TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Tuesday, February 15, 2011

Selamat tinggal Malaysia

Safee Sali sudah berangkat ke Indonesia semalam untuk meneruskan kariernya di sana. Saya rasa rakyat Malaysia harus bangga dengan semangatnya untuk mencari pengalaman diri dan mana tahu akan datang ia boleh membantu Malaysia pula untuk mengangkat karier bola sepak negara ke mercu gemilang.


Bekas penyerang Selangor yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kelmarin telah ditemani oleh pengurusnya Zakaria yang sebelum ini dikenali sebagai pengurus pasukan skuad Liga Super Selangor sejak 2008 lagi. Tugas Zakaria lebih kepada membantu Safee Sali sebagai pemain yang benar-benar profesional dengan mendapatkan ruang Safee Sali untuk menjadi duta produk dan mendapat tajaan peribadi. Setahu saya ramai peminat bola sepak negara memberi komentar pro & kontra dengan perpindahannya ke negara jiran ini. Biarlah Safee Sali pergi dengan baik dan doa rakyat Malaysia diperlukannya untuk meneruskan lagi kariernya di sana.

Perpindahan Safee Sali dari mewakili Selangor kini telah mewakili Pelita Jaya dari negara Indonesia iaitu pasukan tercorot dalam liga bola di sana.

Apapun doa dan harapan kita semua semoga perjuangannya diberkati olehNya dan semangat yang ditunjuknya itu dapat mengubah persepsi peminat bola negara kita.

1 comment:

  1. salam...
    ye takde masalah die nk main bola ke negara asing..tp knapa mesti trima dr indon..katenyer langkah awal sblm ke liga super australia..hurmm..ntah lah.. baik die ke korea or jepun..
    indon? nan hado..
    hehee.. anti nih...

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN