TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Saturday, May 28, 2011

Insurans Pelik-Pelik Oleh Artis Omputeh

Alhamdulillah....ucap syukur dipagi-pagi ni bagus kerana kita mensyukuri kepada Allah atas nikmatNya.

OK kita beralih kepada tajuk di atas..insurans, saya rasa ramai yang membeli insurans untuk diri sendiri malah untuk keluarga. Tapi biasanya kita beli insurans diri kita sendiri tak kira insurans kemalangan atau penyakit. Yang ini  pelik pula omputeh ni beli insurans untuk anggota badan mereka..Nak tahu layan....



Keith Richards - Jari tengah tangan kiri

Siapa tak kenal Rolling Stones telah menginsuranskan jari tengah tangan kirinya. Ada logiknya bagi seorang pemain gitar. Tapi kenapa jari tengah sahaja? Huh!! Sebanyak USD 1.6 JUTA insuransnya.




David Lee Roth' - Sperma

Bekas penyanyi kumpulan Van Halen, David Lee Roth' telah menginsuranskan spermanya sebanyak USD 1 JUTA. Nampak macam mustahil. Tapi syarikat insurans cover jugak. Ntah apa-apa ntah. Dia buat begini adalah kerana, jika semasa dia bersenggama, dan perempuan itu mengandung anaknya, dia akan memperoleh pampasan. Idea yang bagus!!!


America Fererra - Gigi

Pelakon utama siri Ugly Betty, America Fererra telah diinsuranskan oleh syarikat ubat gigi Aquafresh sebanyak USD 10 JUTA. Huh...kali ini syarikat yang tolong coverkan supaya giginya puteh melepak. Bertuahnya badan.


Shirley MacLaine - Alien

Antara semua-semua diatas Shirley yang paling pelik. Dia telah menginsuranskan dirinya sebanyak USD 25 JUTA jika dirinya diculik oleh makhluk asing. Apakahhenya Shirley ni. Mustahil! amat mustahil!!!! Tapi orang macam inilah yang syarikat insurans mahukan.

Anda....bila lagi...ambillah insurans sekarang...banyak manfaatnya. Nota kaki petikan diatas diambil dari {sumber sini}.



3 comments:

  1. memang insurans pelik2 je sume ni...
    hehehheh

    ReplyDelete
  2. MR: sememangnya diaorang ni banyak duit. Tak habis 7 keturunan kot duit mereka.ehhehee

    ReplyDelete
  3. dorang kelakar n tah hape2 hehe (^_^)

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN