TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, April 10, 2011

Sembelih Kawan Jika Puji Secara Berdepan

As-Salam semua...dan Selamat Beristirehat....sememangnya waktu ini rasanya semua orang dah tidur (jam menunjukkan pukul 2.30 pagi..wah..aku belum tidur lagi..sebenarnya tadi dah tidur tapi dah dikejutkan oleh seseorang, sekarang dah susah nak lelapkan mata pulak...so benda ni laa aku boleh buat...

Ok...benda apa aku nak tulis ni..ya..Jom kita dengar satu renungan atau satu pedoman untuk pengetahuan semua..boleh...

Sebenarnya aku terbaca dalam satu majalah ni berkenaan dengan puji kawan yang disamaertikan dengan sembelih kawan...apa makna tu..begini catatannya: -

Seseorang kiranya berdepan dengan wajah manis dan puji diri anda secara berdepan, janganlah rasa senang hati dengan pujian itu. Tiada alasan yang mewajarkan seseorang puji secara berdepan, puji ketika dibelakangnya adalah pujian yang ikhlas dan mempunyai asas.

Apa yang dilarang ialah merasa selesa menerima pujian secara berdepan, kerana tiada asas untuk rohani, melainkan mempunyai tujuan disebaliknya.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud "Janganlah kamu sembelih kawanmu sendiri (puji berdepan  ibarat sembelih kawan)".

Selain itu janganlah kamu merayu hal ehwal mu kepada pihak lain, kerana apabila kamu mengadu dan merayu hal kepada manusia, maka Allah SWT berlepas tangan. Apa jua masalah yang menimpa diri, mengadulah terus kepada Allah SWT. Hanya Dia yang menyelesaikan semua persoalan. Jika mengadu hal kepada manusia mereka hanya mampu mendengar, tetapi tidak upaya mengatasi kerana diluar kuasanya.

Ok itu aje untuk kali ni...renung-renungkan...(macam pernah dengar je ayat tu...)..mau tidur dah....

1 comment:

  1. Kena fikir2 dulu sebelum share masalah dengan kawan. Kadang2 kalau terlebih cerita, nanti diri sendiri di pandang rendah pulak oleh orang lain. Dan kalau nak minta pendapat kawan pun kena hati2 dengan ayat yang nak dikeluarkan tu. Sememangnya mengadu kepada tuhan itu tiada hadnya berbanding mengadu dengan manusia.

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN