Alhamdulillah aku masih lagi dapat bernafas, masih lagi dapat menghidu bau ubat..al-maklum tinggal di wad macam ni lah tak lari dari bau itu..walaupun deria bau ku 'kurang'...hehe
Salam semua..semoga teman2 semua dirahmatiNya senantisa..Bercerita bab Satu Hospital Seribu Kisah Pesakit ni memang tak dapat nak cerita sampai seribu tapi memang macam2 kisah, macam2 penyakit, macam2 orang di hospital ni..
Semenjak aku bertamu di wad ni banyak jugak lah jiran2 sekatil ku boleh ku kutip cerita mereka...kalu nak baca, teruskan baca, kalu tak suka boleh melawat cerita lain...tak marahhh hehe..
1) Semenjak aku di wad ni aku boleh buat rumusan ramai juga penduduk bumi ni berpenyakit 'Apendik' (betul ke ejaan tu).. tak kira umur dari yang dah kahwin maupun kanak2 lagi...nak kata diaorang makan pedas2 tak jugak...kata diaorang laa..dari temubual aku tu...mungkinkah disebabkan pemakanan kita? aku sendiri pun tak dapat nak jawabnya..
2) Ada seorang pesakit tu perempuan, dah bersuami dan anak sorang, masuk wad disebabkan mahu cabut gigi bongsu katanya..4 batang, satu dibahagian atas kiri dan kanan hujung sekali dan bahagian bawah rahang hujung sekali kiri dan kanan..ada juga kan hehe...dah balik pun..dah selamat
3) Ada makcik ni kena buat surgery juga disebabkan ketumbuhan di tengkuknya...selang satu hari boleh balik juga..makcik ni friendly jugak orangnya.Punyai anak2 lelaki yang baik, good2.
4) Ada seorang gadis keturunan cina dengan ibunya datang dari Melaka tak silap aku, ke hospital sini untuk buat pembedahan semula di bawah lehernya setelah pembedahan pertama tak baik (keluar nanah). Sudahlah pembedahan pertama itu dibuat di hospital swasta..bayarannya pun bukan ciput2 tapi beriban2 keluar duit..tapi tak elok dibuatnya..setelah dibuat pembedahan aku tak sempat jumpa mereka kerana aku masa tu dah keluar dari wad, harap dah ok ya..
5) Haaa yang ni baru je dapat balik..seorang makcik yang kena kanser barah buah dada..kesian aku tengok bernafas pun dengan alat bantuan oksigen. ta..pi yang aku salute (respect) pada suaminya..baikkk sangat, melayan isterinya yang sakit dengan sabar...walaupun isterinya dlm keadaan (nazak) macam itu pun dia still panggil 'sayang' wah cemburu aku mendengarnya. Betapa hebat kasihnya pada isteri. Dari cerita emak pada makcik yang sakit ni..dulu anaknya dah tahu awal2 sakit barah buah dadanya tapi takut untuk berubat dengan hospital, jadi dia cuma berubat dengan cara tradisional sahaja..lama2 penyakitnya bertambah parah. Setelah di bawa ke hospital doktor menyatakan mereka sudah tak boleh buat apa2 dah sebab sudah tahap kritikal iaitu sudah di tahap 4 iaitu tahap yang tak boleh diselamatkan lagi..Aku berdoa semoga makcik ini sembuh walaupun sekarang kalau ditengokkan macam tunggu hari sahaja...nauzubillah..
Cukuplah setakat ini sahaha aku coretkan..tak sanggup aku nak cerita sampai seribu kisah pesakit ni..lagipun aku cuma ada cerita diaorang aje yang tinggal satu bilik dengan ku, kisah lain pasti tak tercerita oleh ku dengan kisah masing2..
Moral of the storey : a) Jangan takut pergi hospital untuk berubat...jarum tu bukan besar gajah pun hehe..
b) Sebelum pergi mana2 hospital swasta maupun kerajaan dapatkan dulu info2 yang
boleh menyakinkan kita ttg tahap perubatan di sana.
c) Pemakanan seharian kita akan menentukan kesihatan masa depan.
Ok lah aku minta diri dulu...mau taruh ubat di hidung ni... jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment
JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN