TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Saturday, July 30, 2011

TIPS atasi kekurangan air dalam bulan Ramadan

Assalamualaikum Semua...Selamat berhujung minggu dan selamat membeli belah bagi mereka yg belum membuat penyediaan untuk bulan puasa yg akan bermula esok..insyaallah...

Mari kita ikuti tips ini yang mana dalam bulan puasa memang bibir kita kering dan ada juga yang mengelupas.....

1) Masalah kurang tidur, ketika berpuasa ramai yang akan menghadapi masalah kekurangan air dalam badan.  Ini akan menyebabkan kulit kekeringan sekali gus nampak kusam. Lihat beberapa faktor penyebab masalah tersebut dan kaedah terbaik dalam menghindari kuit kering sepanjang tempoh berpuasa ini.

2) Menjilat bibir bukanlah cara untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sebaliknya ia menyebabkan bibir semakin kering. Justeru, biasakan memakai pelembab bibir setiap tiga jam sekali termasuk sebelum tidur. Cara lain adalah dengan menyapu minyak zaitun.

3) Pastikan anda sentiasa membawa bersama pelembab ke mana sahaja anda pergi terutama ketika mengadakan aktiviti luar. Sinaran matahari yang terik ditambah dengan cairan tubuh yang kurang antara penyebab kulit tubuh kering. Sebagai tambahan, pilihlah pelembab yang mengandungi pelindung sinaran matahari atau SPF 15.

4) Hindari menggaru kulit yang kering kerana ia boleh menimbulkan masalah jangkitan pada kulit selain mengelakkan daripada kulit bersisik.

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN"

Renungan utk hari ini : Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Friday, July 29, 2011

Mohd Ashraf Hafiz Meninggal Dunia

Assalamualaikum semua....

Berita mengejut jualah bg SL...tup tap tup tap orang memperkatakan tentangnya tiba-tiba beliau dipanggil ilahi...Innalilillah..



KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. 

Nak tahu lebih lanjut baca 
di SINI.

"Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak"

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum 


Kesempatan ini Sayur Labu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan....

"Setiap kali menyambut Ramadan umat Islam disaran bangun sahur, rupa-rupanya latihan praktikal untuk kita bangun solat malam. Bezanya adalah sama ada kita meneruskan latihan itu untuk bulan-bulan seterusnya sehingga bertemu Ramadan pada tahun hadapan. Atau sempatkah kita bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan?

'Selamat Menyambut Ramadan dan Semoga Kita Mendapat Menunaikan Ibadah Puasa Dengan Sempurna'

Thursday, July 28, 2011

"Walaupun kalah ku bangga dengan Apek..."

Assalamualaikum dan Selamat Ceria bagi anda yang membaca entry ini..

Sungguh tak ku duga, pedihnya menerima kenyataan ini...harimau malaya kalah agregate 6-4 kepada sang harimau...tapi ku bangga dengan pencapaian anak-anak Raja Gopal yang bermain sedaya upaya untuk menghabiskan 60 minit semalam.


gambar dr pakcik google


Apapun tahniah untuk Apek penjaga gol harimau malaya yg dapat menepis beberapa gol cubaan dari Singapura dan tahniah juga utk Safee Sali yang berjaya menjaringkan satu-satunya gol. Jadi untuk memujuk hati ini SL menerima kekalahan semalam dengan semangat kesukanan. Insyaallah Harimau Malaya akan bertambah mutu permainan di masa depan dan dapat menambah lebih ramai pemain-pemain pertahanan lagi.

Caayuk Malaysia....dengan sokongan 85 ribu penyokong di stadium menampakkan harapan rakyat Malaysia semakin tinggi untuk sukan bola sepak negara.

Tuesday, July 26, 2011

Tarikh melihat anak bulan Ramadhan Ahad ini

Bismillahirrahmanirrahim....


KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Berita lanjutnya di KOSMO.

Monday, July 25, 2011

Fedtri 'orang TV' sebagai Imam dan Khalifah

Assalamualaikum semua dan Selamat Pagi,

Semalam SL seperti biasa kalau mahu mengisi minyak kereta, SL tak lupa jenguk2 tempat bahagian buku yg dijual manatahu ada buku atau majalah baru. Jadi SL tertarik satu buku namanya majalah 'anis'. Anda pernah baca ke...Kalau kira setakat hari ni SL baru beli yg ke-2 kali untuk majalah 'anis'. Muka depan majalah 'anis' adalah gambar Fedtri dan isterinya Anati.

Ahmad Fedtri yahya kahwin
Dari yanmie. tq.

Antara isi kandungan dlm majalah 'anis' antaranya kisah Fedtri dan isterinya.

"Fedtri  mengimpikan untuk memiliki wanita yang mempunyai latar belakang agama yg baik kerana beliau percaya itulah saham yang akan dibawa ke akhirat kelak. Beliau juga mengimpikan untuk memiliki wanita yang menyenangkan dan ternyata Anati mempunyai ciri2 itu. Selepas enam bulan berkenalan, Anati terus disuntingnya. Ketika merisik, Fedtri terkejut kerana rombongannya disambut dengan bacaan al-Quran berserta tafsirannya oleh dua orang adik lelaki Anati.

"Pukul tiga pagi sebelum majlis berlangsung, hujan lebat berserta ribut berlaku sehingga meranapkan pelamin. Habis semua basah. Saya rasa tidak sedap hati. Saya mengambil pendekatan dengan melakukan solat Hajat, manakala Anati pula membaca al-Quran. Kami semua bergotong-royong membaik pulih pelamin dan kelengkapan yang lain," jelas Fedtri.

Lebih lanjut jom baca Majalah 'anis' bil. 168.

Sunday, July 24, 2011

Kahwin bukan setakat baju pengantin & pelamin glamour

Assalamualaikum semua, salam ceria salam hebat untuk hari ini boleh?....

Memang pelik bin ajaib, ramai pasangan sekarang cenderung membuat persiapan perkahwinan berbulan malah bertahun lamanya untuk baju pengantin, bunga telur, pelamin, solekan dan khidmat jurugambar glaour. Tetapi terpaksa menghadiri kursus perkahwinan selama dua hari itu pun ramai yang merungut-rungut.

       
Ini gambar hiasan sahaja

Persiapan menghadapi erti hakiki perkahwinan pun dibuat sambil lewa. Malah ada ramai yg langsung tak membuat apa-apa persiapan rohani dan jasmani. Yang lebihnya persiapan material semata-mata.

Yang utama hendak diperbetulkan ialah niat berkahwin adalah kerana mencari redha Allah. Kaedah mesti betul, tidak boleh sewenang-wenang menghalalkan cara.

Jadi renung-renungkan untuk pagi ini..

'Taksub' TAHAJUD CINTA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Orang kata tak kenal maka tak cinta, begitu juga kalau dah tengok cerita ni pasti melarat-larat nak tengok lagi nak tahu perkembangan isi ceritanya. Tapi itulah dunia, ada orang suka dan ada yang sebaliknya. Seperti kata salah seorang pelakon Tahajud Cinta ini berilah peluang untuk diri sendiri tengok dulu baru lah boleh komen panjang-panjang.

Anda nak tengok boleh lah tekan chanel TV3 slot Zehra pada setiap Jumaat pukul 9 malam. Baru bermula 3 episod, angin panas menerpa naskhah sentuhan sutradara Erma Fatima yang sememangnya sarat dengan kontroversi.

drama tahajjud cinta slot zehra
Arahan Sutradara Erma Fatima


Fouziah Gous,29 turut berlakon sama

Antara pelakon utama drama Tahajud Cinta ini ialah Melissa Saila, Dira Abu Bakar, Fouziah Gous, Ziela Jalil, Erma Fatima dan Eman Manan.

Selamat menonton dan jangan tak tonton.

Note: Tolong-menolong kat SINI YA.

Saturday, July 23, 2011

MYVI jadi carian tertinggi di Google

Salam hari minggu semua...

Kereta Myvi baharu edisi 2010 yang dilancarkan pada 16 Jun lalu menduduki tempat teratas dlm carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan lalu. Kereta kompak yg cukup popular di pasaran negara itu mencuri tumpuan bagi pelayar internet. Tempat kedua carian paling kerap ialah filem Super 8.


pinjam dr pakcik google


Antara 10 carian tertinggi dlm Google Malaysia ialah: -


1. Myvi 2011 Baru
2. Super 8
3. Karak
4. Akademi Fantasia 9/Hazama
5. Groupon
6. Les Paul
7. Prema Yin
8. Gerhana bulan
9. Israk Mikraj
10. Stanza Cinta/Aaron Aziz

Bulan Julai pula apa ya?....

Anak Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halena

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua....


"Cutenya baby" Sophea Isabella

Nak tengok baby Sophea dan dengan lebih lanjut jom kita jalan2 kat SINI.






note: jom masak, dah tengahari ni....

'salah masak' tapi still muaaah'

Bismillahhirrahmanirrahim.....

Semoga hari ini menjanjikan hari yang hebat, hari yang membahagiakan untuk anda di luar sana.

Pada entry yang lepas KISAH INI SL ada menceritakan yang en. suami SL gila meroyan..eh silap gila memancing. Dalam 2 minggu memancing baru semalam ia dapat ikan Siakap yang boleh kata besar jugak lahh macam dlm gambar ni..


ikan siakap dr pakcik google

Itulah SL tak berapa tahu sangat jenis ikan ni..kebetulan suami SL pergi kerja tapi sebelum itu ia telah membuang isi perut dan apa yg patut cuma tunggu SL masak aje. SL ni ingatkan ikan tu ikan patin sebab anak2 pun cakap ikan tu ikan patin..apa lagi SL search lah dlm internet ni cara masak ikan patin, apa lagi setelah siap masak rasanya marvelous jugak walaupun salah ikan hehee...


masak tumis dr pakcik google jgk.

SL buatpun separuh dari ikan tu sebab besar sangat nak buat sekaligus, ada separuh lagi utk SL menebus kesalahan masak tu. Kali ini kena masak kukus atas buat tumis 3 rasa. Itulah kalau dah pandai makan je tapi jenis ikan tak tahu ini masalahnya, jadi salah masak jawapnya.

Teman2 semua camane pulak, ada tak sebelum ni tersalah masak atas tersalah buat macam SL ni tapi rasanya ok gak....hehe...

Harimau Malaya vs Singapura

Assalamualaikum semua,

Baru menonton bola Malaysia lawan Singapura, kesudahan Singapura memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri dengan 5-3. Ingatkan boleh bangkit tadi masa Malaysia 3-4 Singapura, tapi pihak sana lebih hebat bermain di padang.

Harapnya nanti apabila bermain di Bukit Jalil, Malaysia boleh menang dengan banyak gol lagi daripada Singapura. 'Malaysia Boleh'....

Berjumpa di Bukit Jalil nanti ya Singa..

Thursday, July 21, 2011

mai mai sini tengok Noh Hujan dan Mizz Nina

Assalamualaikum dan apa khabar ya? Kalau yg tak sihat tu jom tengok gambar Noh Hujan dan isterinya Mizz Nina, mesti boleh sihat semula, tapi ini gambar diambil masa pra-wedding mereka.


.....




Gambar dr Aida Adlini...TQ  ya

Romantikkan mereka berdua...tak puas tengok. Apa pun selamat pengantin baru utk  anda berdua. Semoga perkahwinan ini melengkapkan kehidupan Nina dan Noh sendiri.

Wednesday, July 20, 2011

Giveaway Tiny Pillow

Bismillahhirrahmanirrahim....

SL mulakan dengan Giveway dari Ardinihumaira.


SL suka dengan tiny pillow felt craft kerana pillow ni so cute dipandang dgn design yang cantik dan kemas. Pemilihan warna yg combination menampakkan tiny pillow ini begitu berkualiti dan elegan. Over sangat ke puji ni....takdelah...ia memang terbit dr hati SL.

Ok sape2 yang berminat untuk menyertai giveaway ini silalah TEKAN SINI LAJU-LAJU TAU sebab penyertaan ini akan berakhir pada 23/07.2011. Hadiah akan dibuat secara cabutan bertuah...kalau ada tuah tak kemana rezeki tu..

Note: "Moganya hari ni menjadi hari yg bertuah untuk ku dan anda semua..".

Tuesday, July 19, 2011

"Keranamu mu ku sanggup buat apa saje......"

Assalamualaikum dan Salam Tengahari....

Tadi ingatkan nak buat n3 awal2 pagi sebelum pergi hospital. Tapi masa tak mengizinkan. Nak tahu SL buat n3 ni kat mane?...biar tak nak tahu pun SL nak bagitau jugak, di "Cafe Internet". Haik kenapa lak cam tu...Tadi SL pergi laa kat Mac Donalds, ingat mau buat n3 satu kat sana tapi lappy pulak buat hal..tak nyala, lampu kat lappy pun tak de yg function...."apa pasal ni"..terkejut pulak SL, ialah bersemangat utk buat n3 tiba2 jadi cam tu pulak....

Ini kejap lagi SL nak ajak anak (huda), diaorang baru balik dr sekolah untuk pergi sama2 kat Tesco Puchong, untuk chek lappy tu..Jangan laa buat hal macam2..risau jugak nanti tak boleh nak blogging lagi..huaaa...sodih den.

Oh ya, pagi2 lagi SL pergi check-up batang hidung ni....ialah selepas buat pembedahan hari tu baru hari ni mau pergi check-up, sudah doktor tengok2 dan chek yg mana patut, doktor bagi lagi cuti...waaa kenapa bagi cuti lagi, dah laa cuti/mc dah banyak bagi sebelum ni, nanti bos pecat dr kerja baru tau, ni nak bagi lagi sampai hari jumaat ni...(SL ni suka kerja, sebab tu entah rasa gembira atau sedih dpt mc...(dah dpt mc ni  boleh lg la duk lengang2 lagi kat rumah).

Ok lah...SL nak blogwalking sekejap, nak jenguh kawan2 yg dtg bertandang sebelum ni...

Selamat makan tengahari dan salam sayang semua....

"Suamiku sudah jarang ada kat rumah...."

Assalamualaikum dan Salam Malam Rabu,

Tika ini hanya SL dan 3 anak ada di rumah, cik suami dan 2 anak lagi pegi mancing ikan vs udang. Cik suami ni baru lagi dapat hobi mancing, seingat SL cik suami telah membeli alat pertama masa SL masuk wad hari isnin yang lepas....tengok gambar la ya..sbb SL tak tahu namanya.





gambar dari en.google..tq

Dalam minggu ini sahaja boleh kata tiap-tiap hari en. suami keluar memancing, ada dengan kawan2  ofis maupun dengan ditemani anak2. SL ada tanya sudah berapa ekor ikan sudah dapat katanya 2 ekor.....hahaaa mcm sudah banyak yg dpt dipancingnya...

Apapun harap cik suami tidak mengabaikan isteri dan anak2..hehee.....cayang bucuk2. Tika saat SL menulis ni cik suami baru balik dgn 2 anak dgn jam menunjukkan pukul 12.15am, hasilnya zero, yg penting kepuasan memancing tu kot. Apa2 ajelah....

Monday, July 18, 2011

"Facebook" selepas kita mati apa yang terjadi

Uwaaa....sob sob (nangis tapi tak kuar air matapun), kenapa isi yg SL tulis tadi boleh hilang. Hanya tajuknya  sahaja ada.

Siapa yang boikot blog Sayur Labu ni....apapun isi sebenar intipati berkenaan tajuk di atas boleh ikuti di TAPAK RUMAH INI. Semoga boleh jadi ikhtibar pada mereka2 yang ada akaun 'mukabuku'.

Salam sayang semua....pastikan anda semua hebat hari ni.

Pengawal vs Pencegah Maksiat di Tasik Masjid As-Salam

Assalamualaikum dan Sayang Semua...

Petang tadi...eh bukan petang dah, malam dlm pukul 7.50 SL hantar anak sulung (Huda) tuisyen. Sementara menunggu habis tuisyen kami (SL dgn anak2) singgah di tasik Masjid As-Salam Puchong Perdana, kalau belum pernah tengok masjid tu....ini SL ada pinjam sekejap gambar dengan pakcik google ni....





Masjid As-Salam Puchong Perdana

Huda (anak SL) habis tuisyen pukul 9.30mlm, sambil melayan anak2 main taman, yang 2 anak lelaki SL bawa pancing (mengail di tasik itu), jadi SL kena perhatikan pergerakan ke empat2 anak ini sekali gus. Ialah mana tau dalam kesamaran dalam gelap tu...tak jelas jauh2 nak perhatinya.

Nak dijadikan cerita anak ke-4 SL, Ayu "ibu, tu ayah kimi datang kat kita", SL tengok mmg betul lah ayah kimi iaitu suami kepada penjaga taska anak2 SL ditempatkan. Ayah Kimi ni seorang ahli kariah masjid yang menyelia kat taman tu dari anasir maksiat, mulanya SL tak tahu beliau bertugas di taman itu kerana setiap kali SL ada kat taman itu selalu ternampak kelibatnya, antara tugas beliau mencegah dan menangkap sesiapa yang cuba melakukan maksiat di kawasan tasik tepi Masjid. Ini merupakan salah satu usaha masjid untuk mengelakkan dari anak2 muda melakukan perbuatan yang tidak senonoh di taman.

Dalam setengah jam kemudian cik suami SL datang menemui kami di sana dengan membawa buah tangan (buah-buahan) permintaan dari isterinya..khehkkeeh..(beli dari pasar malam, kat depan Sek Keb. Puchong Indah. Jadi kami menjamu buah-buahan tu bersama ayah Kimi tadi sebelum berangkat pulang.

Itu aje utk kali ini....apa yang baik ambil sebagai panduan dan apa yg buruk sebagai sempadan...Wasssalam.

Sunday, July 17, 2011

"Contest : Saya ada Cash RM1,000/=...!!!

Bismillahhirrahmanirrahim......

SL mau join lah pulak...



TEKAN SINI: fiqracake

Kalau SL ada RM1000.....SL mau Baju kurung + Tudung Cantik. Sebenornya niat hati mau jam tangan, tapi kalau jam tangan nak dipadankan dengan apa pula ya.....(siapalah yg sudi derma jam kat kita ni....)

Nak tag sama teman2 baru SL iaitu masturalala syaheila dan keklapis.
OK sape2 yang sudi join klik kat atas ya....selamat makan tengahari...

Jom Join Bloglist Pilihan Hati

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Teman2 Semua....

Malam tadi singgah rumah teman Bui dan ternampak segmen ini maka SL cok dulu dalam  hati nak buatlah...Jadi pagi ni baru SL buka my lappy and SL pikir buatlah sekejap sementara tu senang pulak segmennya.

Maka pagi ni SL baru boleh buat segmen 'Jom join bloglist pilihan hati' anjuran teman blogger hencem ni. Tapi kata Bui ianya dah diikat....ho hooo tak pe lahh kita pun dah ada hheeeehee.


Nak join laju-laju TEKAN sini tau...sebab hari ni last segmen huhu....
sib baik ada masa lagi SL joinnya. Harap blog Sayur Labu tersenarai dalam bloglist brother hencem ni..

Ok sudah...boleh buat kerja lain dah....

Cerita hari minggu Sayur Labu......

Assalamualaikum dan Salam Sayang ....

Semalam hari Ahad merupakan hari yang sibuk bagi SL dibandingkan dengan hari2 minggu biasa. Belum jam menunjukkan pukul 7 pagi SL sudah turun..turun tangga untuk  menghantar anak yang sulung ke sekolah, ada kegiatan sukan katanya. Selepas itu terus hantar mak, adik dan adik ipar ke stesen bas Shah Alam untuk balik ke kota Bharu, konon2nya SL ni dah terror lah pergi ke stesen bas Seks.17 kerana sebelum ni pun SL pernah hantar saudara  lain ditempat yang sama..... jadi cik suami arah sahaja tugas ini pada SL.

Balik dari menghantar mak. SL join pulak jiran2 rumah (satu blog) tempat SL tinggal ni bergotong royong untuk membersihkan kawasan sekitar blog, best juga sekali sekala bergotong royong sama2 turun padang macam ni, bolehlah mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama jiran. Selesai urusan SL sekali lagi kena ambil anak yang tadi pergi sekolah untuk membawa pulang semula....

Wah wah..rasa penat juga, sedangkan cik suami sedap diulit lena lagi kerana semalam pergi mengail ikan dan balik sudahpun jam 4 pagi bersama anak ke-2 dan ke-3. Mungkin inilah yang dikatakan superb mom.

Itu aje yang SL dpt coretkan kali ini..Insyaallah ada ruang waktu berjumpa lagi ya....wassalam.

Thursday, July 14, 2011

Pagi Jumaat di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sayang Di Angin Lalu..

Syok betul pagi-pagi dah hujan apatah lagi tak payah pergi kerja, SL kan dapat cuti sakit sampai seminggu. Tapi sebelum tu kena buat rutin harian dulu hantar anak sulung dan yang kedua pergi sekolah. Selepas hantar pergi cari kueh dan nasi lemak permintaan dari anak yang bongsu.

Sampai rumah bangunkan suami yang masih lena tidur untuk pergi kerja. Liat betul mahu bangun lebih-lebih lagi dia dengar hujan masih kedengaran lagi. Gosok-gosok sikit belakangnya membuatkan ia semakin peluk bantal, last-last SL tinggalkan ia terbungkam atas katil dan SL ambil novel untuk sambung baca yang hampir habis.

SL sambung baca buku atas sofa sambil tengok hingga tertidur dengan anak yang bongsu....
Ok lahh itu aje rentetannya kalau duduk kat rumah..lepak-lepak sampai buat taik mata je...

Nantilah SL pergi rumah kawan-kawan semua....anak perempuan SL yang berumur 5 tahun ni mahu melukis katanya. SL kena melepaskan lappy ni padanya baru boleh berblogwalking dengan tenang tanpa gangguan dari segala gangguan.

Wednesday, July 13, 2011

Cer cita (epi.2)

Assalamualaikum dan Salam Sayang diangin lalu....(skrg hujan sepoi2 kat Puchong)

Cerita orang sakit ni belum habis lagi. Nak diringkaskan cerita SL kena buat operation FUNCTIONAL ENDOSCOPIC SINUS SURGERY. Kalau kot bahasa melayu nya pembedahan berkaitan dengan resdung di bahagian hidung (rasanya macam tu lah).

Semlm hari pertama SL pulang kat rumah setelah 3 malam SL berada di wad, terasa juga sakit-sakit lagi di bahagian hidung tempat pembedahan itu, Disamping itu SL juga alami sakit di bahagian dahi dan mulut. Tentu teman-teman semua hairan kenapa dahi juga sakit. SL ada tanya doktor, doktor cakap kesakitan itu disebabkan masa pembedahan itu satu alat besi diletakkan di dahi untuk memudahkan doktor2 menjalankan pembedahan. Bahagian mulut pula diletakkan satu tiub untuk pengaliran oksigen...(masa tu SL tak sedar langsung, Subhanallah...sedar2 SL sudah berada di bilik tempat SL ditempatkan. SL dibius selama 6 jam dari dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 2 ptg baru SL sedar sikit2. Jadi SL tak boleh nak cerita panjang sepanjang dlm bilik pembedahan.

SL tak pandai nak cerita sinopsis step by step SL berada di hospital sana. Harap teman2 sudah tahu kedudukan sebenar kenapa SL diberi cuti sekarang sehingga 20/7 dan hari yg sama SL kena pergi buat rawatan susulan semula. Terima kasih kepada doktor bhg ENT terutama Doktor Rosli, Doktor Ram, Doktor Marvendash (kalau silap tulis nama harap maaf) yg tinggi lampai orangnya tapi sangat baik melayan pesakit. Jururawat pun baik2 semua terutama di Wad 3B....

SL harap bahagian SINUS yang SL alami tidak berulang lagi dan sembuh macam sediakala. Akhir kata terima kasih semua mendoakan SL sihat sepanjang berada di Hospital....

Monday, July 11, 2011

apa cerr??

Assalamualaikum wbh dan Salam Satu Dunia

SL pagi-pagi sudah bangun untuk solat dan tak lupa berdoa semoga pembedahan (kecil je kot) kejap lagi akan berjalan dengan lancar dan jayanya...(dlm hati dup dap dup dap juga). Walaupun sebelum ni SL sudah pernah kena pembedahan tapi tidak sama dengan yang ini...hari tu SL buat pembedahan untuk bersalin untuk 3x pembedahan. Tapi ini pembedahan anggota badan...dlm hati cakap 'dont worry' berserah aje pada Allah.

Tak sampai hati pulak nak menghampakan teman-teman semua yang ingin mengetahui kisah sebenar apa penyakit apa yang menyebabkan SL selalu berada di wad hospital...mungkin sudah tertulis di luf mahfus SL akan berkenalan dengan ramai doktor dan nurse-nurse kat hospital ini. Alhamdulillah nurse-nurse baik melayan kerenah SL sebagai seorang pesakit hehee (walaupun tak sakit pada zahirnya).

Sekarang pun sepatutnya SL kena menukar uniform pesakit (warna hijau) kepada uniform untuk masuk dewan pembedahan (warna  putih), tapi SL biarkan je dulu atas katil tu...biarlah nurse-nurse datang dulu dan bagitau bukan lama pun salin baju putih yang seksi tu kan (seksi sebab bahagian belakang terbuka hanya boleh ikat ada dibahagian belakangnya). Woooh camane ni bila nak masuk bab kenapa...why why..SL masuk wad ni...lain n3 laaa kan..nanti SL buatkan lain ya...insyaallah selepas SL keluar dari dewan pembedahan nanti....

SL nak mekap-mekap dulu sebelum masuk dewan tu....biar cantik haeeeee geli dengornya...tak delah SL nak touch-up skt jee tak nak tunjuk lubang-lubang jerawat ni....hahaaaa lawak skt sengaja buat hati jgn  gabra sangat nanti.....doakan SL selamat ya...yang SL tahu SL akan dibius seluruh badan nanti. Yang lain-lain kita cita lain n3 ya....salam sayang di angin lalu...

Sunday, July 10, 2011

"Saya nak Promosi jugak"

Assalamualaikum dan Salam Ceria

SL hari ni pagi-pagi sudah bertolak ke hospital Putrajaya...ada misi hebat lagaknya. Memandangkan SL dah tahu akan tinggal di ward maka SL bawa bersama my lappy ni. Ialah tak lah SL duduk termengu dan buang masa, baik SL buat n3 dan berblogwalking sekiranya ada masa terluang, itupun kalau nurse dan doktor disini tak kacau...hahaa

Pagi ni SL berjalan kerumah Bui dan ternampak segmen promosi blog. Jadi  inilah SL perpanjangkan promosi itu di sini.

Niena Pengembara Ilahi
Niena Pengembara Ilahi

Rakan-rakan yang mahu join bersama bolehlah KLIK sini.

1. Tepek header ==== sudah
2. Letak link entry ==== sudah

Ok sudah selesai....selamat semuanya...

Award dari Noorsafone

Alhamdulillah SL dapat Award dari Kak Noor. Sebenarnya SL dapat dah 2 3 hari yang lepas cuma tak dapat pergi ambik je...dek kesibukan sikit kebelakangan ini. Anyway pemberian award ini amat SL hargainya. Ok SL cuba senaraikan 7 perkara yang perlu (perlu ke...ngeeeh) diketahui oleh rakan-rakan blogger semua...buat-buat perlu aje laaah: -



1. Sayur Labu merupakan anak bongsu perempuan kepada 'mok' Habesah binti Jusoh dan 'che' Semail bin Daud (sudah lama meninggal dunia) ketika SL tingkatan 4.

2. SL sensitif orangnya lebih-lebih lagi kalau dapat tahu seseorang itu susah dalam kehidupannya, suka membantu sesiapa sahaja dan senang dengan kehidupan sekarang dengan mempunyai 5 anak 2 perempuan dan 3 lelaki.

3. SL mempunyai 3 orang kakak yang SL sayangi dan 2 abang dan seorang adik lelaki yang menetap di Pasir Puteh bersebelahan dengan rumah mok.

4. Harapan masa depan supaya SL dan suami dapat pergi masjid bersama-sama setelah anak-anak sudah membesar dan menjadi anak yang berguna juga kami menjadi pasangan bahagia hingga hujung nyawa.

5. SL insyaallah akan menetap di Terengganu dan membuat rumah sendiri di sana setelah anak-anak sudah membesar di sini....hajat besar tu..semoga dipermudahkan oleh rabbul aalamin.

6. Tak pandai sangat memasak di rumah tapi suka menjamu makanan kepada kawan-kawan...hati akan rasa senang apabila dapat membantu orang lain yang memerlukan bantuan...

7. SL mempunyai banyak buku-buku motivasi dari Dr. H.M Tuah, terkini SL cuba menghabiskan novel beliau yang bertajuk Cinta Lima Segi. Selebihnya buku-buku motivasi dan SL cuba cari lagi buku yang ditulis oleh beliau untuk dibaca.

Wah..lega rasanya pabila sudah habis 7 perkara ini...macam buat ujian pulak heehee...tima kasih sekali lagi Kak Noor bagi award ini pada Sayur Labu...Sampai jumpa lagi dilain waktu...

Oh ya lupa lak kena bagi-bagi sikit sorang hadiah ni..tak boleh makan sorang-sorang ...SL nak tag nama-nama yang terpilih ini...puterieima dan amymemey. Yang lain pun boleh angkut award ni jika sudi...

Thursday, July 7, 2011

Storyofmama Dalam Carta PIlihan Sayur Labu

Alhamdulillah dan syukur banyak-banyak kita masih menghirup udara segar dipagi jumaat. Sudah sarapan semua, sudah buat rutin dipagi hari ke...apapun semoga semua yang kita jalankan anggap ianya sebagai satu ibadah.

Kononnya nak buat n3 pengunjung Sayur Labu yang ke-300. Ok SL dah dapat orangnya seperti yang SL terbitkan n3 sebelum ini. Blogger yang bertuah untuk SL ialah storyofmama. SL panggil 'mama noor', sedikit intro berkenaan dengan mama nor, beliau seorang suri rumah dan mempunyai kegemaran menjahit, memasak dan memiliki 3 anak. Antara masakan mama noor yang SL suka  ialah kuih getas (SL dah salin resipinya tq). Nak berkenalan lebih lanjut dengan mama noor boleh tekan butang ini.


Terima kasih semua kerana menyokong SL dalam berblogging walaupun 'Sayur Labu' tak meletup macam brader tak berapa macho ni. Ok mama noor tunggu ya hadiahnya sampai kat muka pintu rumah hehee...sementara tu bolehlah mama noor buat resipi baru dulu. Semoga teman-teman semua menyokong SL selamanya.

Salam sayang semua...

Wednesday, July 6, 2011

Siapalah yang bertuah ni sebagai follower Sayur Labu ke 300.

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua

Tik tak tik tak....masa berjalan...tengok-tengok kat follower masih 299. Bila laa nak timbul angka follower ke 300 ni..rasa mau belanja makan je sapa-sapa yang bertuah tu. Jika tak timbul jugak angka 300 tu mungkin SL akan chek pada esok pagi...mau intai sapa lah yang bertuah ni....

Boleh teka ke sang kumbang ke...atau sang bunga yang akan bertandang rumah Sayur Labu yang tak seberapa ni...(merendah diri laa pulak)...anyway Sayur Labu sabar menanti....Angka itu akan tiba juga nanti..

Ok lah..mata pun dah nak berlabuh ni...nanti SL akan teropong lagi sape yang berjaya menapakkan diri tu. Wassalam dan Selamat bermimpi mimpi nan indah.....zzzzzzzzzzzzzzz

Showdown 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia...

Wah...syok betul tengok rancangan Showdown 2011. Rasa mahu meloncat-loncat sama seiring dengan muzik rancak yang dimainkan untuk sesuatu tarian. Memang dari awal lagi undian melalui sms berpihak pada kumpulan Elecoldxhot (ECX). SL pun minat dari awal kumpulan ini...tarian mereka dahsyat...serentak, ligat dan bervariasi.

Kumpulan ECX ini membawa pulang hadiah RM 50,000/-.....berbaloilah dengan usaha mereka. Entah berapa banyak latihan diaorang buat dan mungkin banyak kali dah 'kiot' / terpeleuk tu utk membentuk tarian hebat yg ditunjukkan merekakan. Apapun tahniah pada 4 kumpulan ini yang masuk ke peringkat final.
Harap tahun depan diadakan lagi Showdown ini. Best bangat sih.

Elecoldxhot (ECX)   ~ ~ ~ ~ ~ ~ JUARA SHOWDOWN 2011

HMC Fhlow (HMC) ~ ~ ~ ~ ~ ~ TEMPAT KEDUA

Rokusteps (RKS)

Bounce Stepperz (BOS)




foto ELECOLDXHOT dari pinkexia... tq.


note: sebelum tonton showdown 2011 tengok dulu bola sepak....nak tau kelantan juara (bangga skjp) 

Liga Super 2011

Jam 9.30 malam ~~~~~~~~ Kelantan 2 - Sabah 0
                                              (bermain di Stadium Likas, KK, Sabah)

                         ~~~~~~~~~Terengganu 2 - Felda United 0
                                             (bermain di Stadium MBPJ Kelana Jaya)

                         ~~~~~~~~~Selangor 0 - Perak 0
                                             (bermain di Stadium Perak)

Pastinya Kelantan Juara untuk malam ini.....hope so, insyaallah.

First fime buat air kacang soya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia

Pernah buat air  kacang soya? SL buat pertama kali dalam sejarah hidup cubalah buat air kacang soya. Nak kata senang tak senang juga sebabnya kena melalui beberapa peringkat untuk menyiapkannya sampai boleh minum dengan hasil tangan sendiri.

SL menyediakan susu kacang soya ini dibantu oleh pembantu pro iaitu anak SL sendiri yang berumur 11 tahun…’izat’. Sementalah diaorang pun ingin cepat-cepat merasai hasil buatan tangan ibunya maka kenalah rajin menolong...kan.

Air kacang soya ni tak boleh menyediakannya on the spot ya tuan-tuan dan puan-puan.  …Sebabnya ia memerlukan masa untuk merendam kacang soya…lepas tu perlu blenderkan/hancurkan ia…perlu masak pula…baru boleh minum itupun kalau nak sejuk kena pula simpan dalam peti sejuk dulu. Harapnya bulan puasa ni bolehlah SL menyediakan air soya ni sendiri pada hari minggu..Hari biasa mana sempatkan…Bukan tak tahu SL kan korja3x…..

sumber dari pakcik google...tq.


foto dr makcik google..tq

Selamat mencuba...itupun kalau rajin masak...nak cepat beli jee kat pasar malam...salam sayang semua..