TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, July 17, 2011

Cerita hari minggu Sayur Labu......

Assalamualaikum dan Salam Sayang ....

Semalam hari Ahad merupakan hari yang sibuk bagi SL dibandingkan dengan hari2 minggu biasa. Belum jam menunjukkan pukul 7 pagi SL sudah turun..turun tangga untuk  menghantar anak yang sulung ke sekolah, ada kegiatan sukan katanya. Selepas itu terus hantar mak, adik dan adik ipar ke stesen bas Shah Alam untuk balik ke kota Bharu, konon2nya SL ni dah terror lah pergi ke stesen bas Seks.17 kerana sebelum ni pun SL pernah hantar saudara  lain ditempat yang sama..... jadi cik suami arah sahaja tugas ini pada SL.

Balik dari menghantar mak. SL join pulak jiran2 rumah (satu blog) tempat SL tinggal ni bergotong royong untuk membersihkan kawasan sekitar blog, best juga sekali sekala bergotong royong sama2 turun padang macam ni, bolehlah mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama jiran. Selesai urusan SL sekali lagi kena ambil anak yang tadi pergi sekolah untuk membawa pulang semula....

Wah wah..rasa penat juga, sedangkan cik suami sedap diulit lena lagi kerana semalam pergi mengail ikan dan balik sudahpun jam 4 pagi bersama anak ke-2 dan ke-3. Mungkin inilah yang dikatakan superb mom.

Itu aje yang SL dpt coretkan kali ini..Insyaallah ada ruang waktu berjumpa lagi ya....wassalam.

2 comments:

  1. nampak gaya mcm tu lah ku-cit....wanita zaman sekarang serba boleh..kalu tidak tak boleh jadi superbb ni...

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN