TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Wednesday, April 13, 2011

"Mungkin Ada Telur Ayam Sakit"

Harian KOSMO 13 April 2011.

Telur..Telur..tak ada telur kat dapur rasa tak lengkap aje. Tapi sekarang setelah heboh  pasal telur tiruan semua kita rasanya dah berhati-hati untuk  membelinya malah dah 'puasa' sekejap dari membeli telur ayam ini.

Saya petik beberapa petikan ini dari KOSMO dimana ada menyatakan kemungkinan sesetengah telur ayam mungkin sakit sewaktu bertelur...Presiden CAP, S.M Mohamed Idris  mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Unit Khas Penguatkuasaan bagi memastikan telur ayam yang dipasarkan benar-benar selamat untuk dimakan oleh pengguna. Beliau berkata lagi, pihak berkuasa perlu memberi perhatian terhadap kemungkinan ada peniaga telur ayam menjual telur yang rosak, telur lama atau daripada ayam yang berpenyakit.




Bukan manusia sahaja yang kena penyakit malah ayam juga tidak terkecuali..jadi jangan gelabah dan memboikot membeli telur ya..kalau nak rasa lebih selamat beli aje telur ayam yang organik tapi kena tambah sikitlah budget tu...huhu..sedapnya makan telur goreng dengan cicah kicap dengan nasi panas-panas.

Note: pastikan setiap x anda memasak atau mengoreng telur BASUH dahulu ayam telur itu. Sebab jatuh HARAM..kalau tidak dibasuh..untuk lebih penjelasan boleh dapatkan info kat  SINI.

No comments:

Post a Comment

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN