TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Monday, August 1, 2011

Perpanjangkan korek hidung dan korek telinga tidak membatalkan puasa

Assalamualaikum semua....

Soalan:

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Sumber dari naimnikmat..... Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net


Note: Sayur Labu pun baru tahu.....kalau ada percanggahan sila kemukakan ya..

4 comments:

  1. Salam idah,
    Sebenarnya ramai lagi yang tak tahu bab ini. Saya dah dengar bab ini tahun lepas di Radio IKIM dan agak terkejut jugak sebab kita diajar masa disekolah rendah yang korek hidung&telinga membatalkan puasa. Sebenarnya Fiqh ini meluas cuma kita kena rajin bertanya dan dapatkan dalil&nas tentang sesuatu Hukum. Bab cabang ini meluas dan tidak mengganggu persoalan pokok.

    ReplyDelete
  2. hehe..sama konteks nya ngan pakai contact lense..memang memasukkan sesuatu dlm rongga badan..tp tak jejas puasa..:)

    ReplyDelete
  3. lagi info tentang korek telinga di SIHAT SELALU - Bahaya Korek Telinga

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN