TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Wednesday, September 28, 2011

gara-gara pelana basikal kena curi tak pergi sekolah hari ni.....

Assalamualaikum semua....

Teruk betul lah budak-budak sekolah sekarang ni...pelana basikal pun dicurinya. Jadinya si adin (darjah 3) tak pergi sekolah hari ni sebab tiada orang hantar. Adin sekolah sesi petang jadi SL tak dapat balik pulak sebab tengahari ni ada program lain kat ofis...huhu...nanti nak report kat cikgu sekolah dan pak guard sana supaya mengenal pasti siapa yang panjang tangan tu.

 Basikal adin yang tak cukup sifat.....


Inilah si hadin budak 'bertuah' tu.....

Sunday, September 25, 2011

kena serangan jantung sekejap pagi ni....

As-salam semua....eiiii morning, morning guys.

SL macam biasa bawa kereta ikut jalan kampung....sebenarnya lari dari kena bayar tol. Tu tak kisah lah ramai yang mengikuti jalan kampung ni untuk keluar ke jalan besar. Tapi nak ceritanya sebuah kereta ni...punyalah slow bawa...dahlah kita kat belakang ni mau kejar masa semua..ialah mahu masuk kerja. Nak kata kereta ni buruk tak boleh bawa laju, tak jugak...tengok pemandunya macam perempuan, bukan dia bawa sorang dalam kereta tu tapi dua orang, sebelahnya nampak lelaki mungkin suaminya kot...Telahan ku mungkin dia baru nak bawa kereta ikut jalan ini ditemani suaminya atau adik lelakinya..


Tapi biarlah laju sket pecut tu..ni mengalahkan orang jalan kaki...rasa nak lintas ke depan tak boleh, jalan kecil je..nanti bertembung dengan kereta yang menghala ke arah sini/depan pula..tak pasal-pasal cari pasal pagi-pagi buta ni...aduh...sakit betul jantung ku dibuatnya...sib baik masa melalui traffic light tu SL lintas keretanya dulu cepat-cepat supaya tidak lagi mengekori keretanya lagi.....terus rasa baik jantung SL ni......harap-harap SL tak jumpa lagi dengan kereta ni lain hari...heee..bukan nak kata SL ni terror bawa kereta tapi biarlah berpada-pada kat mana kita bawa kereta tu..kalu mahu belajar bawa...bawalah kat tempat lapang, tempat orang tak banyak melalui jalan tu....sorry pagi-pagi buta dah mengomel pot pet-pot pet..

Apapun selamat memandu dengan berhemat...biar laju asal cermat (tak betul jangan marah) haaaha

Wednesday, September 21, 2011

Adab menasihati seseorang dengan hikmah

Assalamualaikum dan salam ceria semua....



" Sampai kan kepada ku nasihat mu saat aku bersendirin,
Jangan menasihatiku di depan orang ramai, kerana memberi
nasihat di depan orang ramai adalah sejenis celaan yang tidak
suka aku mendengar nya, jika engkau menentang dan
menyelisihi ucapan ku, maka jangan mengeluh
apabila engkau tidak dipatuhi " 

Bertemu di lain entry ok...

Sunday, September 18, 2011

Fenomena kena tindih...kepercayaan dan kebenaran

( Diambil dari salah satu email yang diterima pada tahun 2006 )


Date: 8/28/2006 10:05:41 AM
Subject: INFO: Fenomena kena tindih...kepercayaa n dan kebenaran..
 
Just to share... 
aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt 
orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betulker kena tindih 
disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? 

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, 
hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk 
hitam dan sebagainyer) ..... 

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah 

ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 
3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau 
aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 

minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap 
dah...lps 
boleh gerak tu seram sejuk jer... 

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku 
tau kebenaran dia.... 

ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 
'sleep paralysis' 

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition 
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary 
(sementara). .... 

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic 
paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) 

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak 
atau 
REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) 
stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira
macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)...... 

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating 

system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS 

ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer 
yang 
on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... 

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake 
state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh 
switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh 
seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... 

tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau 
sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh 

etc.... 

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan 
hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi 
pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa 

mender sentuh/hempap dll..) 

sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis: 

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama 
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock) 
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt) 
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2 
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba 
esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni) 
6. orang yang ader penyakit narcolepsy 

tunggu satu hari lagi untuk bertenang....

Assalamualaikum.....





Gara-gara NURUL HUDA ambil exam UPSR dengan ibu-ibunya sekali gabra semacam je....heeheee

Doa kejayaan anak Sayur Labu untuk mendapat keputusan yang baik.

Sekian dari ku..

(esok satu paper lagi....agama : utk menentukan masuk sekolah agama atau sains)

Saturday, September 17, 2011

Wanita2u 2nd Giveaway

STICKY POST - Entry baru sila tengok bawah ya....

Salam semua....sibuk dengan gambar-gambar raya, kali ini jom kita sertai giveaway dari Kak Fash. Seiapa yang berminat utk shopping kat blog Kak Fash yang menawarkan diskaun-diskaun setiap hari. Giveaway ini akan tamat pada 17hb September 2011.



KLIK SINI YA : http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Apa yang anda perlu/boleh buat simple sahaja iaitu:
  1. Blogger 
  • Jadi follower blog Wanita2u. Skip jika anda sudah jadi follower.
  • Buat simple post mengenai giveaway ini dengan kata-kata anda sendiri. Anda boleh menambah atau menggunakan banner di atas dan salin syarat-syaratnya.
  • Anda perlu letakkan url post ini ke dalam blog post anda.
  • Buat sticky post mengenai giveaway ini sehingga 17 September 2011.
     2.  Facebook
  • Like page Wanita2uSkip jika anda sudah like.
  • Like post ini (seperti gambar di sebelah).
  • Share ke wall Facebook anda mengenai giveaway ini & tag Wanita2u. 
     3.Twitter
  • Follow kakfash on twitter. Skip jika anda sudah follow.
  • Retweet post ini (seperti gambar di sebelah) dengan klik tweet button di bawah dengan menyebut "RT @kakfash". 

Setiap penyertaan kena berikan detail tersebut di ruangan komen di bawah : 

  • Follower ID & blog post url link
  • Facebook nickname
  • Twitter username
SELAMAT BERGIVEAWAY YA...

Friday, September 16, 2011

Anak Pelakon Safura Meninggal Dunia

Assalamualaikum....


sumber : google

Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba. Beliau menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buatnya sekeluarga.
Jenazah Nur Aisyah Mariam akan dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.
Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

Thursday, September 15, 2011

MALAYSIA DAY....!!!



SELAMAT HARI MALAYSIA !!!!!

Tuesday, September 13, 2011

Faezah Elai Berpakaian Pengantin......

Mai kita tengok dramatis Faezah Elai dan Heykal Hanafiah berpakaian pengantin.....


Faezah nampak manis berpakaian puteh.


Persalinan biru di malam berinai.



Kegembiraan seorang pengantin baru.



gambar perkahwinan faezah elai
Dengan mas kahwin sebanyak RM1,001.00 Faezah Elai sah dimiliki oleh Heykal Hanafiah sebagai isterinya. SL ucapkan tahniah dan semoga kekal hingga hujung nyawa.

(Gambar dari pakcik google)

Monday, September 12, 2011

" orang bagi kita ambik "

Assalammualaikum _ . _   ...



Pemberian ikhlas daripada missmeera. Tq.

Pengumuman gempar : Doakan kejayaan anak " Sayur Labu " iaitu " Huda "....yang akan menduduki exam UPSR bermula esok. Begitu juga kepada anak teman2 blogger semua yang sama menempuh exam esok semoga beroleh kejayaan semua....aminnn.

Semoga doa kalian dimakbulkan oleh Allah subhanahuwataala.

Saturday, September 10, 2011

rindu nak baca surat khabar

Assalamualaikum semua....

Dah bangun belum ni.....SL buat entry ni masa anak-anak semua masih tidur lagi. Sudah pukul 9 lebih dah ni..hehe....kan senang tak de orang nak ganggu SL nak blogwalking kan. Tp banyak lagi kerja yang belum dibereskan lagi ni...jemur kain belum, buat air utk sarapan belum....almaklum semua anak2 SL masih lena lagi.

Rasa rindu pulak nak baca surat khabar v/s Kosmo atau Metro. Tapi siapa yang kena beli ni...anak2 masih landing time lagi ni. Sudah lah semalam tak dapat baca akbar ni sebab suami SL tak balik , Suami SL pergi dengan set kerjanya mancing kat Pulau Ketam lah kalu tak silap...Jadi semalam SL bersama anak-anak ajelah....yg loghat tu anak-anak tak pun tanya mana abah mereka. Ada juga cam tu eik...

Jap lagi nak goreng mee la buat makan pagi sebelum siap jemur kain. Nak rasa mee SL mai lah dtg umah...hee ajak2 ayam. Ok cau cin cau.


cth mee goreng heeehe..thanks pakcik google.

TQ sanggup luangkan masa utk baca n3 SL.

oh serabutnya kepala...balik dr Mydin USJ

Oh my....rumah ku macam tokang pecah...makkkkkk

Itulah yang aku rasakan apabila bukak je pintu rumah balik dari shopping kat Mydin USJ tadi. SL pergi sorang je setelah habis waktu kerja. Dengan hajat beli container plastik untuk menggantikan yang lama.

Sampai aje kat Mydin aku terus pergi surau perempuan. Setelah solat Zuhur aku terus melilau-lilau cari barang yang patut aku beli....Terdengar oleh ku suara sepasang suami isteri bercakap tentang harga barang yang djual kat Mydin...kata suami yang sempat aku dengar..." biar betul harga ni..murahnya " tapi aku tak pula nak selidik barang apa yang diperbualkan oleh mereka itu. Mungkin itulah ramai sangat orang pergi kat Mydin kot termasuk 'aku'.

Ok setakat ini sajelah 'ayu' mau ambil alih pula lappy ini...akupun mau kemas2 sikit rumah, sakit kepala &  mata dibuatnya tengok rumah macam ni...

Sorry membahasakan 'aku' dlm ayat ini, ikut situasi keadaan,

Friday, September 9, 2011

" Kelebihan Bulan Syawal "


Assalamualaikum dan Selamat hujung minggu...
Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”
[HR Muslim]
Demikianlah Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu amal yang sangat baik iaitu kita berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal sebagai satu kesinambungan bahawa Islam tidak hanya mewajibkan puasa di bulan Ramadan semata-mata, bahkan Islam juga menganjurkan juga
kepada kita supaya mendekatkan diri serta terus mengamalkan ibadah berbentuk puasa ini di dalam bulan Syawal.
Dan Allah SWT memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berpuasa enam hari di dalam bulan ini sebagai satu galakan dan motivasi supaya kita tidak hanya melaksanakan tuntutan wajib berpuasa di dalam bulan Ramadan.Puasa enam hari digandakan pahalanya seperti berpuasa sepanjang masa. Secara logiknya sudah tentu tidak akan mampu difikirkan oleh akal kita sebagai makhluk Allah. Tetapi Allah SWT Maha Kaya untuk memberikan ganjaran yang lebih hebat lagi seandainya kita istiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya.
Di dalam pertengahan bulan Syawal ini, sudah pasti kita masih menyambut Aidilfitri, maka sudah pasti kita tidak terlepas dari undangan rumah terbuka dan ziarah menzirahi antara satu sama lain. Namun apa yang lebih penting jangan kita menjadikan alasan untuk kita tidak mengambil faedah dan peluang untuk sama-sama kita menunaikan ibadah sunat ini kerana pahalanya yang mungkin dapat menampung kekurangan yang berlaku sepanjang kita menunaikan ibadah puasa di dalam Ramadan.
Di ruang Syawal yang masih ada ini, tanyalah diri kita adakah kita sudah pun mula berpuasa atau kita masih hanya sekadar sibuk dengan Aidilfitri tanpa ada pengisiannya?
Sumber dari fitrahpower. Tq.

' Senyum...senyum selalu '

Baca ye...dan kalu boleh renung-renungkan: -

Hari ni hari jumaat kan....ok hari jumaat senyum biar bermanfaat, esok hari sabtukan...ok hari sabtu senyum bukan satu, hari ahad senyum tak berat, hari isnin senyum dengan sejuk dingin, hari selasa senyum dengan selesa, hari rabu senyum biar nampak gebu, hari khamis senyum manis-manis.

OK see u next post...

TQ kerana membaca entry ini.

" syiok nya kahwin..... "

Raya lepas SL ada balik kampung belah suami....dah tau...oh tak pe nak canang sekali lagi tak salah kot...Adik bongsu suami SL kahwin dengan org T'ganu juga malah ada bau-bau bacang juga kata mak mertua. Bukan apa nak cakap syoknya kahwin sampai asyik terperap je dalam bilik...kheeehhe jangan mare ya 'su'..nama panggilan adik pada suamiku itu...bukannya dengki tapi itulah orang kata kalau dah kahwin, hubungan sudah dihalalkan antara seorang perempuan dan lelaki, maka itulah lesen sebuah perkahwinan...

Betul lah orang kata kalu kahwin lambat nanti rugi....hanya orang yang mengalami sahaja yang tau....hehee

Selamat Pengantin Baru 'Su' dan suami.

Tuesday, September 6, 2011

" Cerita di sebalik hari raya di Terengganu pula.... "

Salam semua....selamat menjadi manusia, tidak sekadar biasa-biasa, tapi luar biasa kebagusan dan kehebatannya....Syabas (pinjam kata-kata Dr. HM Tuah). Gambar raya di Terengganu di Gong Tok Nasek tempat lahir suami ku.

Tumpang duduk di pelamin adik ipar bersama cik suami


Gaya yang tak berapa nak manja di singgah sana...


Inilah gaya kedai-kedai tudung dan baju melayu...meriah!! yg sempat
diambil di salah satu kedai di KT.


Si akbar ni sempat berposing di salah satu kedai tudung di stesen bas K'Trg.


Catwalk oleh akbar dan diperhatikan oleh 'wan' nya

 Itu aje untuk pagi ni....selamat segalanya....selamat bekerja.


Monday, September 5, 2011

" Cerita di sebalik hari raya di Kelantan...... "

Tengok gambar aje lah ya...waktu raya pertama di Pasir Puteh, Kelantan.

 Izat kusyuk menyalakan bom untuk diletupkan.....'ngeri' budak2 ni.

Gambar bersama 'mak' 

Aksi 'akbar' ala-ala ultraman nya

Adin & Izat masing-masing kamcing hanya utk menyalakan bom tangan.
Ayu sudah awal2 letakkan tangan di telinga takut dengan bunyi letupan.

Gambar kami sekeluarga bersama mak