TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Wednesday, June 29, 2011

Katanya tak minat bola tempatan...tapi semalam

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua (SSS)

Alhamdulillah Malaysia menang lagi dalam game semalam dengan Taiwan 2-1. Fullamak...caya lah Harimau Malaya...Walaupun tidak tengok sepenuhnya kerana tengok juga rancangan TV8 Countdown. Dua-dua rancangan tv semalam best. Oh ya nak cerita sikit ni yang Cik abang SL sebenornya selama ni memang dia anti tengok perlawanan bola tempatan. Katanya game Malaysia tak setaraf pasukan Eropah....tapi tiba-tiba semalam tengok pula dia...haisss buang tabiat ke....Bukan apa selama ni Cik abang SL ni tak pandang pun liga tempatan ni berbanding dengan kelab-kelab Eropah tu..mcm Chelsea, Man United, Liverpool....minat habis dia pada kelab-kelab Eropah.

Mungkin kemenangan yang berturut-turut oleh pasukan Malaysia menyebabkan Cik Abang SL beralih angin...hahaaa..rasa SL pula yang menang kerana kita selalu bertelingkah kalau bercakap hal bola dimana biasanya SL selalu cerita dia tentang perkembangan bola di Malaysia tapi Cik abang SL macam biasa mencuit bibir je..sekarang apa jadi......Malaysia menang..Malaysia menang lagi...

note: cik abang tonton di kedai mamak (astro) manakala SL di rumah aje dgn anak-anak

1 comment:

  1. bola kita tengah naik...sapa lagi nak support kalo bukan kita...go malaysia go..harap2nya separuh lagi dpt sumbat gol ke3 & 4 plak...ngeeee

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN