TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, April 17, 2011

Haram Ukir Nama Kekasih

gambar hiasan sahaja

Perbuatan mengukir nama kekasih pada mana-mana bahagian  anggota badan adalah haram hukumnya dan berdosa. Sesiapa yang terlibat perlu bertaubat segera.

Dr. Yusof al-Qardhawi dalam kitabnya Halal Haram menjelaskan bahawa perbuatan seumpama itu bertentangan dengan ajaran dan syariat islam. "Perkara  ini sudah jelas, hukumnya haram," beritahu mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz.

Hassan Mahmud dengan tegas memberitahu anak-anak remaja Melayu Islam yang terlibat mengukir nama kekasihnya pada anggota badan atau bahasa mudahnya tatu merupakan perbuatan menyeleweng dari syariat Islam.

"Perbuatan mengukir nama kekasih pada badan ini adalah perbuatan yang tidak betul. Sekiranya  seseorang itu benar-benar mencintai kekasihnya pahatkanlah namanya di hati bukan pada badan. "Buktikan melalui ucapan dan perbuatan sebagai bukti cintakan kekasih. Tetapi harus diingat cinta pada manusia tidak kekal lama. Cinta yang abadi atau sebenar-benar cinta hanya pada yang Maha Kuasa!" tegas Hassan Mahmud.

Beliau mengajak semua remaja Islam yang terlibat agar menghayati hadis Nabi s.a.w. yang mengingatkan bahawa barang siapa menggantung azimat dan tatu di badan itu adalah satu perbuatan syirik!.

Oleh itu, Hassan Mahmud menasihatkan setiap orang yang memiliki tatu pada badan wajib membuangnya walau dengan apa cara sekalipun. Sekiranya seseorang remaja itu mati dalam keadaan masih terdapat tatu pada badannya maka mahu tidak mahu kulit jenazahnya perlu dikikis sehingga tatunya hilang, selepas itu barulah jenazahnya dapat dimandikan dan diuruskan.

Petikan diambil dari Majalah Mastika Jan '2011.

Kucing

anak kucing moudy
kredit foto dr mr : Google



Suatu hari, seorang budak membeli sebungkus serbuk pencuci di sebuah kedai dobi. Pekedai itu amat hairan  apabila melihat budak itu membeli terlalu banyak serbuk pencuci.

Pekedai : Dik nak buat apa beli banyak sabun basuh ni?
Budak   : Sabun ni untuk kucing saya! Dah lama dia tak mandi!
Pekedai : Untuk kucing? Banyak sabun tu, nanti mati pulak kucing tu!

Budak itu terus terdiam dan balik ke rumah untuk memandikan kucingnya.
Esoknya budak itu datang ke kedai dobi dengan  muka sedih.

Pekedai : Hah, dik macam mana dengan kucing adik tu? Dah bersih? Wangi?
Budak   : Tak pak cik, kucing saya dah mati!
Pekedai : Hah, dah mati! Kan pak cik dah cakap sabun tu terlalu banyak untuk mandikan kucing tu!
Budak   : Bukan sebab sabun kucing tu mati pak cik!
Pekedai : Habis tu????
Budak   : Kucing tu mati sebab mesin basuh tu pusing laju sangat!
Pekedai : !&%$#@

Moral of the storey: Jangan biarkan anak-anak anda keseorangan di dapur maupun bilik mandi. Setiap pergerakan anak anda patut diselia setiap waktu dan ketika...takut2 jadi macam seperti kejadian di atas laa.