TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Petai dan Gulai Daging

Assalamualaikum semua.....

Petai ..... 



Gulai Daging

Nak dijadikan cerita mulut SL dalam beberapa hari lepas tak 'mau' ngap sebarang benda berat untuk dimakan waima nasi. Jadi SL ambil keputusan untuk mencari sesuatu yang boleh membangkitkan selera tekak ini....terjumpalah satu benda yang dipanggil 'PETAI' tergantung-gantung di sebuah kedai yang SL masuki....jadi hari tu SL dapat makan nasi dengan lajunya bersama-sama dengan gulai daging.

OH....begitu nikmatnya makan nasi hari tu.......syukur sangat-sangat pada Allah kerana kembalikan kenikmatan makan pada SL. Petai ni sedap makan dengan kulit-kulitnya sekali.....lagi best dapat makan petai yang dijeruk....fuhhhhhhhh mesti tambah punya makan kalau ada PETAI JERUK.

Jangan tak cuba.....


Tuesday, August 2, 2011

"Sempat sangat la buatnya......"

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa Ramadan......

Wah dah lewat petang baru SL tergedek-gedek mau buat entry tuk hari ni....ialah tadi teman sebelah ada tanya SL......"tak ada post baru ke hari ni........" waaa macam tersedar dari mimpi...oh ada juga teman yg bertanya, ingatkan takde sape2 yg hiraukan blog picisan SL ni.

Macam tu SL nak cerita skt tentang petang semalam, hari pertama buka puasa....tak sangka sempat pulak SL buatkan lauk 2, 3 jenis..ingatkan sempat masak nasi je...SL masak pun pakai ramuan yg ringkas-ringkas je...tak pe lah SL bgtau sini apa yang SL, suami dan anak2 buka puasa dengan apa semalam ya....sampai aje kat umah, SL terus p dapur 'nak berperang ni'....SL mula2 buat pengat pisang, selepas tu SL masak tumis sotong, then goreng ikan, then lagi masak gulai ayam kurma, yang lain bancuh air jagung, siapkan semangkuk budu utk cik abang dan ulam kacang panjang..


gambar pinjam dgn pakcik google

Itulah ingat balik tak sempat buat...tengok2 dah siap lauk-pauknya...sebelum tu suruh anak yg sulung 'huda' masak nasi, itulah yg dia boleh tolong sementara ibunya balik ...orang kata tak nak seribu daya, kalu nak 'buat' tu seribu daya boleh ikhtiarkan walaupun letih blk dar kerja......

note: itulah tuan puan, adik kakak....rasanya kalau masak sendiri lebih rasa kepuasannya dari tunjuk2 kat kedai....harap2 SL boleh teruskan masak kat rumah utk bulan ramadan ni.

Friday, April 15, 2011

Kenapa Sayur Labu?..

kredit gambar ini dari catzscafe



Salam perkenalan dan salam ukhuwah pada para blogger semua...

Hehe macam laa aku ni dah pro dalam alam blogger ni..tidaklah sebenarnya aku baru setahun jagung dalam dunia blogger ini. Banyak lagi yang aku tak tahu dan ingin belajar lagi dan lagi..harap-harap anda disana boleh tolong aku meng'improve' lagi blog SAYUR LABU..

SAYUR LABU....kenapa aku letak sayur labu haa? adakah anda juga ingin tahu..haaa memang pun aku ingin beritahu anda semua sekarang. Jawapannya sebab..aku rasa sayur labu bukan benda yang asing bagi kita kan. Yang paling utama mungkin aku ingin letak sayur labu kerana sayur labu juga adalah makanan kesukaan Nabi Muhammad SAW kita. Ada dalam satu kisah diceritakan Nabi Muhammad SAW amat menyukai SAYUR LABU ini..maka SAYUR LABU terpilih untuk aku letak disana..sanaaaa..sanaaa

Wassalam.

Sunday, April 10, 2011

SYOK!!! Makan Durian

   
Rasanya dalam bulan ni dah 2 kali cik abang ku beli durian ini...gara2 hantu durian..
Mungkinkah tak tahan tengok orang jual tepi jalan dengan bau durian ini yang semerbak. Katanya nama durian ini ialah Durian D24 mahal tak ingat, 3 biji harga RM107/-. 

Memang berbaloi..isi mampat, manis. Pekena 2 ulas pun dah kenyang dibuatnya. Kalau rasa-rasa tak tahan tengok tu...jom laah beli kat tepi jalan tu...banyak dijual sekarang ni..ok lah..tengok ajelah foto yang sempat diambil..itupun aku rasa terkejut gak sebab harganya boleh tahan...kalau aku yang beli memang aku tak akan beli kalau tengok pada harga tu...ni nasib baik cik abang aku yang belikan, kalau tidak tak makan laah kalau tunggu aku beli..baik aku beli buku aje boleh baca sampai 10 kali habis pun tak habis punya..ni durian..makan ngap-ngap aje dah habis..sekelip mata habis....

ok lahh..selamat menjamu laah apa2 makanan pun ya..

 






Wednesday, February 16, 2011

spagetti dan sambal merah



Salam ceria semua...harap semuanya hebat2 belaka...(kedengaran macam ceramah motivasi je)..kali ini kita upload gambar spagetti yg aku buat hari tu..hari tu maksudnya waktu aku rasa nak makan benda ni..aku beli laa apa yang patut untuk ramuannya..beli sos kimball dlm bottle tu, daging ayam hancur cap ramlee burger, tomato..pas tu tambah skt2 apa yang patut...maka jadilah kuah macam dalam gambar bawah ni...



spagetti

Gambar bawah ni pula sambal merah...buatan tangan kakak ku (Rokiah)..kakak ku yang ke-2..dia datang buat pertama kali ke rumah ku di puchong ni..bersama anaknya yg dlm entry yg ku cerita hari tu dapat mengajar di Miri, Sarawak tu..

Sambal buatannya memang best..skrg pun masih ada lagi dalam peti ais aku tu..seingat aku setiap kali kalau buat kenduri kahwin ke..kat kampung ku..ramai saudara2 ku memintanya buat sambal ini...kira mengancam jugalah...nak kata pedas tak pedas sangat..ada rasa masam, manis, pedas....secukup rasalah..tak bubuh belacan punya..cuma yang aku tahu dia masukan lada besar, lada burung yang pedas tu..bawang merah, bawang putih, cuka, mangga yang masam tu kalu ada...masa tu aku tak dpt cari mangga..dah tanya kedai semua dah abis..tak pe..itu untuk menyedapkan lagi kot..dan tomato..



Sambal merah

ok laa..jam menunjukkan pukul 2.18 am.. rasanya aku kena pejamkan mata ..paksakan diri ini untuk tidur-rehatkan diri...esok perlu kerja lagi...Asssalamualaikum..

Thursday, January 27, 2011

PENGAT PISANG, IKAN TERUBUK DAN UDANG MASAK MERAH

Entah kenapa tiba2 rajin pulak snap gambar hidangan semalam.
Saje nak tunjuk di n3 ni..hehe

IKAN TERUBUK DARI SARAWAK
Ceritanya ikan ini dibeli di kedai tempat orang jual pakaian dan tudung..
kan pelik tu..biasanya kalau kedai pakaian & tudung...beli baju ke..tudung ke
ni ada pulak ikan masin terubuk yg dijual disana..

Kata tukang kedai tu..suaminya baru balik dr Sarawak,
so suaminya beli banyak ikan terubuk utk di bawa pulang,
Jadi boleh makan separuh dan dijual separuh..
Ikan ni aku beli dengan harga RM8/- satu..
Berbaloi beli sebab SEDAP..makan dengan nasi panas..
sampai makan tak ingat orang belakang..
terpaksa masak nasi sekali lgi..
lauk lain tak usik pun sbb pekena ikan goreng Terubuk Sarawak.

Aku sempat juga masak Udang Masak Merah dan buat Pengat Pisang

Layan ajelah gambar di bawah..



IKAN MASIN TERUBUK DARI SARAWAK


Ini pula pengat pisang yg aku buat sebaik sahaja aku sampai umah
entah laa rajin semacam je..petang semalam
terus aku kopek kulitnya dan masak
boleh laa menghilangkan rasa lapar sebelum
aku masak utk makan malam..silakan..



PENGAT PISANG UNTUK MAKAN PETANG

Pengat ni aku buat simple aje..cuma tambah santan dan sagu sikit
kuah pun tak pekat sangat sbb anak2 ku suka hirup kuahnya..



PENGAT PISANG
\


PENGAT PISANG HIDANGAN UNTUK ANAK2




UDANG MASAK MERAH