TETAMU KEHORMAT......TQ!!!!

Thursday, June 17, 2010

Biar Sibuk dan Mendatangkan Duit


"Sibuk orang yang ada kerja mesti dapat duit. Menyibuk orang yang tak de kerja, siapa yang nak bagi duit...jawab...(article dr Buku "Buat Sampai Jadi" dr Dr. HM Tuah. Duit..Wang..siapa yang tak mau duit.wang..ada duit..wang..semua boleh jalan. Sekarang bermacam-macam cara untuk dapatkan wang...ada cara betul..saluran betul..ada juga yang guna saluran salah untuk mendapatkan wang ini seperti menipu..merompak..meragut....(yg ni tak lama...last2 masuk jil)

Tapi di zaman 'IT' ni..macam-macam cara juga untuk mendapatkan duit..wang ini..

Salah satu darinya melalui facebook..login facebook dpt duit. Ada juga dengan cara buat blog..juga dapat duit. Setengah tu jadi Affiliate pun dapat duit..cuma cara je berbeza..

Akupun rasa terpukau juga dengan cara ini. Orang kata...bukan aku kata haa.kalau tak cuba tak tahu..so aku nak cuba juga salah satu...mana tau boleh wat duit..kan raya dah nak dekat ni..
kalau menjadi (dapat duit) nanti kita bgtau...

Friday, June 4, 2010

Anugerah Di Akhirat

Jasa Anda Di Dunia Anugerah Di Akhirat
  • Meninggalkan Solat : Ular Saqar sedang menunggu
  • Melewatkan Solat : Neraka WAIL sedang menunggu
kredit dari : sini

  • Meninggalkan Syariat : Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
  • Mengumpat peribadi orang : Gunting neraka sedang diasah
  • Menyebar gossip/fitnah : Duri2 sdg menanti anda di neraka
  • Tak menjaga pergaulan : Libasan api neraka dijanjikan
  • Tak berakhlak dgn manusia : Kemurkaan Allah bersama mu
  • Menyakiti org dgn lisan : Masuk mana2 pintu neraka
  • Meringankan amanah : Angkat seberkas kayu dr neraka
  • Bersangka buruk : Amalan baik diambil orang
Wassalam....

Thursday, June 3, 2010

Menjadi Isteri yang Memuliakan Suami



Apabila seseorang wanita itu berkahwin, pastilah dia amat mengharapkan kebahagian dan kasih sayang yang berkekalan daripada suaminya. Jika ada wanita yang menafikan hal tersebut, itu hanyalah menunjukkan kesombongan dan sifat hipokritnya. Ingin menyayangi dan disayangi hakikatnya adalah fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas hamba-hambaNya.

Malangnya pada hari ini, keinginan fitrah tersebut adakalanya begitu sukar dipenuhi. Banyak pasangan suami isteri yang renggang hati, tipis kasih sayang dan selalu timbul perselisihan antara mereka. Malah perceraian menjadi lumrah kehidupan.

Ertinya ramai isteri yang sedang menderita pada masa ini.


Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Lelaki sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk membina sebuah perkahwinan. Ini kerana mereka ingin memenuhi tuntutan fitrah yang ingin dibelai dan dilayan oleh seorang wanita bergelar isteri. Mereka juga mengharapkan sebuah keluarga yang dikelilingi dengan tawa tangis anak-anak, yang semuanya dapat mententeramkan jiwa and perasaan mereka.

Sekiranya tuntutan fitrah ini tidak diisi, maka akan kosonglah jiwa mereka. Sekiranya isteri tidak memberi layanan yang sebaiknya sehingga rumah tangga menjadi hambar, maka tiadalah lagi makna sebuah perkahwinan. Suami tidak akan bahagia, hatinya tidak akan tenang meskipun rumahnya besar dan wangnya bertimbun.

Beberapa persoalan di bawah mungkin dapat membantu and muhasabahkan diri, seterusnya memberi jawapan dan jalan penyelesaian ke arah membina rumah tangga agar harmoni, ceria dan sentiasa diredhai Allah.

1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahunnya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan?

2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah dan anda berada di rumah ketika itu, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?

3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda berusaha dengan kemampuan dan masa yang ada, menjaganya agar teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami apabila memandangnya?

4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua yang telah dinyatakan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang gembira hati kalai isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati apabila didapati isteri yang sepatutnya berada di rumah, tiada di rumah ketika dia pulang dari kerja atau sebarang aktiviti luar.

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumah tangga dan anak-pinak berkecamuk dan tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu apabila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri daripada memenuhi kehendak dan kemahuan suami.

Dalam keadaan apa sekalipun, seorang isteri mesti memuliakan suami dan menghormatinya, di samping merasakan diri sendiri "memerlukan" suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuh padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.

Sebaliknya jika isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimuliakan dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumah tangga. Apabila isteri mahu bertindak sama seperti suami atau mahu mengambil alih peranan suami tanpa disedari, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda, saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Mustahil seorang suami rela dikawal oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami suka diarah dan diperintah oleh isteri.

Sedangkan seorang isteri yang hatinya bersih daripada nafsu, memang rela berkhidmat dan menyerahkan seluruh jiwa raga pada suami.

Letak Diri Sebagai Hak Suami

Satu-satunya jalan bagi seorang isteri untuk mendapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, ialah dengan meletakkan dirinya sebagai "hak" suami dan rela untuk berkhidmat pada bila-bila masa. Adakalanya seorang isteri perlu mengorbankan kepentingan diri sendiri demi memenuhi hak suami yang perlu ditunaikan. Antara perkara yang wajar dilakukan oleh isteri termasuk:

1. Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami.

2. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya.

3. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami

4. Membina akhlak yang mulia agar suami terhibur.

Pendek kata, isteri mempunya peranan yang cukup besar dalam membina rumah tangga bahagia. Isteri yang bijak, kreatif dan sentiasa menambah ilmu dalam usaha membentuk kebahagiaan, mereka pasti akan berjaya.

Walaupun begitu perlu diingatkan bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah SWT. Ia tidak boleh dibuat-buat direka dan dirancang-rancang. Oleh itu, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan dalam rumah tangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah waji dititikberatkan. Tanpa iman, adalah sukar bagi pasangan itu, untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Dipetik dari : forum Dr. HM Tuah.

Wednesday, June 2, 2010

Kueh Lapis


Bahan-Bahan
  1. 1 1/2 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu besar tepung jagung
  3. 3 sudu besasr tepung beras
  4. 1 cawan gula
  5. 5 cawan santan (tapi ku masukkan 1 cawan santan pekat, 3 cawan air + 1 cawan susu cair)
  6. 1 sudu kecil garam
  7. pewarna merah, hijau dan pandan paste

Cara penyediaan

- Gaul semua bahan dan tapiskan supaya tidak berketul. Bahagi adunan kepada 3 atau 2 bahagian ikut suka mau berapa warna.


- Panaskan kukusan dan oles sedikit minyak pada loyang.

- Masukkan dulu warna merah selama 5 minit disusuli warna putih 5 minit dan seterusnya warna hijau. Sampai lah adunan habis. Tudung kukusan sebaiknya dibalut dengan kain supaya air tidak menitik pada kueh.

- Setelah masak biarkan hingga sejuk baru boleh dipotong.

Apam Gula Melaka




Jam menunjukkan pukul 3 pagi aku mula menyiapkan alat kukusan untuk memasak Apam Gula Melaka. Adunan apam ini sudah ku siapkan awal-awal lagi supaya aku tidak tergesa-gesa membuatnya.
Rasanya kueh ini tak susah untuk membuatnya.
Jika mahu mencuba boleh lah kita syer bersama resipi di bawah: -
Bahan-Bahan
  1. 1 cawan air
  2. 1/2 cawan gula melaka yang telah dipotong halus atau yang seketul bulat sudah mencukupi
  3. Paste perasa pandan atau kalau ada daun pandan boleh guna daun pandan
  4. 2 cawan tepung gandum
  5. 1 s/k (sudu kecil) yeast atau disebut mauripan
  6. 3/4 cawan air
  7. 3 s/b (sudu besar) gula (ikut citarasa sendiri mau manis lg..tambah lagi gulanya
  8. secubit garam
Cara-caranya
- Masak dulu gula melaka sampai hancur dan tunggu sejuk
-Gandum, paste pandan, yeast, gula, air & garam di adun bersama dan gula melaka yang sudah sejuk. Kacau sampai sebati dan tidak berketul-ketul. Boleh juga guna ayak supaya halus adunannya.
- Tutup adunan ini sekurang-kurang 40 minit hingga 1 jam.
- Sediakan alat kukusan yang dilumur minyak supaya tidak melekat.
-Mulakan acara untuk mengukus selama 30-40 minit. Untuk mengetahui apam ini masak atau tidak boleh cucuk dengan lidi.
-Sedap sekiranya dimakan bersama dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.

Tuesday, June 1, 2010

Khasiat Isi Pinang

Jika anda mengalami gigi yang berwarna kekuningan
dan karang gigi, tapi tidak tahu bagaiman nak menghilang
kannya, cubalah petua ini.

Ambil isi buah pinang yang setengah tua. Tumbuk hingga
lumat lalu gosokkan pada seluruh gigi selama dua hingga
tiga minit. Kemudian berkumurlah dengan air.

Amalkan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah gigi akan
kelihatan putih dan senyuman anda bertambah manis.

Selamat mencuba..

Hilangkan Urat di Betis

Sesetengah wanita mengalami masalah urat timbul di
bahagian betis. Ini sedikit sebanyak akan mencacatkan
penampilan. Ada antaranya sudah berputus asa untuk
mengatasi masalah ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil segenggam
kacang hijau dan bersihkan. Kemudian rebus dengan
air secukupnya. Masak sehingga kacang empuk, barulah
angkat.

Biarkan seketika hingga air rebusan menjadi suam-suam
kuku. Ambil air kacang sahaja dan minum air ini dua kali
sehari, setiap pagi dan malam sebelum masuk tidur.

InsyaAllah, urat yang timbul di betis akan beransur hilang.

Selamat mencuba..

Jika Bibir Lebam dan Berkedut

Bagi mengatasi masalah bibir yang lebam dan berkedut,
caranya mudah sahaja.



Ambil sebuku kunyit hidup, basuh hingga bersih dan tumbuk
hingga halus. Campurkan dengan tiga sudu makan santan
kelapa. Sapurkan campuran bahan ini pada bibir anda
setiap malam. Ulang beberapa kali dan anda akan memperoleh
hasilnya.

Selamat mencuba..

Hampas Teh Hilangkan Panau

Jika anda mempunyai masalah kulit yang dipenuhi panau,
anda tidak perlu risau. Anda hanya perlu mengamalkan
petua ini. Ambil seberapa banyak hampas teh ketika
hendak mandi atau mencuci muka. Basahkan tempat
yang ada panau dengan air kemudian gosok hampas teh
disitu. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hampas teh juga boleh menghaluskan kulit muka dan
menghilangkan daki. Amalkan setiap hari.

InsyaAllah berkesan.

Telur Segarkan kulit


Kulit bersih dan sihat jadi idaman setiap orang. Bagi yang

ingin merawat kulit tanpa mengeluarkan belanja besar,

amalkan petua ini.


Sediakan sebiji telur ayam, beberapa sudu susu dan satu

sudu madu. Campurkan semua bahan dan dikacau rata.

Kemudian sapukan pada muka dan leher. Biarkan selama

setengah jam barulah dibersihkan dengan air suam.


Lepas itu bilas dengan air biasa. Jika diamalkan selalu anda

akan lihat perubahannya.


Selamat mencuba...

Rambut Cepat Panjang


Masalah rambut yang kurang sihat dan lambat panjang
kadang-kadang merungsingkan juga. Oleh itu petua yang
paling mudah ialah dengan mengambil beberapa batang
serai. Bersihkan dan tumbuk-tumbuk hingga pecah.

Kemudian rebus serai tersebut hingga mendidih. Sejukkan
air serai sebelum di sapu pada kulit kepala. Biarkan selama
dua jam baru dibasuh. Amalkan selama seminggu. InsyaAllah
rambut cepat panjang kerana khasiat serai menguatkan akar
rambut. Selain itu rambut tidak mudah gugur.

Selamat Mencuba....

Payudara Cantik dan Tidak Besar

Bagi anda yang mempunyai masalah payudara besar
dan tidak sepadan dengan badan, cubalah petua mudah
ini. Ambil beberapa helai daun sireh yang lebar. Bersihkan
dan sapu permukaannya dengan minyak zaitun. Kemudian
salai sireh di atas lilin hingga layu. Lekatkan daun sireh
itu pada payudara anda, pakai coli seperti biasa.

Biarkan semalaman. Amalkan ketika tidur malam selama
tiga malam berturut-turut. Ulangi jika perlu.

Selamat mencuba....

Wajah Bersih dan Lembut

Selain rambut, kulit muka juga harus diberi perhatian agar
sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Untuk itu ambil sedikit
air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka.

Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka.
Apabila kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari
selama dua minggu. Lihatlah hasilnya.

Atasi Masalah Kulit Berminyak

Bagi mengatasi kulit yang berminyak anda boleh mengamal
kan petua ini. Ambil lebih kurang 1 1/2 sudu teh tepung
gandum serta asam jawa.

Campurkan sedikit air dan gaul sehingga rata. Sapu rata
ke atas muka dan biarkan sehingga kering. Setelah kering,
bilas dengan air sejuk. Lakukan dua tiga kali seminggu.

Selamat Mencuba..

Agar Jerawat Cepat Sembuh

Angelina Jolie-BBC-026360.jpg


Jerawat merupakan masalah utama bagi anda yang amat
mementingkan kecantikan. Ia juga boleh membuatkan
anda kurang berkeyakinan dalam setiap penampilannya.

Ini ada petua agar jerawat cepat sembuh. Selepas anda
mencuci muka, ambil sebiji betik muda dan kupas kulitnya.
Ambil getah betik tersebut dan sapukan pada jerawat
tadi. Biarkan sehingga kering kemudian cuci dengan air
suam. Amalkan petua ini setiap pagi dan malam.

Kesannya akan kelihatan dalam masa dua tiga hari.

Resdung dan Kesan Melecur

Jika anda mengalami masalah resdung dan jerawat,
cuba ambil tiga biji bawang merah kemudian mayang.
Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan
ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan
muka anda. Amalkan selalu.



Sementara itu jika tersiram minyak panas, jangan gugup.
Oleskan getah betik yang masih muda. Luka tidak terasa
panas dan melepuh. Getah betik juga sangat mujarab
untuk mengubat kulit yang mengeras pada tangan atau
retak di tumit dan telapak kaki. Lihatlah kesannya dalam
tempuh yang singkat.

Selamat mencuba...