gambar hiasan sahaja
Perbuatan mengukir nama kekasih pada mana-mana bahagian anggota badan adalah haram hukumnya dan berdosa. Sesiapa yang terlibat perlu bertaubat segera.
Dr. Yusof al-Qardhawi dalam kitabnya Halal Haram menjelaskan bahawa perbuatan seumpama itu bertentangan dengan ajaran dan syariat islam. "Perkara ini sudah jelas, hukumnya haram," beritahu mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz.
Hassan Mahmud dengan tegas memberitahu anak-anak remaja Melayu Islam yang terlibat mengukir nama kekasihnya pada anggota badan atau bahasa mudahnya tatu merupakan perbuatan menyeleweng dari syariat Islam.
"Perbuatan mengukir nama kekasih pada badan ini adalah perbuatan yang tidak betul. Sekiranya seseorang itu benar-benar mencintai kekasihnya pahatkanlah namanya di hati bukan pada badan. "Buktikan melalui ucapan dan perbuatan sebagai bukti cintakan kekasih. Tetapi harus diingat cinta pada manusia tidak kekal lama. Cinta yang abadi atau sebenar-benar cinta hanya pada yang Maha Kuasa!" tegas Hassan Mahmud.
Beliau mengajak semua remaja Islam yang terlibat agar menghayati hadis Nabi s.a.w. yang mengingatkan bahawa barang siapa menggantung azimat dan tatu di badan itu adalah satu perbuatan syirik!.
Oleh itu, Hassan Mahmud menasihatkan setiap orang yang memiliki tatu pada badan wajib membuangnya walau dengan apa cara sekalipun. Sekiranya seseorang remaja itu mati dalam keadaan masih terdapat tatu pada badannya maka mahu tidak mahu kulit jenazahnya perlu dikikis sehingga tatunya hilang, selepas itu barulah jenazahnya dapat dimandikan dan diuruskan.
Petikan diambil dari Majalah Mastika Jan '2011.
No comments:
Post a Comment
JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN