TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Thursday, August 18, 2011

Tips 10 Malam Terakhir Ramadan


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

Rujukan sepenuhnya di iluvislam.

2 comments:

  1. cepat benor kita masuk fasa ke 3 kan..huhu..semoga Allah menerima semua amalan kita..amin!

    ReplyDelete
  2. say lum sempat lagi nak btul meghayati mlm2 ramdan ni dgn khusyuk...

    iskhhh, teruk kan...setakat yg fardhu je...sunat2 selalu alpa...huhu

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN