TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label Metro. Show all posts
Showing posts with label Metro. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

rindu nak baca surat khabar

Assalamualaikum semua....

Dah bangun belum ni.....SL buat entry ni masa anak-anak semua masih tidur lagi. Sudah pukul 9 lebih dah ni..hehe....kan senang tak de orang nak ganggu SL nak blogwalking kan. Tp banyak lagi kerja yang belum dibereskan lagi ni...jemur kain belum, buat air utk sarapan belum....almaklum semua anak2 SL masih lena lagi.

Rasa rindu pulak nak baca surat khabar v/s Kosmo atau Metro. Tapi siapa yang kena beli ni...anak2 masih landing time lagi ni. Sudah lah semalam tak dapat baca akbar ni sebab suami SL tak balik , Suami SL pergi dengan set kerjanya mancing kat Pulau Ketam lah kalu tak silap...Jadi semalam SL bersama anak-anak ajelah....yg loghat tu anak-anak tak pun tanya mana abah mereka. Ada juga cam tu eik...

Jap lagi nak goreng mee la buat makan pagi sebelum siap jemur kain. Nak rasa mee SL mai lah dtg umah...hee ajak2 ayam. Ok cau cin cau.


cth mee goreng heeehe..thanks pakcik google.

TQ sanggup luangkan masa utk baca n3 SL.

Sunday, August 14, 2011

"..dunia..dunia...semakin haru biru jadinya... "...

Bismillah hirrahmaanirrahim.......


Jangan gelabah dan jangan kalut.....buat kerja apapun kena ada sifat sabar....sabar itu kan separuh dari iman..(betul ke ayat SL tu..)...ok ok mari kita tengok tajuk kat atas tu.... 


"..dunia...dunia....semakin haru biru jadinya.... " bukan apa tadi SL terbaca myMetro tajuk  " Tumbuk , cekik isteri depan anak "


Aduh...rasa takut betul keadaan dunia rumahtangga sekarang....sikit sikit masalah dah 
bertelagah besar....dah membuatkan anak-anak jadi takut dengan sikap ibu atau bapa 
yang kurang sabar ni....cubalah bertenang dan buat berbincang elok-elok....
tak boleh ke....? ini terus serang membuta tuli.

Begini beritanya SL copy skit utk kalian baca sama-sama kandungan berita ini..

SERDANG: Seorang isteri ditampar, ditumbuk dan dicekik di hadapan anak-anaknya hanya 
kerana meminta tolong suaminya membawakan payung untuknya masuk ke rumah ketika hujan 
lebat, di rumah mereka, di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, dlm kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 34 tahun baru 
pulang dari kelas menjahit ketika hujan lebat dan menelefon dari dalam kereta meminta 
suaminya membawakan payung.

"Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap 
rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung 
kepada mangsa.
"Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan 
permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba 
menamparnya beberapa kali, " katanya.

Lebih lanjut kat SINI.

Note: Dunia rumahtangga sekarang begitu menakutkan...semoga rumahtangga SL 
dan rakan-rakan semua dilimpah rahmat oleh Nya....aminn...


Tuesday, May 24, 2011

Kanak-kanak 10 Tahun Nyaris Dirogol

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.

“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya

Berita selanjutnya di Harian Metro. Dari petikan myMetro.

Saturday, May 7, 2011

Ajal gadis sunti

MERSING: Akibat tidak mempedulikan nasihat ibu angkat yang melarangnya menunggang motosikal keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut selepas terbabit dalam nahas berhampiran persimpangan masuk ke Felda Tenggaroh 2, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.45 petang, motosikal ditunggang Nor Hafawati Radzuan, 13, terbabas sebelum melanggar sebuah kenderaan empat roda dari arah bertentangan iaitu menghala ke Felda Tenggaroh.

Kejadian mengakibatkan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggaroh A yang dalam perjalanan ke rumah sepupunya di Felda Tenggaroh 2 itu tercampak dari motosikal menyebabkannya parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu angkat mangsa, Khasida Junid, 46, berkata sebelum itu dia dan suaminya ke Kota Tinggi pada hari kejadian, mereka melarang Nor Hafawati menggunakan motosikal itu kerana bimbangkan keselamatannya.

Kisah selanjutnya di metro hari ini.

Nota: Anak-anak perlu mendengar cakap orang tua. Balasan sesiapa yang mengingkari orang tua, Allah swt. akan beri on the spot atau lambat laun kena juga.