TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, April 3, 2011

Seri Bayu Meninggal Dunia

Petikan diambil dari Akhbar KOSMO bertarikh 3 April 2011.

Nama sebenar Jamaludin Sulik, 46 tahun berasal dari Singapura.

Penulis lirik lagu yang terkenal sekitar tahun 1980-an.

Antara lirik ciptaannya ialah Kau Lilin Cintaku nyanyian Francesca Peter dan Cintamu Muzik Di Hatiku (Anita Sarawak).

Seri Bayu mempunya lima orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama dan isteri kedua penyanyi Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad. Erema bagaimanapun menuntut cerai pada 2009 dengan kes  itu masih dalam perbicaraan.

Komposer dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu 44, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi.

Menurut anak angkat Allahyarham, Sarina Abdul Ghani, 29, Seri Bayu meninggal pada pukul 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron yang hidapinya sejak tahun 2004.

"Arwah kritikal sejak tiga hari lalu lalu sebelum dia dimasukkan ke Hospital Port Dickson semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi semalam.

Sarina berkata, usaha mereka untuk menghubungi keluarga dan anak Seri Bayu gagal.

Jenazah Seri Bayu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12, Teluk Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zuhur hari ini.

Semoga arwah Seri Bayu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman aminnnnn.

2 comments:

  1. ada tengok gak semalam kat tv dan semoga arwah di tempatkan bersama golongan orang yang soleh

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN