TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label KOSMO. Show all posts
Showing posts with label KOSMO. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

rindu nak baca surat khabar

Assalamualaikum semua....

Dah bangun belum ni.....SL buat entry ni masa anak-anak semua masih tidur lagi. Sudah pukul 9 lebih dah ni..hehe....kan senang tak de orang nak ganggu SL nak blogwalking kan. Tp banyak lagi kerja yang belum dibereskan lagi ni...jemur kain belum, buat air utk sarapan belum....almaklum semua anak2 SL masih lena lagi.

Rasa rindu pulak nak baca surat khabar v/s Kosmo atau Metro. Tapi siapa yang kena beli ni...anak2 masih landing time lagi ni. Sudah lah semalam tak dapat baca akbar ni sebab suami SL tak balik , Suami SL pergi dengan set kerjanya mancing kat Pulau Ketam lah kalu tak silap...Jadi semalam SL bersama anak-anak ajelah....yg loghat tu anak-anak tak pun tanya mana abah mereka. Ada juga cam tu eik...

Jap lagi nak goreng mee la buat makan pagi sebelum siap jemur kain. Nak rasa mee SL mai lah dtg umah...hee ajak2 ayam. Ok cau cin cau.


cth mee goreng heeehe..thanks pakcik google.

TQ sanggup luangkan masa utk baca n3 SL.

Friday, August 12, 2011

Nora J kembali dengan Projek Voices of Ummi

Penyanyi Nora J tampil dengan gaya yang ayu dan sekarang lebih kurus dari penampilan dulunya. Kata Nora beliau tidak mengamalkan makan nasi selama 4 bulan dan pengambilan sayur-sayuran dan buah menjadi ganti membuatkan ia boleh menurunkan berat badannya selain dari sibuk dengan pembikinan album baru .

Mempunyai anak-anak yang pandai menyanyi mempunyai kelebihan kepada Nora J atau dulu dikenali sebagai Nora Ariffin . Putri Dahlia 7 tahun dan Alif Johan .  Jom kita tengok gambar-gambar penampilan Nora J yang sekarang juga mempunyai perniagaan online tudung dan biskut.







Pemilik nama Wan Norafizah Ariffin sudah berada dalam industri seni selama 17 tahun. Sekarang ini menambah pendapatan keluarganya dengan menjual tudung pula.




Semua gambar dr pakcik google

Nora J baru menyambut kelahirannya yang ke 38 semasa pelancaran album baharu bercirikan pop kerohanian, Voices of Ummi (VOU) - Erti Al-Fatihah yang mengandungi sebanyak 13 buah lagu. Selepas ini Nora J akan tampil dengan lagu dan album yang bercirikan pop kerohanian.

Note: Minat dengan penampilan Nora J yang sederhana, bertudung, sopan dan cantik.



Tuesday, July 26, 2011

Tarikh melihat anak bulan Ramadhan Ahad ini

Bismillahirrahmanirrahim....


KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Berita lanjutnya di KOSMO.

Sunday, May 22, 2011

7 Mangsa Dikebumi Satu Liang Lahad

~~~ AL-FATIHAH ~~~

orang ramai memenuhi Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat tempat tujuh jenazah mangsa tanah runtuh disembahyangkan semalam.



hulu langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.
Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.
Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.
Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14. Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.
Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Saturday, May 21, 2011

Tragedi Ketika Latihan Nasyid


Foto dari SINI


HULU LANGAT - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala tiga lagi dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa blok dewan makan di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di sini petang semalam.
Sehingga pukul 11 malam tadi, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan sembilan mangsa yang terselamat termasuk seorang warden asrama berusia 22 tahun.
Kesemua yang terselamat dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, seramai 49 penghuni yang kesemuanya lelaki bersama lima penjaga berada di dalam bangunan tersebut dan sedang mengadakan latihan nasyid serta menghias dewan makan untuk majlis sumbangan derma bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang.
Al-Fatihah kepada yang meninggal.

LEBIH LANJUT TEKAN SINI OK.

Thursday, May 12, 2011

Janda Datuk K Kahwini Rayyan


Rayyan menyarungkan cincin nikah di jari Tengku Zawyah selepas mereka selamat diijabkabulkan di Kuala Lumpur semalam. Foto dari ~~~sini



KUALA LUMPUR – Setelah enam tahun bergelar ibu tunggal, bekas isteri Datuk Khalid Mohd. Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K akhirnya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di sini semalam.
Tengku Zawyah Tengku Izham, 48, memilih untuk menjadi isteri kepada Datuk Rayyan Joseph King dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Royal Chulan.
Tengku Zawyah dan Datuk Rayyan dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada pukul 11.06 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM501.
Menurut Tengku Zawyah, dia mula mengenali suaminya melalui seorang kawan lebih kurang setahun setengah yang lalu sebelum rapat beberapa bulan selepas itu.
“Saya tertarik kepadanya apabila melihat dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, sangat merendah diri dan kacak malah, suami saya ini juga pandai berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat dan saya bersyukur kerana perkahwinan ini mendapat restu anak-anak,” ujarnya di sini semalam.
Selanjutnya boleh ikuti di kosmo.

Wednesday, May 11, 2011

Bieber Muntah Di Belakang Pentas


Gambar Justin Bieber yang sedang membuat persembahan di Manila kelmarin.
gambar dari sini.


MANILA - Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber yang menjayakan jelajah My World di Asia tetap meneruskan konsert di Manila Selasa lalu walaupun dalam keadaan tidak sihat dan mengalami jangkitan dada, lapor sebuah akhbar semalam.
Selebriti berusia 17 tahun itu menjelaskan dalam laman Twitter sebelum menaiki pentas: "Sakit teruk, tetapi persembahan tetap diteruskan."
Penyanyi yang dikenali dengan lagu Baby itu difahamkan enggan menangguhkan konsertnya namun dia dilihat muntah beberapa kali di belakang pentas semasa pertengahan persembahan.
Bieber bagaimanapun mengaku cukup berpuas hati kerana dapat menamatkan konsert tersebut walaupun dalam keadaan kurang sihat.
Dia menerusi kenyataan di Twitter selepas persembahannya menyatakan: "Konsert tadi sungguh hebat, namun ia agak sukar kerana saya berasa tidak sihat. Sekarang waktu untuk berehat." Agensi

Tuesday, May 10, 2011

Anak trauma lihat bapa mati


Tempat lokasi kejadian (foto dari SINI)


BESUT – Dua beradik mungkin mengalami trauma seumur hidup selepas menyaksikan bagaimana bapa yang disayangi menemui ajal dalam keadaan tragis apabila dihempap sebuah lori membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Batu 13, Hulu Besut dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu berlaku di hadapan mata Mohd. Ikmal Hakim Zuraimi, 7, dan adiknya, Amirul Hamdi, 5, yang ketika itu mengikut bapa mereka, Zuraimi Jusoh, 40, menaiki lori tersebut untuk menghantar bekalan kayu ke sebuah kilang yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas lori yang dipandu Zuraimi gagal mendaki jalan berbukit. Lebih malang apabila brek kenderaan itu rosak menyebabkan ia gagal dikawal dan lori itu menuruni bukit dengan laju secara mengundur.
Cerita selanjutnya dalam kosmo.

Saturday, May 7, 2011

"Al-Quran, kain ela tidak hangus"


RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya
 yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.
gambar dari kosmo

Subhanallah..Kisah 3 anak yang kehilangan ibunya dalam kejadian kebakaran yang disiarkan dalam N3 lepas Jeritan Sayu Ibu Sebelum Rentung. Mari kita ikuti kisah selanjutnya.


KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.
Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.
Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.
Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.
"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.
Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.
Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

"Hantaran isteri kelima RM15,000/-"


gambar dari kosmo


LONDON - Isteri kelima Osama bin Laden, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa dia rela berkahwin dengan Ketua Al-Qaeda tersebut selepas diberikan hadiah perkahwinan berupa pakaian dan barang kemas yang bernilai AS$5,000 (RM15,000), lapor sebuah akhbar semalam.
Isteri pertama Osama, Saada dilaporkan marah kerana Amal sanggup berkahwin dengan Osama dan hidup sebagai pelarian bersama ketua Al-Qaeda itu di Afghanistan.
Wanita itu dipercayai tidak dapat menerima kenyataan bahawa Amal sanggup meninggalkan kehidupan seperti orang biasa di Yemen.
Namun, perkahwinan tersebut yang berlangsung semasa Amal berusia 17 tahun, mendapat restu keluarganya yang merupakan kakitangan kerajaan Yemen. Malah, mereka berbangga menerima Osama sebagai menantu walaupun mengetahui dia ialah orang paling dikehendaki di dunia.
Amal yang kini berusia 27 tahun, membuat pendedahan tersebut dalam satu wawancara dengan majalah Arab Saudi, el-Majalla di Yemen pada tahun 2002.
Menurut Amal, perkahwinan mereka berlangsung selepas Osama menghantar orang kepercayaannya, Abu Al Fida ke Yemen untuk mencari seorang isteri baharu buatnya.
Osama ketika itu mahukan seorang calon isteri yang alim, murah hati, mendapat pendidikan yang baik, pendiam, tenang dan cukup muda supaya dia tidak mudah cemburu terhadap isteri-isterinya yang lain.

Ikuti berita selanjutnya dalam kosmo hari ini.

Friday, May 6, 2011

Jeritan Sayu Ibu Sebelum Rentung

Allahuakbar...kepadaMu kami berlindung Ya Allah....

Sayu...kelu...tergamam....begitulah keadaan 3 anak yang kehilangan ibunya semalam yang terperangkap dalam kebakaran rumah mereka semalam.


KUALA KRAI - Sambutan Hari Ibu pada Ahad ini tidak bermakna buat tiga beradik apabila ibu yang disayangi rentung selepas rumah teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai di sini terbakar semalam.
Kejadian menyayat hati pukul 1.30 petang itu menyebabkan seorang jururawat, Rafidah Ismail, 36, menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditemui rentung dekat pintu utama rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri sebaik dapat mengeluarkan tiga anaknya melalui tingkap.
Tiga anaknya yang terselamat ialah Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal, 2. Mereka dapat dikeluarkan selepas Rafidah bertindak nekad memecahkan cermin sebelum membengkokkan besi tingkap lalu menyerahkan kanak-kanak itu kepada jiran yang datang membantu.
Difahamkan, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu. Mereka panik apabila api besar tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan Rafidah gagal mencari kunci pintu jeriji.
Rafidah kemudian menjerit meminta tolong dalam keadaan api marak dan asap tebal sebelum jeritannya didengari oleh jiran.
Cerita sedih ini anda boleh baca di kosmo. Semoga Allah mencucuri roh arwah Puan Rafidah..semoga anak-anaknya tabah dengan dugaan ini..

Thursday, April 28, 2011

JAKEL Menawarkan RM1.5 Juta Untuk Pelanggan Bertuah


kosmo - Mohamed Faroz tengah bermesra dengan petugas media pada Malam Penghargaan Media 2010 anjuran JAKEL Trading di Kuala Lumpur semalam.


Jakel, syarikat tekstil terkemuka, menawarkan hadiah bernilai RM1.5 juta kepada pelanggan bertuah sempena Peraduan Beli dan Menang yang bermula Jumaat ini hingga 7 Ogos depan.

Peraduan yang julung-julung kali diadakan itu menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti 20 buah kereta Perodua Viva, 43 buah motosikal Naza Flash, 57 buah televisyen LCD dan 850 keping permaidani.

Syarat-syaratnya mudah iaitu para pelanggan hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dlm satu resit untuk layak menyertainya. Pelanggan yang berbelanja lebih RM250 pula layak untuk cabutan hadiah televisyen LCD manakala yang berbelanja lebih RM500 pula layak untuk cabutan motosikal Naza Flash.

Bagi perbelanjaan minimum RM1000 pula layak untuk cabutan Perodua Viva manakala permaidani pula akan dijadikan sebagai hadiah saguhati kepada para pelanggan.

Jadi apalagi ramai-ramai mari serbu JAKEL di tempat masing-masing.


Maya Karin Duta Program Raptor Watch


Maya Karin nampak ayu...



Dipetik dari kosmo

Maya Karin membuktikan kecintaannya terhadap alam sekitar apabila terus menjadi duta program Raptor Watch.

Raptor Watch sebagai satu festival untuk meraikan migrasi burung-burung pemangsa. Burung pemangsa kebanyakkannya daripada keluarga helang seperti helang sewah dan falko.

Tanjung Tuan menjadi satu-satunya kawasan hutan pesisir pantai yang masih kekal di pantai barat semenanjung Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh tekan SINI.