TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Tuesday, May 31, 2011

Salleh Yaakob Selamat Berkahwin Isteri Ke-4

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia






Foto dari sharinginfoz (tq)

Tuuuu dia.....dah selamat pun abang SY kita menamatkan zaman bujang...bukan2 selamat melangsungkan perkahwinan dengan isteri ke-4 nya iaitu Samihah Syeikh Ali atau Emi.

Hari tu kan saya ada keluarkan isu INI....so sekarang tiada lagi sok sek sok sek yang SY akan kahwin lagi kerana ia dah tak ada koata lagi selepas ini..hehe

Apapun selamat melangsungkan perkahwinan dan bahagia dengan semua isteri-isterinya yang sporting morting.

Giveaway Jom' Follow Simple & Easy Shoppe

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Nak join KLIK SINI

Sempena pembukaan rasmi kedai SIMPLE & EASY SHOPPE tuan kedai menganjurkan giveaway ini untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelanggan ke kedai INI.

Bagi kaum ibu-ibu maupun bapak-bapak (mcm sleng Indon pula) datanglah beramai-ramai memeriahkan lagi SIMPLE & EASY SHOPPE...antaranya tgk gambar bawah ya.....yaa....dan hadiah yang ditawarkan pun berbaloi & meriah.


Kalau dah tengok tu...singah-singgah laa sini dan shopping sekali. Tarikh tamat giveaway ini akan diberitahu kelak oleh tuan tanah sendiri.

Selamat Maju Jaya.


Nak Jenguk, Nak Follow dan Nak Komen!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tekan sini dari Blog Bangku Kosong.

Segmen ini khusus untuk Blogger yang mempunyai follower yang kurang dari 300 macam blog SL ni. Jangan terasa hati kepada blogger yang tak layak...(tak terasa pun...sendiri wat andaian).

Pada SL follower memainkan peranan penting jugak sebabnya kita akan rasa lebih semangat membuat n3 n3 baru sekiranya lagi ramai yg datang jenguk ke blog kita...lagi..lagi..mestilah tambah(3x) kenalan di alam maya/alam buana ni..

Jangan buang masa lagi sebab akan ditutup malam ni jam 23.59hours @ 1june2011.di sini.


Sunday, May 29, 2011

Konsert Mentor 5 Milik Salma

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Foto Salma {dari sini}

Nak ulas tentang Konsert Mentor kononnya ni....itupun dapat tengok tengah-tengah siaran sebab keluar sekejap pergi beli barang........hhehee

Sudah ku duga Salma yang akan menang dari sejak awal kemunculannya lagi...Shiha dan Eqa pun best juga  persembahan mereka tapi mungkin tiada rezeki mereka untuk jadi juara. Ini bermakna Salma dapat membawa pulang hadiah kereta bersama mentornya Era Fazira dan hadiah-hadiah hebat yang lain.

Salma dapat pujian yang melambung dari juri-juri professional seperti Ramli MS, Ziana Zain dan Azman. Walaupun dari segi markah dari juri awam Salma mendapat markah yang terendah tetapi ini tidak menunjukkan Salma ketinggalan dari segi markahnya.

Maaflah SL bukan pengulas pro tapi ada keinginan untuk cuba buat-buat pro....

Ben Ashaari Redah Blog Baru Jer!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia



Siapa tak kenal lelaki berbaju merah dan topi merah ni...sebelum ni baju biru dan topi biru...kalu tak silap laa. Orangnya disegani oleh blogger-blogger baru macam aku ni...ialah orang fofuler katakan...Selalu buat segmen itu segmen ini..tapi tetap ramai yang kunjung blognya...macam semut hurung gula gituuuu..

Kali ini pula segmen baru khas untuk blogger baru yang mempunyai follower kurang dari 500 orang...Yeahh...Layak untuk join.

Tutup pukul 10 malam tau..seminit pun tak boleh lebih. Nak join cepat-cepat {klik sini untuk join}.

Saturday, May 28, 2011

Insurans Pelik-Pelik Oleh Artis Omputeh

Alhamdulillah....ucap syukur dipagi-pagi ni bagus kerana kita mensyukuri kepada Allah atas nikmatNya.

OK kita beralih kepada tajuk di atas..insurans, saya rasa ramai yang membeli insurans untuk diri sendiri malah untuk keluarga. Tapi biasanya kita beli insurans diri kita sendiri tak kira insurans kemalangan atau penyakit. Yang ini  pelik pula omputeh ni beli insurans untuk anggota badan mereka..Nak tahu layan....



Keith Richards - Jari tengah tangan kiri

Siapa tak kenal Rolling Stones telah menginsuranskan jari tengah tangan kirinya. Ada logiknya bagi seorang pemain gitar. Tapi kenapa jari tengah sahaja? Huh!! Sebanyak USD 1.6 JUTA insuransnya.




David Lee Roth' - Sperma

Bekas penyanyi kumpulan Van Halen, David Lee Roth' telah menginsuranskan spermanya sebanyak USD 1 JUTA. Nampak macam mustahil. Tapi syarikat insurans cover jugak. Ntah apa-apa ntah. Dia buat begini adalah kerana, jika semasa dia bersenggama, dan perempuan itu mengandung anaknya, dia akan memperoleh pampasan. Idea yang bagus!!!


America Fererra - Gigi

Pelakon utama siri Ugly Betty, America Fererra telah diinsuranskan oleh syarikat ubat gigi Aquafresh sebanyak USD 10 JUTA. Huh...kali ini syarikat yang tolong coverkan supaya giginya puteh melepak. Bertuahnya badan.


Shirley MacLaine - Alien

Antara semua-semua diatas Shirley yang paling pelik. Dia telah menginsuranskan dirinya sebanyak USD 25 JUTA jika dirinya diculik oleh makhluk asing. Apakahhenya Shirley ni. Mustahil! amat mustahil!!!! Tapi orang macam inilah yang syarikat insurans mahukan.

Anda....bila lagi...ambillah insurans sekarang...banyak manfaatnya. Nota kaki petikan diatas diambil dari {sumber sini}.



Giveaway: Siapa nak ole-ole dari Sabah dan Labuan

Alhamdulillah dan Assalamualaikum Semua...(semua yg baca kat sini sihat-sihat hendaknya)

Ada orang tu nak pergi jalan-jalan kat Sabah dan Labuan. Jadi diaorang nak beli sesuatu untuk kitaorang yang tak dapat pergi ni...maka jadilah giveaway ni sekarang. Nak Join cuba...cuba...cuba je klik kat bawah ni...(ayat mengajak tu)

http://www.zahidahwahid.com/2011/05/giveaway-siapa-nak-ole-ole-dari-sabah-dan-labuan/

SL tak nak join sorang-sorang kat sini....jadi SL ajak nama-nama yang bertuah ni...
1. Suha
2. Mamayatie
3. Ani

Fuhhhh dah siap pun...

MJ Birthday Giveaway

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


{Klik sini nak join}

Giveaway ni sebenarnya sempena hari ulangtahun kelahiran MJ. Jadi SL mahu ucapkan Selamat Ulang Tahun semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Nak tambah lagi semoga kebahagiaan MJ bersama cik abang berkekalan ke akhir hayat...Aminn.

Walaupun tarikh tamat giveaway ni hanya ada 2 3 hari lagi iaitu pada 31/05 tepat jam 11.59pm tapi apa salah mencuba...untung sabut timbul untung batu tenggelam..entah betul ke tidak perumpamaan ini..

Nak join masih ada masa lagi...tapi jangan lebih dari tarikh kat atas ni ya...harap maklum....

Note: blogging sambil tunggu cik suami basuh kereta....

Dear Haffiz : Thousand Followers Bloglist!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.....


{klik sini}

Sebenarnya tuan blog ini senaraikan 5 kategori Bloglist 1000 follower untuk dipilih, jadi saya 'cok' kategori: -
~ ~ ~ ~ 2. Blog Wanita Pilihan ~ ~ ~ ~

Kalau tersenarai dalam bloglist cik Haffiz ni dapat backlinks untuk tingkatkan traffic kita.

Apalagi jom laaa..

Kunci WMU hilang di Pusat Servis

3 hari lepas kereta WMU ku rosak dan dikhuatiri bermasalah dibahagian gearbox. Senang cerita setelah siap WMU di periksa selama 2 hari kat pusat servis...WMU pun elok digunakan tapi satu masalah lagi timbul kunci WMU tu hilang di sana...tertanya-tanya adakah betul-betul hilang atau ada orang yang curi...pening-pening. Sebenarnya kunci WMU tu aku pegang satu dan cik suami ku satu.



[waja.jpg]
Untuk keselamatan cik suami ku pergi kedai untuk menukar kunci stereng lock. Ialah mana tahu ada macam-macam manusia jahat kat bumi ni....

Itu saje aku  nak cerita....untuk meluahkan ketidakpuasan hati ini...dan aku redha sahaja apa yang berlaku. Semoga WMU ku tidak lagi meragam macam-macam.

Thursday, May 26, 2011

Bla..bla..bla...apa apa aje

Assalamualaikum.....

Pagi ni aku bertolak awal ke tempat kerja...awal ke....awal lah kot sebabnya kalau kat ofis aku orang pertama sampai..orang pertama bagi salam kat ofis aku..orang pertama yang buka lampu ofis...haa cukup laah tu

Nak ceritanya dalam perjalanan ke ofis tadi dalam kereta aku buka siaran radio kegemaran ku..radio IKIM fm. Segmen pagi..terdengar ustaz bercerita tentang bacaan 'Surah Yaasin'...Katanya Surah Yaasin mengandungi banyak sangat panduan dan pembelajaran tentang astronomi, tentang tulang manusia, tentang atom dan macam-macam lagi.

Tapi itulah kita orang baca Yaasin setiap hari khamis malam Jumaat kita pun ikut baca...tapi maknanya kita pun tak tahu...follow jee tau...Sekarang aku cuba baca Surah Yaasin ni seboleh-bolehnya satu kali sehari...harap aku dapat buat secara berterusan...khasiatnya hanya orang yang membacanya yang tahu..Nak cuba jom lahh kita baca Surah Yaasin.

Entahlah aku tiada idea lagi nak letak kat sini...Wassalam..

Tuesday, May 24, 2011

Kanak-kanak 10 Tahun Nyaris Dirogol

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.

“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya

Berita selanjutnya di Harian Metro. Dari petikan myMetro.

Sunday, May 22, 2011

Segmen Bloglist AbgTeror ~~~Tanah Tumpah Darahku

Alhamdulillah..

Pagi ni nak join Segmen Bloglist AbgTeror lah...haaa kena jawap soalan...oooo i see...sib baik soalan macam statement saje..
it easy..semua orang boleh join kalau dengan soalan ini...


SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?
------- Hospital Kota Bharu ------

2. Dimana anda dibesarkan?
------ Pasir Puteh, Kelantan ------

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
------ Kelantan ------

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
----- Ianya tempat tumpah darah ku ------

7 Mangsa Dikebumi Satu Liang Lahad

~~~ AL-FATIHAH ~~~

orang ramai memenuhi Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat tempat tujuh jenazah mangsa tanah runtuh disembahyangkan semalam.



hulu langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.
Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.
Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.
Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14. Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.
Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Saturday, May 21, 2011

Tragedi Ketika Latihan Nasyid


Foto dari SINI


HULU LANGAT - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala tiga lagi dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa blok dewan makan di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di sini petang semalam.
Sehingga pukul 11 malam tadi, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan sembilan mangsa yang terselamat termasuk seorang warden asrama berusia 22 tahun.
Kesemua yang terselamat dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, seramai 49 penghuni yang kesemuanya lelaki bersama lima penjaga berada di dalam bangunan tersebut dan sedang mengadakan latihan nasyid serta menghias dewan makan untuk majlis sumbangan derma bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang.
Al-Fatihah kepada yang meninggal.

LEBIH LANJUT TEKAN SINI OK.

"Saya Sertai Bloglist Haris Kaito"


Sesape mau join SIUT LAJU KLIK SINI

Walaupun bulan Jun tak sampai lagi tapi Haris Kaito ni buat advanced dulu.

Syarat-syaratnya tak susahpun macam biasa kena menjadi follower kepada Haris Kaito dan tag kawan-kawan kita sekurang-kurangnya 2 orang tak silap..Kalau nak confirm lagi KLIK SINI.

Semua dijemput join ya tak terkecuali sapa-sapa. Kali ini SL nak tag hamba Allah  ini...Suha dan Suhaiza.

Apa lagi ayuh kita berkayuh dan kayuh sampai negara China...amboi jauhnya kayuh...sampai tak tu....

Friday, May 20, 2011

Review Follower ke-200

Alhamdulillah 
Target 200 Follower dah sampai...jom buat party...amboi suka laa tu...(Alhamdulillah).

Kita tengok siapa yang cantik dan betuah tu.....nanti SL ambil teropong dulu ya...




SUHA yang SL tahu suka sangat binatang. Tetapi bukan sebarangan binatang yang ia suka...'Katak' lebih-lebih lagi yang bertitle 'Princess Katak'. Orangnya pandai berceloteh dan kalau ia sudah berceloteh panjang tak ingat hehe...Menyertai contest, GA memang minatnya....nanti apa-apa GA bagi padanya aje. Nak tahu lebih lanjut boleh lah kunjung  di SINI.

Harap-harap suhasimplelife dah dapat senyum....sebab apa? Ialah N3 ni tentang dia sahaja... hohooo

Enjoy di hari minggu.

  

Thursday, May 19, 2011

Baru ku tahu~~~~~

Sedih sungguh sedih (tapi tak kuar air mata pun)...tak dapat pergi kerja hari ini. Angkara siapa...angkara kereta rosak...sebab apa rosak, kemungkinan kena ganti minyak gear box. Itulah yang aku tahu dari cakap2 dr cik suamiku semalam dengan kawannya aka jiran kami yang paling rapat kat sini(puchong).

Sebagai perempuan aku kurang tahu sangat tentang penjagaan kereta ini..tahu pandu sahaja. Waima bayar bulan-bulan pun bukan aku hehe...Disebabkan aku tak dapat p kerja hari ni so aku cuba search laa..mana-mana input tentang penjagaan kereta berkaitan dengan 'gear box' ini. Jadi aku nak syer laa pengetahuan aku ni dengan mana-mana blogger yang sudi tahu jugak tentang penjagaan kereta ni..sebab aku rasa pemilik kereta mana-manapun kena tahu...


pinjam kereta Alfa Romeo jap dari sini


Petikan copy dari SINI

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. 


Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.

Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).

Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gearbox yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.Setiap kali kita menukar clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clutch plate.


Nak baca banyak lagi sila KLIK SINI. Banyak lagi info yang perlu diketahui oleh pemilik kereta sebenarnya..jangan tahu pandu sahaja macam saya...

JOM JOIN CONTEST BLOGLIST NIZAM IJAM



Assalamualaikum...




Terima kasih pada miss nadya kerana tag SL untuk join blog Nizam Ijam ini. 

Contest bloglist Nizam Ijam dibuat katanya untuk mempromosikan blognya supaya lebih dikenali semua dan dapat membantu rakan-rakan blogger semua...baguslah cam tu Nizam Ijam.
Nizam Ijam mahu juga blogger2 lain membantu beliau memberi komen seikhlas mungkin tentang blognya..Wah camane ni...SL sendiri pun tak pandai nak menilai blog orang ni...tak pe lah....
SL komen setakat SL tahu aje ya...
Ummmn..sekali pandang blog Nizam ni boleh tahan jugak tapi kalau boleh kemaskan cara susun atur setiap widget dan mungkin saudara Nizam ni suka warna biru dan putih...maka sebab itu dia mengekalkan warna itu diblognya..Kalau saudara Nizam memilih warna latar dan tulisan yang sesuai rasanya lagi menyerlah...Itu aje SL boleh bagi komentar..lebih2 SL pun tak pandai sangat.

SL pula akan tag nama-nama ni..>>>>>MamaYatiezaidahamnybellekulin

Tarikh tutup belum dimaklum kan lagi oleh tuan blog. Jadi apalagi jom ramai2 kita sertai Blog Nizam Ijam

Tuesday, May 17, 2011

Menangis Mendengar Azan


Seorang Wartawan BBC menangis apabila mendengar azan di Jeddah
Mungkin Allah memberinya tauhid untuk memeluk Islam...

KLIK SINI UNTUK MENONTONNYA.

1st Blog Anniversary Contest!!

Assalamualaikum semua



Happy Anniversary untuk Blog Oyatyaza yang pertama. Tarikh istimewa ini jatuh pada 18th June 2011. Semoga Blog Oyatyaza menjadi salah satu blog yang dikenali blogger-blogger  semua. Aminnn.

Sesiapa sahaja boleh join tetapi.....tetapi untuk kaum Perempuan sahaja tau...Blogger lelaki tak boleh  termasuk Maknyah pun 'yeeellekk'.

Saya suka tag...kawan-kawan baru SY iaitu...nadiaAni dan qaseh.

Enjoy diri anda untuk meraikan bersama Anniversary untuk Blog Oyatyaza ya..

Monday, May 16, 2011

Adyshariz Lucky Draw



Assalamualaikum semua.....

Kali ini SL join blog http://ady-shariz.blogspot.com/ dan AdyShariz Giveaway.

Untuk Azry Hariz yang akan menyambut  kelahiran yang ke-2 semoga menjadi anak yang baik, dikurniakan tubuh yang sihat, cergas juga mendengar kata Ibu ya....

Lebih lanjut untuk mengetahui cara nak join boleh TEKAN PUNAT SINI.

Semua boleh join Lucky Draw ini.....dan SL nak tag nama-nama ini....starring bleach dan Natasha.

Random Giveaway Dari Fad Ali

Tarikh tutup penyertaan ?????
Belum diistiharkan lagi oleh tuan rumah 



Kenapa SL mahu join GA Fad Ali.....?

1) Mestilah nak hadiah...tak kisah lah hadiah itu mahal atau tidak...janji dapat hadiah hehe..
2) Mahu manambah kenalan lagi dalam dunia blogger ini...termasuk kenal dengan FAD ALI.
3) Mahu test diri ini ada luck atau tidak....biasanya tiada....tapi kali ini harap2 ada rezeki ya...


Pemenang utama random GIVEAWAY ni akan dapat:

1stHADIAH MISTERI DARI FAD ALI
2stSEKOTAK CHOCOLATE DARI FERERRO ROCHE
10 yang terpilih : SELENDANG UTK GADIS BLOGER.UTK BLOGER LAKI ADA HADIAH SAMPINGAN.


Sesiapa sahaja boleh join GA ini dan boleh klik kat TUAN RUMAH GIVEAWAY YA.

Thursday, May 12, 2011

Janda Datuk K Kahwini Rayyan


Rayyan menyarungkan cincin nikah di jari Tengku Zawyah selepas mereka selamat diijabkabulkan di Kuala Lumpur semalam. Foto dari ~~~sini



KUALA LUMPUR – Setelah enam tahun bergelar ibu tunggal, bekas isteri Datuk Khalid Mohd. Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K akhirnya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di sini semalam.
Tengku Zawyah Tengku Izham, 48, memilih untuk menjadi isteri kepada Datuk Rayyan Joseph King dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Royal Chulan.
Tengku Zawyah dan Datuk Rayyan dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada pukul 11.06 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM501.
Menurut Tengku Zawyah, dia mula mengenali suaminya melalui seorang kawan lebih kurang setahun setengah yang lalu sebelum rapat beberapa bulan selepas itu.
“Saya tertarik kepadanya apabila melihat dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, sangat merendah diri dan kacak malah, suami saya ini juga pandai berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat dan saya bersyukur kerana perkahwinan ini mendapat restu anak-anak,” ujarnya di sini semalam.
Selanjutnya boleh ikuti di kosmo.

Wednesday, May 11, 2011

Salleh Yaakob akan Kahwin Lagi


foto dari sini.

EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
Wajah  bakal isteri yg ke - 4
foto dari sini~~~tq.


BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
Salleh Yaakob dengan isteri-isterinya yang sporting

Iya ke.....biar betul Salleh Yaakob (SY/ Abang Jem) yang dikenali di Konti Radio Sinar FM.

Salleh Yaakob menyatakan akan berkahwin seorang lagi untuk mencukupkan kuota isterinya yang ke-4. SY bakal berkahwin dengan seorang gadis berusia 24 tahun  yang menuntut di UiTM Shah Alam.

Hebat betul 'Abang Jem' ni....

Bieber Muntah Di Belakang Pentas


Gambar Justin Bieber yang sedang membuat persembahan di Manila kelmarin.
gambar dari sini.


MANILA - Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber yang menjayakan jelajah My World di Asia tetap meneruskan konsert di Manila Selasa lalu walaupun dalam keadaan tidak sihat dan mengalami jangkitan dada, lapor sebuah akhbar semalam.
Selebriti berusia 17 tahun itu menjelaskan dalam laman Twitter sebelum menaiki pentas: "Sakit teruk, tetapi persembahan tetap diteruskan."
Penyanyi yang dikenali dengan lagu Baby itu difahamkan enggan menangguhkan konsertnya namun dia dilihat muntah beberapa kali di belakang pentas semasa pertengahan persembahan.
Bieber bagaimanapun mengaku cukup berpuas hati kerana dapat menamatkan konsert tersebut walaupun dalam keadaan kurang sihat.
Dia menerusi kenyataan di Twitter selepas persembahannya menyatakan: "Konsert tadi sungguh hebat, namun ia agak sukar kerana saya berasa tidak sihat. Sekarang waktu untuk berehat." Agensi

Siapa Nak Join Bloglist Falihinjasmy.Blogspot.Com, Sila Angkat Tangan Macam Saya~~~



Sila angkat tangan sape-sape yang berminat dengan usop wilca...
tak kenal lelaki ni.....hishis...
inilah lelaki terhangat sekarang ni...
ni nak kabor sape-sape berminat untuk join sila laa 

Suka nak tag diaorang la....

fuhhhh beressss.

Tuesday, May 10, 2011

Anak trauma lihat bapa mati


Tempat lokasi kejadian (foto dari SINI)


BESUT – Dua beradik mungkin mengalami trauma seumur hidup selepas menyaksikan bagaimana bapa yang disayangi menemui ajal dalam keadaan tragis apabila dihempap sebuah lori membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Batu 13, Hulu Besut dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu berlaku di hadapan mata Mohd. Ikmal Hakim Zuraimi, 7, dan adiknya, Amirul Hamdi, 5, yang ketika itu mengikut bapa mereka, Zuraimi Jusoh, 40, menaiki lori tersebut untuk menghantar bekalan kayu ke sebuah kilang yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas lori yang dipandu Zuraimi gagal mendaki jalan berbukit. Lebih malang apabila brek kenderaan itu rosak menyebabkan ia gagal dikawal dan lori itu menuruni bukit dengan laju secara mengundur.
Cerita selanjutnya dalam kosmo.

Monday, May 9, 2011

Gula naik harga lagi....

Gula...gula ..gula...dalam setahun entah berapa kali naik daaaaaa....

Ini bermakna kueh-mueh pun mungkin akan naik juga harganya....tak dapat nak imagine laa kalau kueh nanti 2 ketul semuanya RM1.00...sebab biasanya kueh kalau sebelum ini kita dapat 3 ketul kurang-kurangpun dalam RM1.00 sahaja.


gambar dari mr. google

TERKINI.......................Harga Gula Naik 20 sen....Sekilo RM 2.30

Jadi elakkan makan terlalu banyak gula dan benda- benda manis. Kurangkan gula dalam pengambilan sehari-harian anda....ingatkan diri sendiri ni......

Mummy Syafie Give Away


Sesiapa yang suka3 Giveaway ni boleh tekan ni slow2..mummysyafie

Penyertaan terbuka pada sesiapa yang tengah baca sekarang....kamulahhhh tu.

Nak tag juga lah...mysimpleworld, Linda, Shekin

Segala syarat-syarat dan peraturan kena baca kat sini juga.

Tarikh tutup : 16 May 2011

Sunday, May 8, 2011

Contest Blog Saya Smart

Siapa mau penuh poket ...mari ramai-ramai join this contest...
Senang sahaja syarat-syaratnya..jadi tak jadi masalah untuk menyertainya.



Tempat pertama akan menang RM 150




Tempat kedua lakk RM 100




Sila klik sini untuk menyertainya....BLOG QISTINA



Syarat penyertaan contest ini mudah sahaja..


1. Wajib follow blog QISTINA




2. Terbuka kepada semua warga Malaysia...




3. Buat satu N3 mengenai contest ini dan tag kepada 4 orang..




4. Last sekali...tinggalkan link anda dekat komen box bawah N3 ini.




Saya tag : -



fuuhhh dah siap......


Mummy Merah 3rd Anniversary GiveAway

*mummy buat GA sebab meraikan 3rd anniversary mummy n sempena arijadi mummy yang ke 28 tahun pada 29.04.2011



Nak join mai cepat2 tekan SINI.

Ada 6 syarat yang ditetapkan dalam Giveaway ni...tapi jangan bimbang, jangan worried...syarat2 biasa aje semua boleh buat...

1. Tepek banner giveaway kat atas tu dalam entry dan link kan ke blog Mummy.

2. Follow blog diaorang ni..tengok sini tau ...

3. Tepek banner kat sidebar anda : Dah buat pun...tu kat atas tu...

4. Tag member : Saya tag MamaYatie dan kalau sape2 yang berminat boleh join jugak...biar meriah gitu.

5. Hantar Link Penyertaan : Haaa sat lagi saya hantarkan selepas siap N3 ni ya...sabarq.

6. Ucapan ringkas untuk Mummy Merah
"Ikhlas  untuk  Mummy Merah & Papa semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik anda, layarilah bahtera kehidupan ini walaupun susah senang...sama-sama harungi dengan  kemanisan hidup berpasangan. Tak lupa semoga Mummy Merah dan pasangan supaya sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya. Aminn".




Saturday, May 7, 2011

Ajal gadis sunti

MERSING: Akibat tidak mempedulikan nasihat ibu angkat yang melarangnya menunggang motosikal keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut selepas terbabit dalam nahas berhampiran persimpangan masuk ke Felda Tenggaroh 2, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.45 petang, motosikal ditunggang Nor Hafawati Radzuan, 13, terbabas sebelum melanggar sebuah kenderaan empat roda dari arah bertentangan iaitu menghala ke Felda Tenggaroh.

Kejadian mengakibatkan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggaroh A yang dalam perjalanan ke rumah sepupunya di Felda Tenggaroh 2 itu tercampak dari motosikal menyebabkannya parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu angkat mangsa, Khasida Junid, 46, berkata sebelum itu dia dan suaminya ke Kota Tinggi pada hari kejadian, mereka melarang Nor Hafawati menggunakan motosikal itu kerana bimbangkan keselamatannya.

Kisah selanjutnya di metro hari ini.

Nota: Anak-anak perlu mendengar cakap orang tua. Balasan sesiapa yang mengingkari orang tua, Allah swt. akan beri on the spot atau lambat laun kena juga.

"Al-Quran, kain ela tidak hangus"


RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya
 yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.
gambar dari kosmo

Subhanallah..Kisah 3 anak yang kehilangan ibunya dalam kejadian kebakaran yang disiarkan dalam N3 lepas Jeritan Sayu Ibu Sebelum Rentung. Mari kita ikuti kisah selanjutnya.


KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.
Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.
Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.
Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.
"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.
Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.
Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

"Hantaran isteri kelima RM15,000/-"


gambar dari kosmo


LONDON - Isteri kelima Osama bin Laden, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa dia rela berkahwin dengan Ketua Al-Qaeda tersebut selepas diberikan hadiah perkahwinan berupa pakaian dan barang kemas yang bernilai AS$5,000 (RM15,000), lapor sebuah akhbar semalam.
Isteri pertama Osama, Saada dilaporkan marah kerana Amal sanggup berkahwin dengan Osama dan hidup sebagai pelarian bersama ketua Al-Qaeda itu di Afghanistan.
Wanita itu dipercayai tidak dapat menerima kenyataan bahawa Amal sanggup meninggalkan kehidupan seperti orang biasa di Yemen.
Namun, perkahwinan tersebut yang berlangsung semasa Amal berusia 17 tahun, mendapat restu keluarganya yang merupakan kakitangan kerajaan Yemen. Malah, mereka berbangga menerima Osama sebagai menantu walaupun mengetahui dia ialah orang paling dikehendaki di dunia.
Amal yang kini berusia 27 tahun, membuat pendedahan tersebut dalam satu wawancara dengan majalah Arab Saudi, el-Majalla di Yemen pada tahun 2002.
Menurut Amal, perkahwinan mereka berlangsung selepas Osama menghantar orang kepercayaannya, Abu Al Fida ke Yemen untuk mencari seorang isteri baharu buatnya.
Osama ketika itu mahukan seorang calon isteri yang alim, murah hati, mendapat pendidikan yang baik, pendiam, tenang dan cukup muda supaya dia tidak mudah cemburu terhadap isteri-isterinya yang lain.

Ikuti berita selanjutnya dalam kosmo hari ini.

Friday, May 6, 2011

Jeritan Sayu Ibu Sebelum Rentung

Allahuakbar...kepadaMu kami berlindung Ya Allah....

Sayu...kelu...tergamam....begitulah keadaan 3 anak yang kehilangan ibunya semalam yang terperangkap dalam kebakaran rumah mereka semalam.


KUALA KRAI - Sambutan Hari Ibu pada Ahad ini tidak bermakna buat tiga beradik apabila ibu yang disayangi rentung selepas rumah teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai di sini terbakar semalam.
Kejadian menyayat hati pukul 1.30 petang itu menyebabkan seorang jururawat, Rafidah Ismail, 36, menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditemui rentung dekat pintu utama rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri sebaik dapat mengeluarkan tiga anaknya melalui tingkap.
Tiga anaknya yang terselamat ialah Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal, 2. Mereka dapat dikeluarkan selepas Rafidah bertindak nekad memecahkan cermin sebelum membengkokkan besi tingkap lalu menyerahkan kanak-kanak itu kepada jiran yang datang membantu.
Difahamkan, ketika kejadian, empat beranak itu berada di ruang tamu. Mereka panik apabila api besar tiba-tiba menyambar dari arah dapur menyebabkan Rafidah gagal mencari kunci pintu jeriji.
Rafidah kemudian menjerit meminta tolong dalam keadaan api marak dan asap tebal sebelum jeritannya didengari oleh jiran.
Cerita sedih ini anda boleh baca di kosmo. Semoga Allah mencucuri roh arwah Puan Rafidah..semoga anak-anaknya tabah dengan dugaan ini..