TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Friday, February 25, 2011

Maher Zain satu fenomena

Maher Zain


Salam everyone, I'm so sorry for not updating my FB page regularly, just been so busy over the last few days preparing & rehearsing for my concerts in Malaysia on the 25th & 26th of Feb in the Malawati Stadium. Both concerts have been sold out alhamdu lillah. During this busy time I haven't forgotten about our brothers & sisters in Libya and elsewhere struggling for freedom, and I will isA be singing a new song in these concerts called "FREEDOM" dedicated to all the people who have gained their freedom and those still struggling for it. Freedom for all !


Itulah kata-kata dari Maher Zain sehari sebelum konsertnya di Stadium Melawati Shah Alam. Biarpun beliau sibuk dengan konsertnya tetapi ingatannya untuk penduduk Libya tetap dihatinya. 


Kegilaan peminat terutamanya dari Malaysia dalam facebook dalam 70% dari peminatnya dari seluruh dunia iaitu seramai 1,874,979 orang setakat ini (harap maaf kalau fakta diatas kurang tepat)...tapi rasa aku betullah sebab suatu pagi tu aku dengar dalam radio sinar FM yang artis jemputannya Maher Zain sendiri yang menyatakan peminatnya ramai di Malaysia. 


Tiket untuk konsert pada malam ini juga telah habis terjual..Kasetnya pun laris terjual dipasaran tak ketinggalan aku pun ada satu kaset baliau. Anak aku yang bongsu pun hafal beberapa rangkap lagunya 'Insyaallah', 'baarakallah' dan yang seangkatan dengannya..sebenarnya aku lupa apa lagi lagunya...hehe.


Apapun memang lagunya unik dan segar untuk didengar dan dihayati....Alhamdulillah.



Thursday, February 24, 2011

Amalan Nabi Muhammad SAW yang perlu diteladani



Mari kita amalkan apa yang Nabi SAW amalkan hari-hari:-

Satunya Nabi kita tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia akan makan dan sebaliknya beliau tinggalkan -Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

Ke-dua : Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

Ke-tiga : Uthman bin Affan meriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi

Ke-empat : Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmun dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmun.

Ke-lima : Nabi  SAW tak makan sambil bersandar -Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang dan mudahkan penghadaman.

Ke-enam : Nabi SAW sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

Ke-tujuh : Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali -Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

Ke-lapan : Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan  -Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

Ke-sembilan : Tika Nabi SAW tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh mohon perlindunganNya. -Bukhari

Yang akhir Ke-sepuluh : Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) -Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

suatu hari kat tesco, puchong


Jam 1.30 berangkat ke Tesco.Puchong. Tak sampai 5 minit sampai kat sana. Hajatnya mahu membeli bahan basah seperti ayam, sotong atau ikan...yang mana aku berkenan laa utk masak dan simpan dlm peti ais kat umah. Anak-anak apa lagi sambil teman kita ada hajat besar bagi diaorang untuk main kat sana. 

click to reposition
amibl kat sini
Masing-masing mahu minta duit RM5/- untuk beli token. Memang mau bagi tapi setakat RM5/- boleh tapi dah anak seramai 5 orang..hajat tu aku terpaksa berkeras tak bagi jugak..ialah kalu bagi RM5/- sorang. kalu 5 orang dah RM25/-..baik aku lupakan aje baik hati aku tu..
Biar aje diaorang main yang biasa-biasa je..sementara tu aku duduk sejekap kat kerusi tunggu diaorang main..nak tinggalkan nanti penculik tak bertauliah kutip anak-anak aku pulak...nauzubillah himinzalik.


ni dia...anak ku yg ke-2 Izzat dan Ayu yg ke-4..syok bermain tuu. 


Ayu tersenyum puas dapat main kat sini..enjoy yaa 


Akbar apalagi bila ibu cakap "akbar senyum"...dia pun bagi muka happy laaaa

siapa ada daki di badan..

Mari kita cuba hilangkan daki-daki yang degil ini..

Ambil segenggam beras dan rendam sekejap. Toskan dan tumbuk hingga lumat bersama sedikit kunyit hidup. Basahkan badan dengan air dan gosok beras yang ditumbuk tadi ke seluruh badan dan bilas dengan air suam-suam kuku.

Insya-Allah segala daki yang degil dan kotoran di badan akan hilang dan kulit kita akan kelihatan cerah dan terasa segar.


kredit untuk : wordpress

Nak lagi sedap dan wangi gosok badan dengan limau kasturi...

Sunday, February 20, 2011

siapa Livonia dalam PILIH KASIH



Juara Pilih Kasih Musim Pertama dimenangi oleh Iqbal Mazlan manakalah Musim Kedua dimenangi oleh Livonia. Sebelum itu Jay Izwanzin dinobatkan sebagai pelakon terbaik musim ke-2. Itu pilihan pihak Juri..50% dari pengundian luar dan 50% di tangan juri. Tempat ketiga undian keseluruhan sebanyak 16.02 % ialah Ku Haris. Naib Juara Pilih Kasih jatuh kepada Yuzwan Yunus.

Kereta Pacuan empat roda iaitu pikap jenis Trakker berharga RM55 ribu, percutian dan spa mustika ratu berharga RM7,000 set aroma terapi, package penjagaan kereta shine shine dan wang tunai RM10,000. Itu adalah habuan untuk penyandang juara PILIH KASIH kali ke-2 ini. Dengan markah keseluruhan 26.6% jatuh kepada Livonia dari Kuching Sarawak.

Pelakon dan pemilik Suhan Movies, Penerbit Drama dan Program Pilih Kasih yang ke-2 ini telah dengan rasminya menutup acara pada malam itu.

Apapun tahniah untuk tujuh peserta PILIH KASIH yang akhir dan sekalung tahniah untuk pemilik pacuan empat roda ini iaitu LIVONIA..

Bravo Livonia...

hajat Siti Nurhaliza dan suaminya sudah tertunai



Wah...dengar pada tajuk en3 kali ni mesti ramai yang meneka mungkin pemilik jenama SimplySiti dan pengacarea ini sudah mengandung  ke atau ada sesuatu yang menggemparkan.

Sebenarnya hajat pemilik lagu Jerat Percintaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk mendirikan masjid sudah tertunai. Dengan terdirinya masjid yang diberi nama Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir Sungai Petani, Kedah. Masjid ini mula dibina pada 1 Disember 2009 dan perasmian Masjid Al-Khalidiah ini telah dibuat oleh Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Masjid ini menelan belanja sebanyak RM1.7 juta siap sepenuhnya pada bulan Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh penerima Anugarah Juara Lagu 1996 dan Datuk K Sendiri. Datuk K juga mengakui bahawa proses pembinaan Masjid Al-Khalidiah itu juga mendapat sumbangan pihak lain.




Masjid ini yang boleh menampung jemaah seramai 500 orang pada satu-satu masa boleh digunakan dengan pelbagai aktiviti agama. Siti Nurhaliza yang bersyukur kerana proses  pembinaan masjid itu selesai dan majlis perasmiannya pula dibuat pada tarikh lahir suaminya yang ke 52 tahun.

Apa-apapun kita tabik lah pada Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya yang kaya-raya ini tidak kedekut duit untuk membina sesuatu yang boleh digunakan oleh orang ramai...Malah kita patut rasa bangga kerana rasa-rasanya Datuk Siti Nurhaliza satu-satunya artis yang boleh dibanggakan baik dari segi rupa dan kelebihannya dari semua aspek. Rasa-rasanya hajat Siti yang 'satu' itu sahaja yang belum tertunai...tapi sabar2 laah..insyallah Allah itu maha adil dan mengetahui semuanya..

Saturday, February 19, 2011

sardin dan telur dadar


Seharian bekerja membuatkan ku tak sempat nak membeli ikan atau ayam untuk dimasak. Balik dari kerja pun dah semput untuk singgah di kedai untuk membeli itu ini..Jadi apa yang ada di dapur ku rembat je..masa tu ada ikan sardin. Apalagi potong bawang, carrot dan potong tomato..simple & easy to make it. Kat rumah pun memang sardin ni kena beli 2 3 tin senang...takde lauk basah..sardin laa jadi mangsanya.



Telur dadar...cuma letakkan secubit garam..bawang pun tak letak..kalau letak dalam telur sudah tentu anak-anakku tak makan punya..kalau makan pun mesti cari bawang dulu untuk diasingkan dengan telur baru boleh makan. Senang-senang aku tak payah masukkan bawang terus.

Jadi laa dengan adanya lauk ini pun sudah cukup untuk ku dan anak-anak makan di malam hari...

buat kek tanpa masak pun



CHEESE KEK MUDAH

Cara buat cheese kek ni paling mudah kerana tidak payah memasak atau membakar. Cuma letakkan dalam peti sejuk dan boleh terus makan. Ramuannya cuma tepung cheese kek, susu cair atau wipping crea, biskut merry atau orio, blueberry sbg toppingnya dan planta.

 1. Biskut marie dihancurkan..saya guna kayu penggelek karipap je..pukul2 dia sampai jadi cam ni..
Boleh juga guna biskut Orio.


2. Blueberry...blueberry ni saya beli di kedai KEJU SEDAP...


3. Planta


4. Tepung cheese kek yg readymix. Yang ni saya beli di kedai yg sama dgn harga RM15.50..



 5. Planta yang di panaskan supaya menjadi cair untuk dicampurkan dengan biskut yang telah dihancurkan. Letakkan dalam peti sejuk selama 15 minit barulah dimasukkan tepung cheese kek yang telah diadun dengan susu cair


 6. Susu cair 1 tin 


 7. Ini dia cheese kek yang telah siap untuk dimasukkan dalam peti sejuk.
Sebelum sapukan blueberry sbg topingnya..biarkan kek ini dalam peti sejuk selama 4 atau 5 jam dulu.




8. Taraaaa CHEESE KEK  telah siap untuk dimakan.



9. Ini potongan Chesse Kek tadi.


Friday, February 18, 2011

pesan berpesan2

  • JAUH LEBIH SUSAH BUAT BURUNG UNTUK MENYARA HIDUP ANAK DAN BININYA DARI MANUSIA YANG BERGAJI BULAN WALAUPUN GAJINYA ITU TIDAK SEBERAPA

  • LEBIH BAIK KITA MENANGISI ATAS KESALAHAN DOSA-DOSA KITA SELAMA INI DARIPADA KITA MENANGISI ATAS KEPERGIAN SEORANG KEKASIH


  • PENDERITAAN BUKAN BERPUNCA KERANA ANDA SEORANG YANG BUAT TETAPI KERANA ANDA TIDAK MAMPU MENANGGUNG NASIB ANDA YANG MALANG ITU
kredit gambar dari : SINI

  • TAKUT KEPADA TUHAN MELENYAPKAN RASA TAKUT TERHADAP MANUSIA, TAKUT KEPADA MANUSIA MELENYAPKAN PERASAAN TAKUT KEPADA TUHAN


  • JIKA WANITA MENANGIS HATI TURUT GELISAH  DAN JIKA IA TERSENYUM AKAL MENJADI BINGUNG. PENDEKNYA WANITA SENTIASA MENJADI SEBAB KEKERUHAN KEJERNIHAN KITA


  • ILMU IALAH PELITA JIWA DAN MENJAUHKANNYA DARI KEGELAPAN KEJAHILAN. JIKA ANDA BOLEH MENAMBAHKAN LAGI PELITA LAIN KEPADA PELITA ANDA ITU, MAKA BUATLAH DAN JANGAN TERAGAK-AGAK

pesan berpesan 1

  • LAZIMNYA LIDAH PEREMPUAN MENJADI SEMAKIN TAJAM BILA LIDAH LELAKI SEMAKIN BERCABANG

  • JIKA MELIHAT KASUT JANGAN PERHATIKAN HARGANYA TAPI PERHATIKAN KAKI ORANG YANG MEMAKAINYA
  • ORANG YANG SUSAH NAK BUAT PILIHAN IALAH ORANG YANG ADA BANYAK PILIHAN

  • BIARLAH KAHWIN TAK BERANAK DARIPADA TAK KAHWIN TAPI BERANAK-PINAK

gambar kawin ayu raudhah zaquan adha
kredit foto dari : SINI

  • LEBIH BAIK MEMPUNYAI ANAK YANG BODOH TETAPI RAJIN DARIPADA YANG PANDAI TAPI MALAS

  • BILA ORANG BAWAH RAPAT DENGAN ORANG ATAS, ADA DUA PERKARA YANG BERLAKU, SAMADA YANG BAWAH NAIK KE ATAS ATAU YANG ATAS AKAN TURUN KE BAWAH

  • RUMAH YANG CANTIK PADA HARI RAYA BELUM TENTU RUMAH TANGGANYA CANTIK SELEPAS RAYA

Thursday, February 17, 2011

pesan berpesan



  • BIAR TERNGANGA MULUT KERANA SEDAP MENDENGAR CERITA DARIPADA TERNGANGA MULUT KERANA TAK TAHU NAK BERCERITA
  • LEBIH BAIK JADI TAUKE YANG TAK ADA KULI DARIPADA JADI KULI YANG TAK ADA TAUKE

  • ORANG YANG BANYAK DUIT SELALUNYA TIDAK BAWA DUIT DALAM POKETNYA, TAPI KADANG-KADANG  ORANG YANG TIDAK BAWA DUIT DALAM POKETNYA IALAH ORANG YANG TAK BERDUIT

  • NILAI DURIAN TERLETAK PADA ISINYA BUKAN TERLETAK PADA DURINYA
  • KALAU NAK HIDUP GOYANG KAKI JADILAH ORANG KAYA TAPI KALAU NAK KAYA MANA BOLEH HIDUP GOYANG KAKI

  • BARANG SIAPA MENJAGA PANDANGAN MATA IA AKAN DI ANUGERAHI KEMANTAPAN HATI
  • LEBIH BAIK SUSAH KERANA KERJA DARIPADA SUSAH TAK TAHU BEKERJA, TAPI LEBIH BAIK SUSAH TAK TAHU BEKERJA, DARIPADA SUSAH TAK ADA KERJA

  • RAMAI ORANG TAHU HENDAK BERCAKAP TAPI TAK SEMUA ORANG TAHU BILA PATUT BERCAKAP

  • SEMAKIN BANYAK PENYAKIT KITA HADAPI SEMAKIN BANYAK UBAT YANG PERLU KITA MAKAN, TAPI KIAN BANYAK UBAT YANG KITA MAKAN, KIAN BANYAK PULA PENYAKIT YANG MUNGKIN MENYERANG 



kredit foto dari sini





































































































































Wednesday, February 16, 2011

spagetti dan sambal merah



Salam ceria semua...harap semuanya hebat2 belaka...(kedengaran macam ceramah motivasi je)..kali ini kita upload gambar spagetti yg aku buat hari tu..hari tu maksudnya waktu aku rasa nak makan benda ni..aku beli laa apa yang patut untuk ramuannya..beli sos kimball dlm bottle tu, daging ayam hancur cap ramlee burger, tomato..pas tu tambah skt2 apa yang patut...maka jadilah kuah macam dalam gambar bawah ni...



spagetti

Gambar bawah ni pula sambal merah...buatan tangan kakak ku (Rokiah)..kakak ku yang ke-2..dia datang buat pertama kali ke rumah ku di puchong ni..bersama anaknya yg dlm entry yg ku cerita hari tu dapat mengajar di Miri, Sarawak tu..

Sambal buatannya memang best..skrg pun masih ada lagi dalam peti ais aku tu..seingat aku setiap kali kalau buat kenduri kahwin ke..kat kampung ku..ramai saudara2 ku memintanya buat sambal ini...kira mengancam jugalah...nak kata pedas tak pedas sangat..ada rasa masam, manis, pedas....secukup rasalah..tak bubuh belacan punya..cuma yang aku tahu dia masukan lada besar, lada burung yang pedas tu..bawang merah, bawang putih, cuka, mangga yang masam tu kalu ada...masa tu aku tak dpt cari mangga..dah tanya kedai semua dah abis..tak pe..itu untuk menyedapkan lagi kot..dan tomato..



Sambal merah

ok laa..jam menunjukkan pukul 2.18 am.. rasanya aku kena pejamkan mata ..paksakan diri ini untuk tidur-rehatkan diri...esok perlu kerja lagi...Asssalamualaikum..

hari yang sibuk untuk ku

As-salam semua..
Sekarang aku ditemani si kecil ku..Akbar. Yang lain2 dah tidur keletihan termasuk abahnya. Aku masih segar lagi dari rasa mengantuk padahal satu hari tadi macam2 aku telah lalui..pegi situ pegi sini..sib baik aku boleh drive sendiri..kalu nak harap En. suami hantar alamak muncung mulut dulu tunggu...

Dari pagi aku sudah plan untuk pergi satu tempat yg boleh membuatku berdebar..dup dap dup dap..apatah lagi itu tempat baru...nanti aku akan bagitau sekiranya aku suskes nanti..insyaAllah..
Last2 tak jadi, bukan tak jadi ape..sebab dah tukar timing ke petang lak..so aku kena tukar plan cepat2 supaya rancangan ku untuk hari ni berjalan lancar. Aku bergegas ke tempat kerja, masa tu dah pukul 9.40 memang dah lewat tapi aku pergi jugak untuk cover petang nanti.

Sebetulnya aku halfday pagi..terpaksa halfday  petang lak...
2 jam aku kerja ...masuk waktu rehat ku mula start buat rancangan baru antaranya: -
a) pegi mydin ambil handphone yg dibaiki sana
b) pegi tmpt yg pagi td janji kul 2 ptg.....tak boleh bgtau lagi..hehe "sabor"
c) balik umah ambik Huda anakku yg sulung dan Izzat (yg ke 2) pegi survey tmpt tuisyen baru Huda. oh ya  huda juga ada bagitau berita gembira pada ku, katanya ia dapat tempat pertama dalam kelas...tahniah huda..
d) pegi photostate buku Huda 2, 3 helai yg cikgu pesan
e) berhenti taska lama taska mawaddah untuk ambil duit dari hasil jualan handbag
f) ambil Addin anak yg ke 3 dari sekolah sesi petang.
g) ambil 2 orang lagi anak2 ku Akbar dan Ayu di Taska Dharul Fitrah (taska baru anakku)
h) singgah jap umah jiran (kak chik) sbb dah janji mahu bertandang rumah nya
i)  hantar huda lagi ke kelas tuisyen ..jam 8 malam
j) balik semula ke rumah kemas sikit2 then pergi lagi ambil semula Huda di rumah cikgunya yang membuat kelas tuisyen tu pukul 9.30 baru selesai..

wah penat juga...oooo en. suami ku balik pukul 10.30 mlm..sebab katanya ada concrete lagi di site...so semua aku kena bereskan.So kitaorang denda abahnya beli roti canai untuk mengisi perut ....Alhamdulilah semuanya berjalan lancar walaupun sedikit letih...

Oh ya di mydin tadi sempat aku beli buku ni."SIRAH DAN RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W"....tak sabor nak bacanya...(sampai saat ini aku baru baca mukadimah nya saja...harga RM65/- tapi berbaloi..tebal. semoga aku dapat mencontohi sikap dan sifat Nabi Muhammad S.W.T..amin..



Tuesday, February 15, 2011

Penumpang kereta

Alkisah.... Seorang guru lukisan menyuruh murid-muridnya melukis sebuah kereta yang mempunyai penumpang. Apabila tamat tempoh yang diberi, guru ini mendapati salah seorang muridnya hanya melukis kereta sahaja tanpa penumpang.

Guru : "Dimana penumpangnya?"

Murid : "Mereka telah turun, cikgu."





Iktibar : Para  pelajar perlu dilatih untuk mendengar arahan dengan betul. 

Selamat tinggal Malaysia

Safee Sali sudah berangkat ke Indonesia semalam untuk meneruskan kariernya di sana. Saya rasa rakyat Malaysia harus bangga dengan semangatnya untuk mencari pengalaman diri dan mana tahu akan datang ia boleh membantu Malaysia pula untuk mengangkat karier bola sepak negara ke mercu gemilang.


Bekas penyerang Selangor yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kelmarin telah ditemani oleh pengurusnya Zakaria yang sebelum ini dikenali sebagai pengurus pasukan skuad Liga Super Selangor sejak 2008 lagi. Tugas Zakaria lebih kepada membantu Safee Sali sebagai pemain yang benar-benar profesional dengan mendapatkan ruang Safee Sali untuk menjadi duta produk dan mendapat tajaan peribadi. Setahu saya ramai peminat bola sepak negara memberi komentar pro & kontra dengan perpindahannya ke negara jiran ini. Biarlah Safee Sali pergi dengan baik dan doa rakyat Malaysia diperlukannya untuk meneruskan lagi kariernya di sana.

Perpindahan Safee Sali dari mewakili Selangor kini telah mewakili Pelita Jaya dari negara Indonesia iaitu pasukan tercorot dalam liga bola di sana.

Apapun doa dan harapan kita semua semoga perjuangannya diberkati olehNya dan semangat yang ditunjuknya itu dapat mengubah persepsi peminat bola negara kita.

Sunday, February 13, 2011

Hanya Umat Islam Dilarang Sambut Hari Valentine

14 Februari memang sinonim dgn sambutan Hari Kekasih 
tiap2 tahun. Tapi kita sebagai umat islam dilarang 
sekeras-keras menyambutnya. 

Nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
 supaya umat islam menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day.


Terdapat beberapa versi sejarah sambutan Hari Kekasih,
termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan
Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian.



Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal
Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan
bahawa sambutan Hari Kekasih adalah
haram bagi seluruh umat islam.


Wednesday, February 9, 2011

Malaysia membenam Hong Kong 2-0



Gambar dari Utusan Malaysia

Wah bangga juga rasanya apabila Harimau Malaya sekali lagi menang 
dlm game ini..jadi tak salah rasanya kalau kita nak mendabik dada pun..lagipun bukan selalu kita menang haha..

Lagipun Hong Kong bukan calang2 pasukan berbanding dgn 
negara kita ni..semalam pun kita beraksi untuk 
game persahabatan sahaja.

Mesti  nak tau kan siapa yg jadi hero semalam..
iaitu Ketua pasukan Shafiq Rahim dlm masa minit ke-44 dan Amirulhadi Zainal yg menyumbat gol dalam minit ke-91 masa kecederaan separuh masa kedua.

Stadium Shah Alam yg menjadi saksi dengan penonton seramai 5,000 orang. Harap kemenangan ini menjadi lebih dorongan utk pasukan kita beraksi dengan lebih baik lg di masa hadapan...

Malaysia Boleh!!!

Kemenangan ini merupakan perlawanan antarabangsa yg pertama
setelah pasukan Malaysia menang di AFF Suzuki baru-baru ini.
Tahniah untuk pengurus pasukan Malaysia iaitu
K.Rajagopal yang membawa Malaysia MENANG.

Lion Dance @ Office

Tiap2 tahun memang office akan menjemput kumpulan ni..
nak tau dr mana mereka ini...scrool ke bawah ya.
Tarikh : 7hb Februari 2011 (Isnin)



haa satu dulang dpt u...



 inilah orang kuat nya....



haa sebenarnya aku minat lelaki ni...jgn ckp dengan sape2 ya..sbb dia cute haha..
sebab tu aku sempat snap gambar dia...jgn mareee..





gendang ni...masyallah punyalah bingit telinga kita dengarnya...
tapi best...rasa meriah gitu.



 NPE Electrical Sdn Bhd Sponsored by D.J. Yap...tiap2 tahun mmg kita panggil diaorang punya..




inilah dia..yang masuk ofis kita...baca2 apa yg patut (doa) haha...



singa ni ada janggut la..




jaga2 singa ni mau masuk dr bilik ke bilik utk kupas limau..



last sekali sudah tgk acara tu..kita sempat ambil gambar dgn bos

Tuesday, February 8, 2011

Airport KLIA...

Airport KLIA..hantar anak saudara ke Miri, Sarawak


Sempat berposing di Mac Donald @ KLIA


Dalam Lift...kakak (Rokiah bt. Semail & anak saudara (Mohd Zicry Dzul Azrie)

ooo mgk anda nak tahu kenapa kita ada kat airport ni...
sebenarnya hantar Yie naik flight ke Miri, Sarawak..
ia  ditempatkan disana untuk menjadi guru di Sekolah Miri, Sarawak..
sib baik dpt kawasan bandar..jika tidak kenalah dok pedalaman sana..



En. Suami dan anak2



Naik escalator...tinggi sungguh..sib baik tak guna tangga..lenguh dibuatnya 
kalau takde benda ni..



eh..eh Akbar sempat senyum waktu diambil gambar nya..



muka masing2 nampak sembab..tak cukup tidur..



Tgh breakfast ke..dinner ni..waktu ni kul 5.30 pagi.



Dah kenyang ke tuu...



Ayu laa yg pilih nak makan kat MacD ni...abahnya terpaksa akur dgn 
anak kesayangannya..hehe



K'yah sempat tapau makanan yg tak habis dimakan



Yang lain dah hilang..tinggal k'yah je kat situ.