TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Wednesday, May 12, 2010

Khasiat Buah Kurma & Kismis



Alahai..alahai DariDapurIdah...

Hari ni Idah ingin berkongsi cerita mengenai buah kurma..ialah dah namanya DariDapurIdah mestilah ia berkisar tentang makanan dan apa-apa yang boleh masuk dalam perut kita kan. Untuk pengetahuan semua..walaupun ramai yang dah tahu khasiat buah kurma ini. Ada juga dikatakan buah kurma ini sangat elok untuk otak dan dikaitkan dengan mental. Ia juga mampu menguatkan otak. Sebab lupa, latah dan nyanyuk gitu. Kembarnya buah kurma iaitu kismis @ anggur kering juga banyak khasiatnya kalau kita amalkan pengambilannya.

Yang kita bincangkan berkisar tentang faktor makanan. makanan itu ubat, makanan itu juga racun. Sebab itu dikatakan perut adalah punca pada penyakit dan jugak punca ubat. Baik, pakar pemakanan menyatakan bahawa perut adalah sarang penyakit. Maka jagalah perut, insya-ALLAH sihat. Apa maksud jaga perut? Jaga makan.

Kalau..kalau boleh ambillah buah kurma ni tiap2 hari, sehari sebiji pun cukup. Kalau tak boleh seminggu sekali. Sebiji seminggu. Kalau tak boleh sebulan sebiji, kalau tak boleh tiga bulan sebiji, kalau tak boleh enam bulan sebiji, kalau tak boleh jugak setahun sebiji.
Nampak gaya kenalah pergi beli cepat kat kedai buah kurma ni...rasanya kebanyakan supermarket pun ada...cuma nak dengan tak nak je...
(sesetengah petikan di atas di ambil dari buku Dr. HM Tuah bertajuk"Buat Sampai Jadi".

No comments:

Post a Comment

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN