TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Saturday, April 23, 2011

One Lovely Blog Award - 7 Perkara Mengenai Diri



Sebenarnya Award ni datang dari Mamayatie. Bukan dia bagi free tau...tapi suruh kita menyenaraikan 7 perkara tentang diri....malu-malu....tapi mahu....hehe

Macam ni lah...Kerna Terpaksa (lagu)...ku buat jugak untuk memuaskan hati pemilik blog INI.

Wokeyy...

No. 1 >>>>>  Ibu kepada 5 orang cahaya mata, sulung perempuan umur 12 thn, kedua lelaki 11 thn, ketiga lelaki juga 9 thn, keempat perempuan 5 thn dan yg bongsu lelaki 3 thn. Mereka semua ini mempunyai seorang 'Abah' yang penyayang dan tegas jugalah dengan anak-anak.

No. 2 >>>>> Sekolah..dari darjah 1 sampai darjah 6 saya sekolah di Sek Keb Danan, Pasir Puteh, Kelantan..org kelate...hehe. Selepas itu sambung tingkatan 1 di Sek Men Panji Alam, Kuala Terengganu (tinggal bersama kakak utk setahun shj). Sambung lagi ting 2 hingga 6 atas di  Sek men Bukit Jawa, Pasir Puteh (come back home town)..After that rasa nak perbaiki keputusan slip periksa ting. 6 tu aku pergi pulak balik ke Kuala Terengganu sekolah di Grammer School, Kuala Terengganu....habis tu...terus kerja kat KT. Di sini jumpa dgn boy friend aku..(suami ku sekarang)...panjang pulak tulisnya..jgn mareee MamaYatie ya.

No. 3>>>>> Hobi ku...membaca jugak macam Mamayatie. Tapi tak lah se'gila' pembacaan Mamayatie,,,
Sampai sekarang suka membaca terutama bacaan tentang Motivated..pehhhh lagi2 tulisan Dr. H.M Tuah Al-Haj.

No. 4>>>>> Mudah sangat terkeluar air mata...macam laa mata aku ni kilang air mata kot...aku pun hairan..ckp sikit yang sedih2 dah kuar air tu..dah laa nak berhentikan rasa sedih tu ambik masa yang lama..bahkan kalau tengok cerita kartun yang berpeluk pun aku dah mula bergenang air mata....lawak betul..

No. 5>>>>> Tak suka buang masa..apa2 mesti buat sesuatu asalkan mendatangkan faedah bg aku dan orang lain..Walaupun aku bekerja di USJ 12 skrg, tp aku juga ada buat bisness kecil2..jual itu, jual ini..asalkan dpt duit..mata duitan kot...taklah..Aku juga suka mengingatkan diri supaya lidah ku senantiasa berzikir mengingat Pencipta kita...harap teman2 kat luar pun boleh melakukan sama ya...

No. 6>>>>> Bab cita2 ni..maklum sekarang pun dah umur 73...eh bukan2..terbalik tu..tak pe laah kerja apa2 pun asalkan dapat duit..skrg aku fokus untuk besarkan anak2 spy menjadi anak2 yang baik dan berjasa pd orang tua nanti..spy mereka menjadi anak yang berguna di kemudian hari..itu aje..hajatku juga nanti anak2 dah besar aku dan suami ku boleh pergi solat bersama2 ke masjid nanti....aminnnn.

No. 7>>>>> last ye..apa lagi mau ditulis kat sini nii oh ya aku suka orang hormat kan aku dan aku pula suka hormat orang..tak kira siapa mereka...walaupun seorang pengutip sampah pun..aku juga suka berborak dan biasanya aku dulu yang menyapa orang yang baru kenal...peramah katakan..

Ok lah...MamaYatie, harap puas hati dengan 7 perkara di atas...tima kasih sekali lg bagi award ya..haaa kena tag teman2 lain..sapa ya...akupun tak kenal sangat mereka2 ni..tapi tak pe lahhh sapa2 yang membaca en3 ni..yg rajin dan mau terima award ni boleh lahh ambik ya..

4 comments:

  1. al-qassam..jom kita gi cari nasi dagang yg sedap kat SS19..tpi kat sana ada hari sabtu dan ahad shj..

    ReplyDelete
  2. kekeke..gigih tu! bukan senang nak korek cerita org..

    ReplyDelete
  3. Saya suka No.6. Dah jarang dengar ibu2 cakap macam tu.

    Kawan saya yang dah beranak 1 kata kalau anak dia dah besar nanti dan anak dia nak pegi clubbing, dia akan sama2 pergi dengan anak dia dan sama2 minum arak sebab dia nak anak dia anggap dia macam kawan dan dia nak jadi ibu yang supporting. Saya selalu berharap semoga saya tak jadi ibu yang macam tu.

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN