TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Krim Muka Dari Buah Epal


pinjam gambar dari sini.

Buah epal sedap dimakan dan banyak pula khasiatnya. 
Bagi anda yang menghadapi kulit muka berminyak, 
buah epal boleh dijadikan krim pembersih muka. 

Caranya, parut buah epal kemudian sapukan pada muka. 
Biarkan selama lima belas minit, selepas itu dicuci dengan air suam. 
Lakukan berulangkali dan anda akan dapati hasilnya memuaskan.

Thursday, February 24, 2011

siapa ada daki di badan..

Mari kita cuba hilangkan daki-daki yang degil ini..

Ambil segenggam beras dan rendam sekejap. Toskan dan tumbuk hingga lumat bersama sedikit kunyit hidup. Basahkan badan dengan air dan gosok beras yang ditumbuk tadi ke seluruh badan dan bilas dengan air suam-suam kuku.

Insya-Allah segala daki yang degil dan kotoran di badan akan hilang dan kulit kita akan kelihatan cerah dan terasa segar.


kredit untuk : wordpress

Nak lagi sedap dan wangi gosok badan dengan limau kasturi...

Tuesday, June 1, 2010

Resdung dan Kesan Melecur

Jika anda mengalami masalah resdung dan jerawat,
cuba ambil tiga biji bawang merah kemudian mayang.
Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan
ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan
muka anda. Amalkan selalu.



Sementara itu jika tersiram minyak panas, jangan gugup.
Oleskan getah betik yang masih muda. Luka tidak terasa
panas dan melepuh. Getah betik juga sangat mujarab
untuk mengubat kulit yang mengeras pada tangan atau
retak di tumit dan telapak kaki. Lihatlah kesannya dalam
tempuh yang singkat.

Selamat mencuba...

Monday, May 31, 2010

Penawar Pening Kepala


kredit dari sini

Daun bunga raya putih sesuai digunakan sebagai penawar
pening kepala ataupun sakit kepala. Caranya amat mudah.
Ambil segenggam daun bunga raya putih dan ramaslah
dengan sedikit air sehingga keluar lendir berwarna hijau
pekat.

Gosokkan atau urut kepala hingga ke kulit. Biarkan ia
sentiasa basah.

InsyaAllah 1/2 jam sahaja pasti pening akan hilang.

Selamat mencubaaa..

Jus Pegaga Untuk Awet Muda


Daun pegaga memang banyak khasiatnya, selain enak

dibuat ulam ia juga salah satu cara untuk menjaga

kecantikan dalaman. Di samping itu dapat mengekalkan

wajah kelihatan muda dan berseri.


Caranya mudah sahaja, ambil secekak daun pegaga bersama-

sama akarnya. Bersihkan daun pegaga tadi dan campurkan

dengan segelas air suam, mesin hingga menjadi jus.

Kemudian campurkan jus pegaga dengan satu sudu madu

lebah. Amalkan minum jus ini dua atau tiga kali seminggu.


InsyaAllah anda akan dapat kulit yang cantik dan badan

yang sihat.


Selamat mencubaaa...

Hindari Bau Hanyir Semasa Haid

Menjelang datang bulan, ramai yang tidak selesa. Selain
sakit perut atau sengugut, bau haid yang hanyir tentu
menyeksakan. Namun ada petua untuk menghindar bau
hanyir semasa haid.

Caranya, ambil sebiji limau nipis dan potong halus kulitnya.
Kemudian amalkan makan kulit limau ini bersama nasi
sebagai ulam.

InsyaAllah jika diamalkan, ia dapat menghindarkan bau
semasa haid yang kurang menyenangkan itu.

Selamat mencubaa..

Petua Elak Rambut Cepat Putih

Hitam, lebat dan berkilat; itulah ciri-ciri rambut yang sihat.
Tanpa kelemumur, rambut pecah dihujung, berbuah malah
beruban sekalipun. Jika anda ingin rambut supaya sihat
dan cantik, cubalah petua ini.

Bunyinya pelik tetapi bukan mustahil. Setiap kali selepas
makan, cucilah tangan bersih-bersih. Lebihan air yang
masih ada di tangan itu hendaklah anda sapukan atas rambut
hingga ke hujungnya. Lakukan setiap kali sebaik sahaja
selepas makan tengahari atau malam.

InsyaAllah rambut anda akan sentiasa hitam dan lambat
beruban..

Selamat mencubaa..