TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, February 20, 2011

hajat Siti Nurhaliza dan suaminya sudah tertunai



Wah...dengar pada tajuk en3 kali ni mesti ramai yang meneka mungkin pemilik jenama SimplySiti dan pengacarea ini sudah mengandung  ke atau ada sesuatu yang menggemparkan.

Sebenarnya hajat pemilik lagu Jerat Percintaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk mendirikan masjid sudah tertunai. Dengan terdirinya masjid yang diberi nama Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir Sungai Petani, Kedah. Masjid ini mula dibina pada 1 Disember 2009 dan perasmian Masjid Al-Khalidiah ini telah dibuat oleh Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Masjid ini menelan belanja sebanyak RM1.7 juta siap sepenuhnya pada bulan Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh penerima Anugarah Juara Lagu 1996 dan Datuk K Sendiri. Datuk K juga mengakui bahawa proses pembinaan Masjid Al-Khalidiah itu juga mendapat sumbangan pihak lain.




Masjid ini yang boleh menampung jemaah seramai 500 orang pada satu-satu masa boleh digunakan dengan pelbagai aktiviti agama. Siti Nurhaliza yang bersyukur kerana proses  pembinaan masjid itu selesai dan majlis perasmiannya pula dibuat pada tarikh lahir suaminya yang ke 52 tahun.

Apa-apapun kita tabik lah pada Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya yang kaya-raya ini tidak kedekut duit untuk membina sesuatu yang boleh digunakan oleh orang ramai...Malah kita patut rasa bangga kerana rasa-rasanya Datuk Siti Nurhaliza satu-satunya artis yang boleh dibanggakan baik dari segi rupa dan kelebihannya dari semua aspek. Rasa-rasanya hajat Siti yang 'satu' itu sahaja yang belum tertunai...tapi sabar2 laah..insyallah Allah itu maha adil dan mengetahui semuanya..

2 comments:

  1. rezeki dr Allah SWT..insyaallah selagi tak putus asa ada rezeki mak iti kita

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, murah rezeki dia. Saham akhirat

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN