rumah mereka, di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, dlm kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 34 tahun baru 
pulang dari kelas menjahit ketika hujan lebat dan menelefon dari dalam kereta meminta 
suaminya membawakan payung.

"Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap 
rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung 
kepada mangsa.
"Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan 
permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba 
menamparnya beberapa kali, " katanya.

Lebih lanjut kat SINI.

Note: Dunia rumahtangga sekarang begitu menakutkan...semoga rumahtangga SL 
dan rakan-rakan semua dilimpah rahmat oleh Nya....aminn...


Kena tunggu 2 tahun lagi nampaknya.....


As-salam rakyat Malaysia......

Semalam tengok tak perlawanan badminton antara Dato' Lee Chong Wei dengan Lin Dan ?...aduh nak lari jauh-jauh rasanya masa saat-saat keputusan 21-21....itupun dah 3 game dah....sudahnya Dato' Lee Chong Wei terpaksa menerima hakikat Lin Dan masih kebal dengan ketangkasan darinya.....

SL bersama anak-anak dan cik suami semuanya mengadap tv seusai habis buka puasa...ingatkan bolehlah meraikan kemenangan jap lagi....dimana ingat Dato' Lee Chong Wei menang lah malam ni...(tadi malam) tapi nasib tidak menyebelahi beliau lagi...rasanya semua rakyat Malaysia menanggung sama kekecewaan itu.....macam Huda anak sulung ku turut merasa hiba dan nampak merah matanya....terlalu emosi kerana melihatkan Dato' Lee Chong Wei sedih sewaktu menerima hadiah tempat ke-2 di podium semalam.

Anak bongsu ku ' Akbar ' cakap  " tak pe.. tak pe... "  Mungkin dia tahu kekecewaan ibu , abah dan abang juga kakaknya melihat kekalahan itu....Untuk meredakan ketegangan situasi itu SL cakap pada diri sendiri mungkin nak tunggu 2 tahun lagi kot untuk mendapat kejuaraan dunia selepas Dato' kahwin dulu dengan bakal isterinya Wong May Choo...(harap betul ejaan).

Sabar lah rakyat Malaysia.....insyaallah peluang itu akan tiba jua.

Thursday, August 11, 2011

' Harap ada masa berblogging nanti....... '

Assalamualaikum semua....salam ramadan....

SL minta maaf banyak-banyak skrg ni.....
SL kurang buat entry baru krn kebuzyian kat ofis dan rumah ...
Buat kawan-kawan yang datang kunjung kat blog SL ,  SL ucapkan terima kasih dan insyaallah SL akan lawat kalian apabila ada kelapangan nanti.....

Kerja kat ofis sekarang ni perlu SL siapkan secepat mungkin. 
Jadi masa untuk berblogging terhad dan SL rasa tak sempat nak jenguk kawan-kawan semua buat masa ini.

Ok SL perlu siapkan kerja dulu....nanti SL akan lawat kalian ok...

Monday, August 8, 2011

" balik semula.....takde surat nikah "

Assalamualaikum dan salam ceria...

Pagi ni punya lah semangat untuk pergi sekolah . Bukan nak p mengajar tapi mahu tahu keputusan anak SL yang ke empat ' Ayu ' yang akan ditempatkan dikelas pra-sekolah di sekolah abang (darjah 5) dan kakaknya (darjah 6)....Kalau dpt alhamdulillah......senang hantar satu sekolah.

celuk dr pakcik google
Esok hari kena pergi lagi gara-gara SL tak bawa bersama ' surat  nikah '... SL ingat perlu bawa ' surat beranak original ' sudah memadai...tapi tidak....huhu.

Jadi, pada ibu bapa yang mempunyai anak untuk masuk pra-sekolah tahun depan 2012 boleh lah chek di sekolah tempat pendaftaran masing-masing untuk mengetahuinya...Haaa jangan buat lupa pula , bawa bersama Surat Nikah / Cerai tu......' tak bawa ' nanti menerima nasib yang sama mcm SL ni.....tak boleh nak buat urusan.

Ok salam manis salam ramadhan al-mubarak.

Saturday, August 6, 2011

" bercinta......dan selepas 15 tahun "

Assalamualaikum.......

Amaran ini bacaan ringan sahaja!!


Ayat - ayat ketika baru bercinta.
Baca dari atas ke bawah.

Teruna : Akhir nya ini lah saat yang aku tunggu sekian lama.
Dara : Apa kah kau rela kalau aku pergi ?

Teruna : Tentu tidak ! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apa kah kau mencintai ku ?

Teruna : Tentu ! Selama nya akan tetap begitu !
Dara : Apa kah kau pernah berlaku curang ?

Teruna : Tidak ! Aku tidak akan melaku kan hal seburuk itu !
Dara : Mahu kah kau mencium ku ?

Teruna : Ya !
Dara : Sayang ku !

Selepas 15 tahun berkahwin.
Baca dari bawah ke atas.