TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Thursday, February 24, 2011

Amalan Nabi Muhammad SAW yang perlu diteladani



Mari kita amalkan apa yang Nabi SAW amalkan hari-hari:-

Satunya Nabi kita tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia akan makan dan sebaliknya beliau tinggalkan -Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

Ke-dua : Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

Ke-tiga : Uthman bin Affan meriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi

Ke-empat : Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmun dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmun.

Ke-lima : Nabi  SAW tak makan sambil bersandar -Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang dan mudahkan penghadaman.

Ke-enam : Nabi SAW sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

Ke-tujuh : Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali -Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

Ke-lapan : Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan  -Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

Ke-sembilan : Tika Nabi SAW tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh mohon perlindunganNya. -Bukhari

Yang akhir Ke-sepuluh : Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) -Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

4 comments:

  1. entry yg menarik :) kdg2 kita ni makan, lupa ikut sunnah nabi...nak cepat aja hehehe

    ReplyDelete
  2. suka dgn entry ni. ada pengajaran dan pembelajaran :)

    ReplyDelete
  3. abah yie & amp;ummina: yalah saya pun kadang2 main hentam jee buat sesuatu perkara tu..harap2 kita ikut sunah Nabi SAW seperti yang dinyatakan diatas. Terima kasih kerana drop komen kat sini.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Zakwan kerana kunjung blog kita...jadilah anak yang baik dan umat yang bersyukur.

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN