TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Saturday, May 7, 2011

Ajal gadis sunti

MERSING: Akibat tidak mempedulikan nasihat ibu angkat yang melarangnya menunggang motosikal keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut selepas terbabit dalam nahas berhampiran persimpangan masuk ke Felda Tenggaroh 2, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.45 petang, motosikal ditunggang Nor Hafawati Radzuan, 13, terbabas sebelum melanggar sebuah kenderaan empat roda dari arah bertentangan iaitu menghala ke Felda Tenggaroh.

Kejadian mengakibatkan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggaroh A yang dalam perjalanan ke rumah sepupunya di Felda Tenggaroh 2 itu tercampak dari motosikal menyebabkannya parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu angkat mangsa, Khasida Junid, 46, berkata sebelum itu dia dan suaminya ke Kota Tinggi pada hari kejadian, mereka melarang Nor Hafawati menggunakan motosikal itu kerana bimbangkan keselamatannya.

Kisah selanjutnya di metro hari ini.

Nota: Anak-anak perlu mendengar cakap orang tua. Balasan sesiapa yang mengingkari orang tua, Allah swt. akan beri on the spot atau lambat laun kena juga.

No comments:

Post a Comment

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN