TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Saturday, June 25, 2011

Ketepikan Rasa Malu

Assalamualaikum dan Salam Semua

Bagi kaum wanita memang mengetahui bahawa penyakit kanser rahim, kanser payu dara dan macam-macam kanser yang timbul begitu menakutkan kita semua. Langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan kesihatan perlu diambil terutama di bahagian sulit.

Memang rasa malu adalah lumrah wanita namun ketepikan perasaan itu demi menyelamatkan nyawa kita. Ramai juga kaum wanita yang takut melakukan pemeriksaan di bahagian sulit terutama vagina kerana mereka bimbang jika mereka benar-benar menghidap penyakit serius.

Perasaan takut yang menghantui diri membuatkan mereka mengelak daripada melakukan pemeriksaan doktor. Buang sikap negatif ini dan lakukan segera pemeriksaan bagi mengelakkan perkara buruk misalnya penyakit sudah berada di tahap serius akibat kealpaan kita. Sahut kempen kerajaan menjaga kesihatan dan mengesan penyakit awal. Kini banyak rawatan dan ubat yang dapat membantu kita mencegah kanser dan penyakit kronik lain. Berfikiran positif dan lakukan pemeriksaan awal.

Kebaikan Jalani Pemeriksaan Vagina dan Payudara:
  • Mencegah berbagai penyakit terutama yang membabitkan sistem reproduksi
  • Depat mengesan lebih awal penyakit kanser payudara dan leher rahim
  • Mengesan lebih awal penyakit akibat seks bebas dan keadaan lain sebelum menimbulkan kesan yang lebih berbahaya.
  • Dapat mencegah kemandulan
  • Melancarkan proses kehamilan dan kelahiran bayi.








4 comments:

  1. awe pernah pergi klinik check breast cancer...waktu tu nak period pastu pergi berurut n tiba2 tukang urut cakap ada tanda2 breast cancer...huhu...menangis gak dengar dan malu nak pergi jumpa doc..sbb rasa down..lepas seminggu baru pergi dan doc kata apa yang tukang urut tu rasa adalah perubahan hormon sebab nak period...huh! lega...mmg malu dan geli..hehe

    ReplyDelete
  2. hawa: mesti gelabah gila dengar khabar ada tanda2 breast cancer..nasib baik bukan. apapun baik check awal2 sekiranya ada tanda2 tu.

    ReplyDelete
  3. jgn malu untuk jalani pemeriksaan ..
    demi kesihatan tu.. :)

    ReplyDelete
  4. lagi kena check up dengan doktor laki. segan

    *salam ziarah^^

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN