TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Thursday, June 30, 2011

1st Giveaway dari Lovely Naida Craft!!!

Assalamualaikum wbh dan Salam 1Malaysia



Cantik pulak tengok set-set craft kat atas ni tapi besar gabak pula gambarnya..takpe-takpe dibenarkan hehe.....Sebenarnya ini adalah 1st Giveaway dari Naida yang menyambut ulangtahun yang pertama blognya. Jom ramai-ramai klik kat lovelycraftnaida.

Tarikh tutup pada 15hb Julai 2011. Nak tengok hadiah yang ditawarkan KLIK SINI.

OK...salam sayang semua.

31-7 Birthday Giveaway!

Assalamualaikum wbh dan Salam Sayang Semua (SSS)



Selamat Ulangtahun pada sunahsukasakura, cik pulaucikali dan gadismelayu.

Mereka memanglah berlainan mak bapak tapi sambut harijadi  pada hari yang sama iaitu pada 31/7 ni...jadi marilah kita meraikan mereka.... doa SL untuk sikembar 4 ini semoga tahun ini menjadi tahun yang penuh erti dan dimurahkan rezeki, dilimpahkan kebahagiaan didunia dan akhirat.......Aminnn.

Sesiapa yang mahu meraikan kelahiran kembar 4 ini silalah bertandang kat SINI. Kitakan bersaudara jadi sama2 kita memeriahkan lagi hari kelahiran mereka....Tarikh tutup pun 31 Julai jugak..

Salam sayang semua....see u next n3.

Wednesday, June 29, 2011

Katanya tak minat bola tempatan...tapi semalam

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua (SSS)

Alhamdulillah Malaysia menang lagi dalam game semalam dengan Taiwan 2-1. Fullamak...caya lah Harimau Malaya...Walaupun tidak tengok sepenuhnya kerana tengok juga rancangan TV8 Countdown. Dua-dua rancangan tv semalam best. Oh ya nak cerita sikit ni yang Cik abang SL sebenornya selama ni memang dia anti tengok perlawanan bola tempatan. Katanya game Malaysia tak setaraf pasukan Eropah....tapi tiba-tiba semalam tengok pula dia...haisss buang tabiat ke....Bukan apa selama ni Cik abang SL ni tak pandang pun liga tempatan ni berbanding dengan kelab-kelab Eropah tu..mcm Chelsea, Man United, Liverpool....minat habis dia pada kelab-kelab Eropah.

Mungkin kemenangan yang berturut-turut oleh pasukan Malaysia menyebabkan Cik Abang SL beralih angin...hahaaa..rasa SL pula yang menang kerana kita selalu bertelingkah kalau bercakap hal bola dimana biasanya SL selalu cerita dia tentang perkembangan bola di Malaysia tapi Cik abang SL macam biasa mencuit bibir je..sekarang apa jadi......Malaysia menang..Malaysia menang lagi...

note: cik abang tonton di kedai mamak (astro) manakala SL di rumah aje dgn anak-anak

Tuesday, June 28, 2011

"Kotak Bulat Promote Blog"

Assalamualaikum wbh dan salam 1Malaysia


Nak Join KLIK SINI

Cepat-cepat join sini. Kotak Bulat akan tutup penyertaan malam ini juga iaitu tepat jam 11.59 malam. SL join Kotak Bulat ini supaya nanti lebih ramai teman-teman blog singgah kat ruangan blog SL. Lagi ramai lagi meriah dan lagi semangat SL nak buat N3. Jadi SL harap Kotak Bulat sudi-sudilah singgah sini nanti.

Harap Kotak Bulat sudi promote blog Sayur Labu yang tak seberapa ini. Salam sayang untuk semua yang singgah kat blog SL.

Monday, June 27, 2011

AWAS Bahaya Lilin Aromaterapi

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

SL ada terbaca artikel ni di Majalah Wanita Keluaran bulan Mei 2011. Jadi SL mahu syer pengetahuan ini untuk suri-suri rumah yang suka menghias dan mewangikan rumah dengan Lilin Aromaterapi. Artikel ini juga ditujukan untuk jiran SL yang SL rasa ada juga menggunakan lilin tersebut. Mari kita baca ya..

"Tatkala hati sedang gundah atau tertekan, ramai yang cuba mengurangkan tekanan tersebut dengan menyalakan Lilin Aromaterapi. Wangian aromaterapi dikatakan membantu menenangkan dan menjadikan tubuh lebih relak.

Namun, menurut satu kajian, Lilin Aromaterapi ataupun wangian kediaman sebenarnya mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Terdapat beberapa sebatian kimia di dalam wangian kediaman yang memberi kesan terhadap kesihatan. Menurut kajian tersebut pencemaran udara dlm ruangan udara dapat menyebabkan pelbagai masalah. Ia mungkin menyebabkan batuk ringan dan mata gatal yang anda sendiri tidak sedari penyebabnya.


Sistem Pengudaraan
Jika aroma wangian boleh bertahan lama, disarankan anda meningkatkan sistem pengudaraan di dalam rumah. Ini kerana, kebanyakan produk lilin dan wangian kediaman mengandungi bahan yang tidak dinyatakan kandungannya pada kemasan. Kebanyakannya hanya menyatakan 'wangian' atau 'fragrance' tanpa diberi perincian yang lengkap.

Selain itu berkemungkinan terdapat ratusan sebatian kimia pada Lilin Aromaterapi yang tidak diketahui oleh pengguna. Salah satunya mungkin phthalates yang berfungsi agar aroma tahan lebih lama. Unsur ini dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan serta masalah reproduksi.

Jadi hati-hati bagi mereka yang menggunakan Lilin Aromaterapi. Semoga jadi panduan semua. Salam sayang.

Saturday, June 25, 2011

Ketepikan Rasa Malu

Assalamualaikum dan Salam Semua

Bagi kaum wanita memang mengetahui bahawa penyakit kanser rahim, kanser payu dara dan macam-macam kanser yang timbul begitu menakutkan kita semua. Langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemeriksaan kesihatan perlu diambil terutama di bahagian sulit.

Memang rasa malu adalah lumrah wanita namun ketepikan perasaan itu demi menyelamatkan nyawa kita. Ramai juga kaum wanita yang takut melakukan pemeriksaan di bahagian sulit terutama vagina kerana mereka bimbang jika mereka benar-benar menghidap penyakit serius.

Perasaan takut yang menghantui diri membuatkan mereka mengelak daripada melakukan pemeriksaan doktor. Buang sikap negatif ini dan lakukan segera pemeriksaan bagi mengelakkan perkara buruk misalnya penyakit sudah berada di tahap serius akibat kealpaan kita. Sahut kempen kerajaan menjaga kesihatan dan mengesan penyakit awal. Kini banyak rawatan dan ubat yang dapat membantu kita mencegah kanser dan penyakit kronik lain. Berfikiran positif dan lakukan pemeriksaan awal.

Kebaikan Jalani Pemeriksaan Vagina dan Payudara:
  • Mencegah berbagai penyakit terutama yang membabitkan sistem reproduksi
  • Depat mengesan lebih awal penyakit kanser payudara dan leher rahim
  • Mengesan lebih awal penyakit akibat seks bebas dan keadaan lain sebelum menimbulkan kesan yang lebih berbahaya.
  • Dapat mencegah kemandulan
  • Melancarkan proses kehamilan dan kelahiran bayi.








Thursday, June 16, 2011

One Post for One Day

Assalamualaikum semua dan salam sayang .....

Tekad ku untuk membuat post 'One Post for One Day'....boleh ke.....(tanya diri sendiri)...haha
Nasibla kalau tak ada kerja..tapi sekarang ni ada banyak sangat..sangat...kat ofis...tapi masih sempat nak buat N3 ni. Mengada betul.....dalam hati hari ni tak mahu jenguk pun 'Sayur Labu' tapi tangan ni mau tengok je...mau jenguk juga itu masalahnya...masalah negara betullah.....apa yang istimewanya 'Sayur Labu' sampai nak buka juga ...mungkin rasa teruja untuk melihat dan dapat kawan-kawan baru dan kawan-kawan yang selalu jenguk 'Sayur Labu'

Ok ...ok dah melalut ni...SL banyak kerja...sory terpaksa 'tutup jap' SL....see u...

Tuesday, June 14, 2011

Mimpi Jumpa Siti Nurh***

Assalamualaikum semua dan salam 1Malaysia

Semalam SL mimpi seseorang yang SL minat dari dulu....beliau tak lain Dato' Siti Nurhaliza......kelakar jugak rasanya ialah seramai-ramai artis kat dunia ni SL mimpi Cik Siti kita....hebat betul angan-angan SL ni....Ia hadir dalam mimpiku.....Ia hadir dlm ingauan ku.......adakah ia menandakan ia sudah dekat untuk SL berjumpa face to face dengan Cik Siti ni......

Oh ya..baru SL ingat mungkin SL mimpikan CT sebab sebenornya SL nak beli Simply Ct kat kedai Watson tu....ialah SL guna foundation Simply Ct dah lama dah...itulaaa foundation tu dah habis...hahaaaa...betul laa.....itulah sebab SL termimpikan Cik eehh Puan Ct ni...




foto dari fiq-life

Monday, June 13, 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Buah SL (Bhg.2)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Saje nak tunjuk gambar orang kahwin, bukan orang lain pun anak buah SL sebenarnya....Anak buah SL ni seorang guru di Kemaman. Jadi ramai la pelajar-pelajarnya mau jadi volunteer untuk menjadi 'JOKAKA' untuk majlis perkahwinan gurunya ini...jadi mai kita layan gambar-gambar diaorang ni.








Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Buah SL

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Tarikh 4hb Jun 2011 SL ada balik Kemaman semata-mata mahu menghadiri majlis perkahwinan anak buah sulung dari Kakak Sulung SL. Jadi tak mau cita panjang-panjang jom kita cuci mata ajelah...
^
^
^











 Kepada Norsyahida Bt. Shamsudin dan Suami semoga kalian melayari kehidupan perkahwinan ini dengan sifat sabar dan saling memahami antara satu sama lain. Ucapan tulus dari ibu saudara mu....(ceewah)

ASB halal ke tidak!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Sambil memandu pagi ni SL mendengar radio IKIM fm. Salah satunya tentang isu pelaburan ASB. Lega rasa hati ini apabila dikatakan pihak JAKIM sendiri mengesahkan bahawa pelaburan dalam ASB tidak perlu berasa was-was kerana ia tidak melanggar hukum syarak.

SL nak menerangkan lebih jelaspun tak berapa nak faham tentang bab-bab ini. Apa yang penting kita ceria dan bahagia.

Wassalam.

Sunday, June 12, 2011

Terpaksa Menerima Kenyataan Walaupun Pahit

Assalamualaikum semua..

Sebelum memulakan kerja SL mahu post satu n3 ni semoga selepas ini kepala ni tidak lagi memikirkannya kerana perkara ini selalu menghantui benak ku. SL akui Terengganu menang dalam perlawanan bola malam Ahad lepas dengan Kelantan 2-1....huhu...sedih betul (tak pe..tak pee...pujuk hati sendiri).

Kelantan terpaksa berputih mata dan aku sebagai penyokong dalam senyapnya pun terpaksa menerima hakikat ini bersama-sama anak-anak ku yang berpihak juga pada pasukan rusa ni.....jangan sedih jangan meratap kerana semua ini sudah menjadi adat resam dalam perlawanan...(pujuk hati sendiri lagi huhu...)


foto dr pakcik google


Berarak dengan Piala FA

Apapun tahniah Terengganu. Banyak-banyak bersabar yeee penyokong The Red Warrior...Dengan khabar Piala FA akan dipamerkan di muzium Terengganu nanti.

Thursday, June 9, 2011

Dapat Surat Saman

Assalamualaikum semua...Selamat Hari Jumaat...penghulu segala hari.

Lama rasanya SL tak buat n3 baru sejak dua menjak ni..maklum kerja pejabat tengah padat dan sendat...ayat apa tu..hehe...ok hari ni 10/6/2011 SL pergi checkup mata kat Hospital Putrajaya. SL letak WMU kat tepi jalan masuk ke hospital tu....last-last sudah semua urusan selesai kat klinik mata tu...tengok-tengok dapat surat cinta ini..huhu..banyak ke kena saman tu....SL pun tak tahu lagi.

Di surat cinta(saman) tu tulis kesalahannya "Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya" - Kaedah 16(1) Kaedah Lalulintas Jalan J.L 166/59. Apalah nasib ku....tapi tak pe lah...terimanya je sekadar cubaan dan cabaran kehidupan. Ianya tak seteruk orang yang menerima nasib yang malang lebih dari aku.(think positif k).

Monday, June 6, 2011

Kelantan Menang Bergaya 3-0 Lawan Terengganu

Assalamualaikum semua...

Walaupun baru sampai rumah dari Terengganu ke Puchong ni, cepat-cepat cari berita berkenaan dengan perlawanan bola sepak antara Kelantan lawan Terengganu. Alhamdulillah rasa penat tu hilang setelah dapat tahu Kelantan menang bergaya 3-0 malam ni di Bukit JalilStadium Sultan Ismail. Mesti ualls heran kenapa SL dari Terengganu sedangkan penyokong Kelantan. Sebenarnya Cik Suami kita orang Terengganu, SL orang Kelantan...makanya kita minat pasukan Kelantan laaaa...hehe...



Dalam perjalanan tadi kami singgah di R&R rawat dan rehat di Gambang, Pahang...masa itu sudah menang 2-0. Malam ni rasa lega...boleh tidur lena kot sebab dah menang ni..

Khabarnya 3 gol itu disumbat oleh Izuan dan NorShahrul pada babak kedua perlawanan. Harap-harap pada 11hb Jun ni untuk Piala FA The Red Warriors menang lagi...insyallah..

Thursday, June 2, 2011

Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

petikan dari encikbaca

Sedekah bukan suatu perkara yang asing dalam masyarakat Islam hari ini. Ada majlis-majlis memberi makan kepada kepada jiran, kenalan dan ahli keluarga. Ia dinamakan kenduri. Ada wang yang diberikan kepada anak-anaka kecil pada musim perayaan. Namanya duit raya. Itu semua apabila dilaksanakan dengan iman dan ikhlas hanya kerana Allah,ia termasuk dalam kategori sedekah.

Dalam bab sedekah ada tambahan ganjaran. Nabi dalam satu hadis sahih lain memberi jaminan bahawa akan ada 2 malaikat turun pada setiapa pagi mencari orang yang bersedekah. Malaikat yang pertama akan mendoakan yang bersedekah,”Ya Allah, gantikan apa yang disedekahkan”. Manakala malaikat yang satu lagi akan mendoakan orang yang kikir, “Egkau musnahkah hartanya”

Kesimpulan yang paling besar saya dapat selepas memahami ibadah sedekah :
Benar kata Nabi, sedekah tidak akan meluakkan harta sama sekali (Hadis Muslim). Namun, benar sedekah akan meluakkan beberapa ringgit wang. Sebaliknya Allah dan Rasul menjanjikan ganjaranyang sangat banyak bukan sahaja di akhirat, bahkan juga di dunia. Tidak sama peribadi orang yang bersedekah dan orang yang kedekut.