TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Friday, March 25, 2011

lupa nak ambil surat mc dari hospital serdang

as-salamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh....dan selamat pagi semua....harapan ku semua anak planet bumi ini dalam keadaan ceria dan bahagia selalu...anda hebat! saya HEBAT..aku pinjam kata2 dari seorang yang hebat iaitu

cerita ini kesinambungan dari cerita semalam...masih berkisar tentang keadaan aku di hospital..gara2 sakit mata dan ia juga berkaitan dengan rongga hidung...ok lah harap mata ku ni...semakin hari semakin baik dan dapat pulang dengan sesegera mungkin...skrg waktu pagi pukul 8.01a.m...hari sabtu tarikh 26hb Mac 2011.

aku rindu mau masak, mau basuh pakaian anak2, mau jenguk jiran2..dan segalanya yang aku buat kat rumah. kalu diikutkan hari in dah 5 hari aku di hospital...3 hari di hospital serdang dan 2 hari di hospital putrajaya sampai detik ini.

oh ya...bercerita punya cerita tentang diriku dah lari dari tajuk sebenar ya...aku lupa nak suruh cik suami ku minta surat mc hari tu setelah ambil barang ku dr hospital serdang ke hospital putrajaya. kalu camtu aku kena pegi sendiri nanti ke hospital serdang minta surat mc itu..jika tidak alamak cuti aku dipotong setelah tidak pergi kerja disebabkan sakit mata ku ini. tapi bila aku boleh pergi ni...sedangkan aku sendiri tak tahu bila lagi aku keluar dari hospital ini.

indahnya alam ini memandangkan katil ku mengadap bangunan2 dan perumahan yang bertentangan dengan hospital yang ditempatkan di precint 7 ini. hari yang lengang dan tak banyak kereta lalu lalang macam hari2 biasa yang sibuk dengan kenderaan orang pergi kerja. didepan katil ku pun kosong tiada pesakit. sebenarnya semalam terisi dengan pesakit ia itu seorang nenek cina yang dibedah di bawah tengkuknya disebabkan ada ketumbuhan kat situ. aku rasa nenek cina ini "lucky" sebab mempunyai anak2 yang ramai dan baik2 belaka...berbeza dengan nenek cina yang aku jumpa di hospital serdang yang kebetulan juga mempunyai anak ramai tapi dari cerita nenek itu ia punyai anak yang 'kurang baik'..dimana mereka menyalahkan nenek itu sampai mereka tidak sepenuhnya menyayangi ibu mereka.

gambaran dari depan katilku di wad 3B

macam2 penyakit dan macam2 ragam pesakit yang aku ketemu di tempat rawat dan rehat ini...bunyi macam tmpt berhenti orang bawa kenderaan je...hehe lebih kurang laa tu..rawat dan rehat mcm disinilahhh..rawat dan  dpt banyak rehat atas katil...

yang katil sebelah depan aku pula baru jee kena bawa ke bilik pembedahan...ia seorang ibu dan punyai anak sorang. pembedahan apa tau..bedah buang gigi bongsu 4 batang semuanya...his mcam2 laa..yg kena bedahkan..harap semuanya berjalan lancar.

haa...tengoklah aku ada sisipkan beberapa gambar kat sini untuk tatapan semua....bersurai....hehe jumpa lagii

 ini katil ku "katil no.23"






4 comments:

  1. huhu...semoga cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  2. moga cepat baik...

    deqlis singgah dari WWM...
    tenet still prob..huhukk ni ber wifi jer laa..

    ReplyDelete
  3. Moga cepat sembuh yer dear. Rajin2 makan ubat dan jaga kesihatan elok2 ek. Terima kasih tau singgah dan follow blog saya =)

    ReplyDelete
  4. terima kasih krn singgah sini...dan terima kasih sekali lagi mendoakan saya cepat sembuh..Aminnn.

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN