TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Monday, June 27, 2011

AWAS Bahaya Lilin Aromaterapi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

SL ada terbaca artikel ni di Majalah Wanita Keluaran bulan Mei 2011. Jadi SL mahu syer pengetahuan ini untuk suri-suri rumah yang suka menghias dan mewangikan rumah dengan Lilin Aromaterapi. Artikel ini juga ditujukan untuk jiran SL yang SL rasa ada juga menggunakan lilin tersebut. Mari kita baca ya..

"Tatkala hati sedang gundah atau tertekan, ramai yang cuba mengurangkan tekanan tersebut dengan menyalakan Lilin Aromaterapi. Wangian aromaterapi dikatakan membantu menenangkan dan menjadikan tubuh lebih relak.

Namun, menurut satu kajian, Lilin Aromaterapi ataupun wangian kediaman sebenarnya mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Terdapat beberapa sebatian kimia di dalam wangian kediaman yang memberi kesan terhadap kesihatan. Menurut kajian tersebut pencemaran udara dlm ruangan udara dapat menyebabkan pelbagai masalah. Ia mungkin menyebabkan batuk ringan dan mata gatal yang anda sendiri tidak sedari penyebabnya.


Sistem Pengudaraan
Jika aroma wangian boleh bertahan lama, disarankan anda meningkatkan sistem pengudaraan di dalam rumah. Ini kerana, kebanyakan produk lilin dan wangian kediaman mengandungi bahan yang tidak dinyatakan kandungannya pada kemasan. Kebanyakannya hanya menyatakan 'wangian' atau 'fragrance' tanpa diberi perincian yang lengkap.

Selain itu berkemungkinan terdapat ratusan sebatian kimia pada Lilin Aromaterapi yang tidak diketahui oleh pengguna. Salah satunya mungkin phthalates yang berfungsi agar aroma tahan lebih lama. Unsur ini dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan serta masalah reproduksi.

Jadi hati-hati bagi mereka yang menggunakan Lilin Aromaterapi. Semoga jadi panduan semua. Salam sayang.

7 comments:

  1. Terima kasih Idah. Kakak memang tak tahu dan memang menggunakannya. Kakak beli banyak pulak tu sebab hampir semua bilik dan hall kakak gunakan. Stok pun masih banyak lagi.

    Sekali lagi terima kasih info ini...

    ReplyDelete
  2. mungkin kita kena try produk baru tatkala hati sedang gundah atau tertekan.. yakni mengingati Allah swt.. (",)

    ReplyDelete
  3. Sama-sama Kakzakie....kita hidup saling mengingat-mengingati antara satu sama lain...tak gitu. Saya memang tak beli pun..cuma terdetik nak wat n3 ni sbb jiran SL pun ada menggunakannya.

    ReplyDelete
  4. fuad: betul sgt tu fuad..kakak sokong 101%

    ReplyDelete
  5. owh yeke..tak tau lak akk.saye suke baunya.sedap sgt.heee.

    akk thnks singgah blog rara.rara follow akak =) kit ya kak.

    ReplyDelete
  6. yeke, baru tahu bahaya. mekasih info.

    ReplyDelete
  7. baru tau lilin aromaterapi tak bagus...terima kasih krn berkongsi...

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN