TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Sunday, April 24, 2011

Awas...Harga Emas Naik Membahayakan Kaum Wanita

Alhamdulillah dan selamat bangun pagi adik-adik yang perlu bersiap untuk ke sekolah, kakak, abang yang perlu bersiap untuk pergi kerja...semoga semuanya dalam kawalan terbaik semuanya.

Saya memetik isu semasa mengenai harga emas yang naik melonjak kini. Peningkatan harga emas sebenarnya turut berlaku di negara kita dan mereka yang banyak menyimpan logam emas dan berharga ini semestinya akan tersenyum lebar (adakah anda salah seorang yang sedang tersenyum itu) - tak mau mengaku tak pe (faham2).


gambar hiasan sahaja dan foto diambil dari sini

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan di kalangan para pemilik emas ini, ada satu berita kurang enak didengar untuk mereka terutamanya di kalangan kaum wanita yang gemar memakai barangan perhiasan daripada emas kerana mereka sebenarnya menjadi tumpuan para peragut, pencuri dan perompak. Rupa-rupanya kenaikan harga emas ini mendapat perhatian peragut, pencuri dan perompak yang sudah memulakan tindakan-tindakan gila memburu mangsa-mangsa mereka.

Mari kita kongsi cerita beberapa kejadian yg melibatkan barang kemas antaranya berlaku di Bandar Baru Bangi membabitkan seorang guru wanita yg baru hendak keluar dari rumahnya utk pergi mengajar di sekolah. Ketika guru malang itu melangkah kelaur dari pintu rumahnya, tiba-tiba seorang lelaki meluru ke arahnya lalu meragut rantai serta gelang emas yg dipakai guru tersebut. Guru itu tergamam dan tidak mampu berbuat apa2 dan kejadian itu berlaku pada waktu siang hari.

Satu lagi kes seorang perompak tiba-tiba telah masuk ke rumah dan dengan beraninya merentap barang kemas yang dipakai oleh wanita didalam rumah tersebut sebelum cabut lari. Menariknya, ketika itu, wanita berkenaan  dikatakan sedang berehat di dalam rumah bersama keluarga lain dan sama sekali tidak menduga seorang perompak sanggup masuk ke dalam rumahnya ketika beberapa ahli keluarganya berada di dalam rumah itu pada waktu petang.

Mungkin terdapat banyak lagi kes yang berlaku. Pengajarannya daripada kejadian ini semua pihak terutamnya kaum wanita yang selama ini gemar memakai barangan kemas seperti emas seharusnya tidak terlalu mendedahkan kepada umum.

Wassalam.....beringat sebelum kena.

2 comments:

  1. beli brg emas utk simpan, bila terdesak leh jual...hihi..Boleh ker cmtue...??

    http://fadthnwan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tak salah...tapi kalu byk sgt sampai lebih dr sukatan kena byr zakat emas pula kan...kita pun tak berapa tahu ttg ini..hehe

    ReplyDelete

JANGAN SEGAN2 BAGI KOMEN