TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Monday, July 25, 2011

Fedtri 'orang TV' sebagai Imam dan Khalifah

Assalamualaikum semua dan Selamat Pagi,

Semalam SL seperti biasa kalau mahu mengisi minyak kereta, SL tak lupa jenguk2 tempat bahagian buku yg dijual manatahu ada buku atau majalah baru. Jadi SL tertarik satu buku namanya majalah 'anis'. Anda pernah baca ke...Kalau kira setakat hari ni SL baru beli yg ke-2 kali untuk majalah 'anis'. Muka depan majalah 'anis' adalah gambar Fedtri dan isterinya Anati.

Ahmad Fedtri yahya kahwin
Dari yanmie. tq.

Antara isi kandungan dlm majalah 'anis' antaranya kisah Fedtri dan isterinya.

"Fedtri  mengimpikan untuk memiliki wanita yang mempunyai latar belakang agama yg baik kerana beliau percaya itulah saham yang akan dibawa ke akhirat kelak. Beliau juga mengimpikan untuk memiliki wanita yang menyenangkan dan ternyata Anati mempunyai ciri2 itu. Selepas enam bulan berkenalan, Anati terus disuntingnya. Ketika merisik, Fedtri terkejut kerana rombongannya disambut dengan bacaan al-Quran berserta tafsirannya oleh dua orang adik lelaki Anati.

"Pukul tiga pagi sebelum majlis berlangsung, hujan lebat berserta ribut berlaku sehingga meranapkan pelamin. Habis semua basah. Saya rasa tidak sedap hati. Saya mengambil pendekatan dengan melakukan solat Hajat, manakala Anati pula membaca al-Quran. Kami semua bergotong-royong membaik pulih pelamin dan kelengkapan yang lain," jelas Fedtri.

Lebih lanjut jom baca Majalah 'anis' bil. 168.

4 comments:

  1. lelak yg baik utk perempuan yg baik..alhamdulillah!!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    dorg b'kenalan pun kt tmpt yg baik kan..

    ReplyDelete
  3. memang padan pasangan ni..*_*
    sama2 kita doakan hubungan dia org berkekalan

    ReplyDelete
  4. Semoga perkahwinan depa kekal sampai syurga..
    tak sangka, dalam diam2, tup2 Fedtri kawin.. ;)

    MySuaraBlog: SODA itu STRESS

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN