Semoga hari ni hari yang membahagiakan kita semua. Nak cerita sedikit bab rokok elektronik atau e-cigarette. Anda semua pernah dengar atau pernah guna atau pernah lihat, pernah pegang...apapun boleh syer dengan saya apa kelebihan dan kekurangannya. Memanglah kalau sesiapa yang tidak merokok mungkin tidak pernah tahu dan dengar.
En. suami SL baru guna rokok elektronik ini. Penggunaanya sedikit leceh kerana terpaksa dicas macam guna telefon yang kena selalu dicas bateri. Cuma tak perlu menggunakan lighter atau mancis api semasa menggunakannya. Kelebihan rokok ini bagi SL yg sebagai isterinya mungkin rokok ini tidak mengeluarkan bau seperti rokok tradisional dan rokok ini dijadikan satu alternatif untuk berhenti merokok.

gambar ikhsan dr pakcik google
Oh ya SL dapat tahu juga e-cigarette ini juga ada pelbagai perisa antaranya perisa gudang garam, dunhill, kent, mint yang dipanggil catridge. SL doakan sangat supaya en. suami SL dapat berhenti menghisap rokok buat selama-lamanya. Teman-teman semua doakan juga ya...
Salam sayang dari SL dan selamat berhujung minggu.

