TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Saturday, July 30, 2011

TIPS atasi kekurangan air dalam bulan Ramadan

Assalamualaikum Semua...Selamat berhujung minggu dan selamat membeli belah bagi mereka yg belum membuat penyediaan untuk bulan puasa yg akan bermula esok..insyaallah...

Mari kita ikuti tips ini yang mana dalam bulan puasa memang bibir kita kering dan ada juga yang mengelupas.....

1) Masalah kurang tidur, ketika berpuasa ramai yang akan menghadapi masalah kekurangan air dalam badan.  Ini akan menyebabkan kulit kekeringan sekali gus nampak kusam. Lihat beberapa faktor penyebab masalah tersebut dan kaedah terbaik dalam menghindari kuit kering sepanjang tempoh berpuasa ini.

2) Menjilat bibir bukanlah cara untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sebaliknya ia menyebabkan bibir semakin kering. Justeru, biasakan memakai pelembab bibir setiap tiga jam sekali termasuk sebelum tidur. Cara lain adalah dengan menyapu minyak zaitun.

3) Pastikan anda sentiasa membawa bersama pelembab ke mana sahaja anda pergi terutama ketika mengadakan aktiviti luar. Sinaran matahari yang terik ditambah dengan cairan tubuh yang kurang antara penyebab kulit tubuh kering. Sebagai tambahan, pilihlah pelembab yang mengandungi pelindung sinaran matahari atau SPF 15.

4) Hindari menggaru kulit yang kering kerana ia boleh menimbulkan masalah jangkitan pada kulit selain mengelakkan daripada kulit bersisik.

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN"

Renungan utk hari ini : Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

8 comments:

  1. bui lagilah ni,waktu tak puasa pun dh kurang air..apatah lagi bulan puasa..huhu..salam ramdhan dekat idah sekeluarga yer

    ReplyDelete
  2. lepas ni keluar pegi watson laa.. nak beli pelembab bibir.. ;)

    MySuaraBlog: Asal Usul Kaca Mata Hitam

    ReplyDelete
  3. Kalau kering jugak, masuk hospital pakai drip.hehe

    ReplyDelete
  4. SL ucapkan selamat menunaikan tanggungjawab sbg umat islam....bulan Ramadan sebagai bulan ibadat..insyaallah nak cari pelembab bibir gak...

    ReplyDelete
  5. alamak kena beli pelembab bibir jugak la cam nih... :) ape-ape pon selamat berpuasa kak idah...:)

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan dear...

    semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya...amin...

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN