TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, April 3, 2011

Azab Bagi Mereka Yang Tidak Mandi Hadas Besar

Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu...semoga kalian semua berada dalam zone selesa dan aman bahagia bersama keluarga.

N3 ni aku nak berkongsi bersama kalian kisah azab orang yang tidak mandi hadas besar..harapnya kita bukan dikalangan mereka2 ini...

Pada zaman dahulu...dahulu kala laa..ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki ini menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihidapinya oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.

Selepas dikapankan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala laing lahadnya sudah sedia menanti didepan untuk dikebumikan jenazahnya.

Kemudian kamu kerabat dan sahabat handai lelali berkenaan menurunkan keranda mayat perlahan-lahan kedalam laing lahad tersebut. Sebaik saja mereka hendak meletakkan jenazah itu tiba-tiba mereka terkejut apabila melihat seekor binatang yang sama bentuknya dengan kucing telah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang itu, semua jemaah yang menghantar lelaki tersebut terperanjat  dan tercengang. Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seekor binatang telah menunggu di liang lahad ketika mayat hendak dikebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat orang yang mati cuba menghalau binatang tersebut dari liang lahad tersebut, tetapi binatang tersebut tetap memakukan dirinya diliang kubur tersebut. Rupa binatang tersebut terlalu bengis dan menggerunkan. Dia mencakar-cakar tanah serta kayu yang dijolokkan kearahnya. Namun binatang tersebut tetap berdegil dan bertahan di dalam lubang kubur tersebut. Mereka sama-sama berpakat untuk menggali liang lahad yang baru.

Namun binatang yang menyerupai kucing itu tetap ada di liang lahad yang baru itu.

Kehadiran binatang itu benar-benar menghairankan dan menimbulkan tanda tanya dikalangan mereka, sekali lagi mereka cuba mengusirnya tetapi binatang tersebut tetap memakukan dirinya seperti diliang lahad yang pertama tadi.

Mata binatang itu memancar-mancar bengis dan garang seperti harimau yang sedang kelaparan berhadapan dgn mangsanya. Setelah memikirkan binatang itu sukar untuk dikeluarkan lalu kaum kerabat lelaki tersebut mengkebumikan jasadnya bersama binatang ganjil itu keliang lahad.

Sebaik saja tanah ditimbus menutupi liang lahad itu bersama lelaki tersebut, para jemaah yg mengiring jenazah tadi terkejut bila suatu bunyi yg amat menghairankan keluar dari liang lahad itu. Mereka terkejut mendengar bunyi seakan-akan daging dan tulang jasad itu dipatahkan oleh seekor binatang yg buas, bunyinya sangat menakutkan setiap orang yang berada di tanah perkuburan itu.

Kejadian yang berlaku ini memang menghairankan dan menimbulkan tanda tanya penduduk setempat. Oleh kerana menimbulkan tanda tanya kpd semua orang dikampung tersebut, seorang lelaki lalu pergi menemui isteri kepada lelaki yang mati, bertanya tentang perbuatan buruk yang dilakukan semasa ia masih hidup.

Isteri lelaki tersebut lalu memberitahu bahawa suaminya merupakan lelaki yang baik budi pekerti, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, lelaku tersebut tidak pernah mensucikan dirinya dengan mandi hadas setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Mandi hadas atau mandi junub sangat dituntut dalam Islam. Oleh itu hendaklah kita belajar cara2 mandi tersebut dengan betul dan tertib seperti yang dituntut dalam Islam.

3 comments:

  1. Alhamdulillah... tambah lagi satu ilmu untuk hari ini... terima kasih kak idah...

    ReplyDelete
  2. sama2..sama2 kita amalkan.

    ReplyDelete
  3. wah...seronoknye kisah nie.. :)

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN