TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Thursday, July 8, 2010

HUJAN-KEMARAU-REZEKI-PERTANIAN


Abu Hurairah ra ada meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda lebih kurang ini bunyinya:

"Suatu hari ada seorg pemuda yg berjalan2 di kawasan lapang, tiba2 beliau terdengar suara di atas langit... suara itu berbunyi.... 'wahai awan...engkau siramilah air hujan di kebun si fulan itu.' pemuda itu pun mengikut awan tersebut...

Akhirnya beliau melihat hujan hanya menyirami kebun tersebut shja dan tidak kebun2 lain, lantas pemuda itu bertanya kepada tukang kebun....

APA YG TELAH KAMU LAKUKAN sebelum pada ini, kerana aku terdengar suara dilangit menyuruh awan hanya menyirami air hujan di kebun engkau sahaja?

Jawab pemuda itu:
aku sedekahkan 1/3 hasil pencarianku, 1/3 lagi aku gunakan utk makan dan 1/3 lagi untuk ditanam semula. Rasulullah bertanya lagi kepada Abu Hurairah, tahukah engkau suara siapa yg mengarahkan awan itu? tidak tahu abu hurairah menjawab.

Baginda menjelaskan, itulah SUARA DARI MALAIKAT atas arahan ALLAH SWT. Kadang2 manusia ini suka merancang, tanam 1 juta pokok, 1 juta lembu, 1 juta ikan.... akhir2 tahun, kita jangka dah dapat untung berapa RM? tetapi adakah kita semua sedar... bagaimanakah natijahnya jika Allah SWT tidak turunkan satu nikmat sahaja pada manusia iaitu air HUJAN?

- ikan akan mati kekeringan kerana sungai2 kekeringan air......
- tanaman akan mati kelayuan akibat tiada air utk hidup
- haiwan ternakan kelaparan kerana tiada tumbuhan2 hijau utk dimakan dan air utk diminum...

Hebatnya kekuasaan Allah bagi hamba2-Nya yg beriman dan bertaqwa padanya..

Sama2 kita fikirkan... dan marilah kita sahut HASRAT KERAJAAN KELANTAN untuk terapkan konsep BERTANI SATU IBADAH dalam perniagaantani kita semua dan selarikan perancangan kita dgn perancangan Allah SWT.- tazkirah Syam Ghaz sempena musim kemarau :)


p/s; berkenaan Hadis, minta pakar2 hadis perbetulkan andaikata saya silap, isi penyampaian ini saya mudahkan agar semua dapat ambil manfaat daripadanya.

No comments:

Post a Comment

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN